Sabtu, 20 Mac 2010

Kerja Menaiktaraf Keperluan Masyarakat

Projek : Menaiktaraf Sistem Bekalan Air
Tempat :Paya Kongsi, Balik Pulau
Lawatan pada : 19hb. Mac, 2010
.
Saya telah melawat ke Kampung Paya Kongsi Balik Pulau, untuk meninjau penyiapan kerja-kerja penukaran paip bekalan air di kampung tersebut. Saya difahamkan bahawa paip sediaada dikampung itu adalah bersaiz 2 inci jenis keluli dan telah lama dipasang. Paip tersebut tidak lagi dapat menampung pertambahan rumah dikampung itu dan juga yang telah tersumbat.
.
Kerja-kerja telahpun disiapkan oleh pihak PBA pada minggu yang lalu. Kini seramai 28 rumah sediaada dikampung (sebahagain lain telah mempunyai tekanan bekalan air yang berpatutan) itu telah mendapat bekalan air dengan tekanan yang baik. Kos keseluruhan adalah seanyak RM 27,000.00. Bukan sahaja paip utama ditukar, malah paip pemasangan meter air juga telah ditukar kepada jenis stainless steel.
.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucpakan jutaan terima kasih kepada En. Selva (PBA Balik Pulau) dan pengurusan PBA kerana telah memberi kerjasama yang agak pantas dimana kerja pemasangan dibuat selepas 2 minggu di pohon.
.
Saya juga telah berjaya mendapatkan peruntukan dariapada Kerajaan Pusat melalui Pejabat Pembanggunan Negeri, sebanyak RM 200,000.00 lagi untuk membina parit konkrit jenis 'U' dan 'V' bagi Kampung Paya ini. Kelulusan telah diperolehi dan kerja-kerja akan dimulakan sedikit masa lagi. Saya berharap dengan terlaksananya projek ini, sebahagian besar daripada masaalah banjir di kampung in akan dapat diatasi. Terima kasih kepada pengerusi JKKKP Kongsi dan Ketua UMNO Cawangan Paya Kongsi dan penduduk setempat kerana telah memberi kerjasama.

Tiada ulasan: