Rabu, 12 Ogos 2009

Mesyuarat PEMUDA DAN PUTERI UMNO

Program Pemuda : 8hb. Ogos, 2009
Bertempat : Setia Pearl Island
Jam : 8.30 malam
.
Program Puteri : 9hb. Ogos, 2009
Bertempat : Kompleks MAB, Bayan Lepas
Jam : 9.30 pagi
.
Tahniah kepada kedua-dua sayap PEMUDA UMNO dan PUTERI UMNO yang telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung buat kali pertama selepas mengambil tampuk kepimpinan Pemuda dan Puteri dengan jaya.
.
Kedatangan para perwakilan bagi kedua-dua mesyuarat adalah memuaskan. Saya juga difahamkan bahawa ucapan-ucapan pengangguhan perwakilan adalah juga sangat baik, yang pada keseluruhannya mahukan perpaduan dan penyatuan diantara ahli-ahli dan para pemimpin bahagian. Jika itu yang diharapkan, maka itulah yang harus kita bersama usahakan. .

Saya juga merakamakan jutaan terima kasih kepada Sdra. Azian Ariffin dan Pn. Mariana Ayup telah berjaya mengemudi kedua-kedua sayap, walaupun menghapadi beberapa masaalah. Dugaan berada dimana-mana, pemimpin baik akan menyelesaikannya dengan berhemah.
.
Saya juga berharap, dengan harapan yang tinggi mengunung agar, kedua-dua sayap ini akan dapat mengajak lebih ramai lagi pemuda dan puteri untuk menyertai Parti UMNO yang kita sayangi ini.

Tiada ulasan: