.
Saya telah melawat beberapa tapak projek dalam kawasan saya. Alhamdulillah, suka saya berkongsi maklumat dengan para pembaca dan khususnya anggota masyarakat dalam KADUN Pulau Betong, bahawa, fasa ke-2 perlaksanaan projek Infrastruktur Asas dan Infrastruktur Awam untuk tahun 2009 ini telah hampir selesai dilaksanakan ( ada beberapa projek yang kelewatan).
.
Dalam Fasa Pertama, jumlah sejumlah RM 2,410,000.00 telah dibelanjakan untuk kemudahan rakyat dikawasan ini. Dalam Fasa Ke-2 ini pula sejumlah RM 816,251.00 telah pun diluluskan dan berstatus sedang dilaksanakan dan ada yang sudah selesai. Jumlah keseluruhan RM 3,226,251.00.
.
Projek-projek ini adalah dibawah peruntukkan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Jumlah ini juga tidak termasuk peruntukkan kerajaan persekutan yang disalurkan melalui TEKUN, Jabatan Kebajikan Masyarakt, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian, KEMAS, RISDA dan lain-lain agensi. Sesungguhnya, saya amat bersyukur kehadrat Illahi dengan nikmat yang diberikan untuk anggota masyarakat saya. Saya harap anggota masyarakat saya turut mensyukurinya, begitu juga dengan para kontraktor kelas 'F' samaada yang menyokong saya atau yang tidak. Kita buat yang terbaik kepada masyarakat kita, kerana kita adalah sebahagian daripada mereka.
.
Saya telah meminta kerjasama kesemua Pengerusi JKKKP KADUN Pulau Betong, untuk mula menyenaraikan projek-projek keperluan rakyat disetiap kampung untuk kita rancang bersama bagi dilaksanakan ditahun hadapan. Malahan, anggota masyarakat juga boleh memberi candangan kepada saya dengan memaklumkan kepada Pengerusi JKKKP atau hadir sendiri di Pusat Khidmat saya di Ladang Herba, Jalan Bharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan