Sabtu, 20 Mac 2010

Kerja Menaiktaraf Keperluan Masyarakat

Projek : Menaiktaraf Sistem Bekalan Air
Tempat :Paya Kongsi, Balik Pulau
Lawatan pada : 19hb. Mac, 2010
.
Saya telah melawat ke Kampung Paya Kongsi Balik Pulau, untuk meninjau penyiapan kerja-kerja penukaran paip bekalan air di kampung tersebut. Saya difahamkan bahawa paip sediaada dikampung itu adalah bersaiz 2 inci jenis keluli dan telah lama dipasang. Paip tersebut tidak lagi dapat menampung pertambahan rumah dikampung itu dan juga yang telah tersumbat.
.
Kerja-kerja telahpun disiapkan oleh pihak PBA pada minggu yang lalu. Kini seramai 28 rumah sediaada dikampung (sebahagain lain telah mempunyai tekanan bekalan air yang berpatutan) itu telah mendapat bekalan air dengan tekanan yang baik. Kos keseluruhan adalah seanyak RM 27,000.00. Bukan sahaja paip utama ditukar, malah paip pemasangan meter air juga telah ditukar kepada jenis stainless steel.
.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucpakan jutaan terima kasih kepada En. Selva (PBA Balik Pulau) dan pengurusan PBA kerana telah memberi kerjasama yang agak pantas dimana kerja pemasangan dibuat selepas 2 minggu di pohon.
.
Saya juga telah berjaya mendapatkan peruntukan dariapada Kerajaan Pusat melalui Pejabat Pembanggunan Negeri, sebanyak RM 200,000.00 lagi untuk membina parit konkrit jenis 'U' dan 'V' bagi Kampung Paya ini. Kelulusan telah diperolehi dan kerja-kerja akan dimulakan sedikit masa lagi. Saya berharap dengan terlaksananya projek ini, sebahagian besar daripada masaalah banjir di kampung in akan dapat diatasi. Terima kasih kepada pengerusi JKKKP Kongsi dan Ketua UMNO Cawangan Paya Kongsi dan penduduk setempat kerana telah memberi kerjasama.

EXPO PENDIDIKAN

Program: Selangkah ke UiTM
Tarikh : 14 Mac, 2010
Tempat : Dewan Sekolah Menenah SERI Balik Pulau
.
Saya bersyukur kerana program yang telah dijalankan ini telah mendapat perhatian daripada ibubapa dan para pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang dan pencapaian yang sederhana dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini.
.
Sebagai anak kampung yang telah diberi pelauang untuk melanjutkan pelajaran ke ITM dalam tahun 1981, tentunya saya amat menghargai program seumpama ini. Saya yakin diatas kesedaran Prof. Dato' Sahol, Naib Canselor yang baru dilantik kejawatan ini, bahawasanya anak-anak kampung seharusnya diberi talian hayat peluang kedua untuk mereka meneruskan pelajaran mereka ke menara gading.
.
Lebih 200 orang telah menghadiri majlis perasmian program yang telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Dr. Hj. Hilmi Hj. Yahaya, Ketua UMNO Balik Pulau yang juga merupakan ADUN Telok Bahang. Turut hadir adalah Yg. Brsha Dr. Don dari UiTM Permatang Pauh, Chegu Ibrahim Kasa, Pegawai PPD Balik Pulau dan wakil Pengetua SMK Seri Balik Pulau.
.
Program ini adalah anjuran ADUN Telok Bahang, ADUN Bayan Lepas dan ADUN Pulau Betong dengan kerjasama UMNO Bahagian Balik Pulau dan dibantu oleh GPMS Balik Pulau.