Selasa, 20 Disember 2011

SEBAHAGIAN DARI SEJARAH BALIK PULAU YANG PERLU DIKETAHUI

Dalam pencarian saya untuk mencari Sejarah Awal Balik Pulau, saya telah dihubungi oleh seorang pengkaji sejarah yang begitu prihatin. Beliau telah menghantar tulisan berikut yang dikarang  berdasarkan kajian yang beliau buat sendiri. Kepada rakan-rakan di balik Pulau elok kiranya dibaca tulisan berikut dan memberi pandangan-pandangan lain sekiranya ada. Saya juga berharap, tulisan berikut adalah sebagai pembuka jalan untuk kita bersama-sama menulis semula sejarah Balik Pulau ini. Bersama dengan PERADABAN, kita akan menghimpun semua sejarah, yang kecil mahupun yang besar, sungai mahupun rumah, bagi kampung mahupun daerah, dan sebagainya sehingga terbitnya BUKU : BALIK PULAU - SEJARAH DAN WARISAN.
.
Ayuh kita mulakan ..... :
.
BAHAUDDIN HAJI BIN ABDUL HAMID adalah seorang hartawan yang paling terkenal di kawasan Balik Pulau semasa zaman awal penjajahan British. Beliau mewarisi kekayaan daripada datuknya seorang pedagang India Muslia bernama Bapu Alauddin Meera Hussein Lebai.
Datuknya menjadi wakil Sultan Abdullah Mukarram Shah (Sultan Kedah pada ketika itu 1773-1797). Beliau dengan restu sultan ditugaskan untuk memandu dan membawa Kapten Francis Light mendarat di Tanjong Penaga Pulau Pinang pada 11 Ogis 1786.
.
Keturunan beliau sangat rapat dengan British. Daripada keturunan beliaulah British melantik majistret, penghulu dan ketua-ketua masyarakat. Keturunan Bapu Alauddin mendapat banyak manfaat daripada British dalam urusan pembukaan dan pendaftaran tanah-tanah baru di kawasan George Town dan Balik Pulau.
Di kawasan George Town keturunan Bapu Alauddin yang berkuasa ialah cucunya Mohamad Ariff. Beliau seorang hartawan yang termasyur pada abad ke 19.
Datuk Bahauddin atau gelarannya Bahauddin Haji menjawat sebagai penghulu pertama yang dilantik kerajaan pada tahun 1860. Perlantikab tersebut berlaku semasa Pulau pInang masih diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris yang hanya berakhir pada tahun 1867 dan seterusnya di bawah penjajahan British sehingga 1918. Belliau menerima jawatan itu tanpa sebarang gaji. Khidmat tersebut dibuat secara percuma sebagai amal bakti kepada masyaratkat yang memerlukan pentadbir yang cekap.
SALAHSILAH KETURUNAN BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI
(Pedagang Sebelum 1786 di negeri-negeri Melayu Utara terutama kuala-kuala sungai)
 .

BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI (ada 2 orang anak - A : Tajuddin Ariff dan B : Abdul Hamid) Keturunan mereka adalah seperti berikut :
A :: TAJUDDIN ARIFF > MOHAMAD ARIFF (JUTAWAN DI GEORGETOWN PADA ABAD KE 19) > WAN CHIK ARIFFIN(JUTAWAN ABAD KE 20) > ZAINUDDIN > ABDULLAH
.
B :: ABDUL HAMID > DATUK BAHAUDDIN HAJI (PENGHULU PERTAMA LANTIKAN INGGERIS) > ABDUL HALIM
(1918 - 1923) > MOHD HUSSEIN (D.O. PERTAMA) > JAHARA BEE  X  MD. NOOR > HJ. NOORDIN
.
Bermula daripada keturunannyalah penghulu-penghulu Balik Pulau yang lain terlantik:
.
Datuk Bahauddin
(Penghulu pertama memegang jawatan 1860 – 1918 : meninggal)
.
Abdul Halim bin Datuk Bahauddin
(Menjawat jawatan 1918 – 1923 : meninggal)
Haji Sulaiman bin Mohd Taib bin Datuk Bahauddin (1923 – 1925 :
dipecat oleh DO Balik Pulau bernama Mohamed Hussein sepupu beliau)
Cucu beliau menjadi penghulu selama 2 tahun sahaja. Dipecat oleh sepupunya Mohamed Hussein, Pegawai Daerah Balik Pulau pada ketika itu kerana konflik agama dengan masuknya aliran baru Islam yang bertentangan fahaman bermadzhab ke Balik Pulau pada tahun 1925.
Corak pentadbiran yang diasaskan British yang memecahkan Pulau Pinang kepada dua daerah utama sejak zaman penjajahan masih dikekalkan hingga kini. Daerah TImur Laut di George Town dan Daerah Barat Daya di Balik Pulau. Pegawai Daerah Balik Pulau yang pertama juga dilantik daripada keturunannya iaitu Mohamad Hussein.
Kekayaan beliau ialah dalam bentuk pembuakaan tanah-tanah baru yang diterokai dalam usaha membangunkan sosio daerah Balik Pulau melalui pengenalan tanaman kemersial seperti cengkih dan pala. Tokoh itu bertanggungjawab membawa buruh China untuk mengunsi di mukin Balik Pulau bagi tujuan ekonominya.
Punca utama pendapatan Pulau Pinang pada ketika itu ialah sektor pelabuhan menerusi kegiatan eksport dan import. Punca pendapatan kedua menerusi sektor perladangan. Pulau Pinang menjadi tempat pelaburan para pengusaha British dalam bentuk tanaman komersial secara ladang terutama daripada keluarga Brown dan Scott.
Sebagai penghulu rasmi yang pertama, Bahauddin Haji berjasa kepada masyarakat setempat melalui berbagai aktiviti dalam bidang social, ekonomi dan undang-undang:
 .
1.            Beliau memperbaharui dan memperbesarkan pembinaan masjid Kongsi Balik Pulau sehingga menjadi sebuah masjid jamek pada tahun 1882.
.
2.            Mengamankan Balik Pulau daripada dikuasai para penjenayah yang diketuai oleh Panglima Meh yang suka merompak orang-orang kaya sekitar Balik Pulau. Beliau bertindak menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai oleh Jemadar Mat Salleh. Berjaya menumpaskan kegiatan menyamun.
3.            Mengusahakan pembukaan tananh-tanah bukit yang baru untuk ditanam dengan tanaman komersial seperti cengkih dan pala. Sehingga kini Pulau Pinang masih mengeluarkan hasil ini di atas asas yang telah dibangunkannya.
Di antara tanaman yang popular pada ketika itu ialah tebu dan kopi. Datuk Bahauddin mempunyai banyak tanah menerusi kuasa yang diberi oleh pihak British sebagai penghulu dan pentadbir tanah.
Beliau juga terdedah dengan pemikiran moden bagaimana cara untuk memakmurkan daerah. Menerusi interaksi dengan pihak British beliau menerapkan pemikiran moden menerusi pembaharuan ekonomi. Beliau memperkenalkan tanaman ladang di mukim Balik Pulau dengan memperkenalkan tanaman baru cengkih dan pala.
Beliau adalah pengasas pecah Kongsi Balik Pulau diperingkat yang terawal sehingga berkembang menjadi Bandar Balik Pulau. Pengungsi China yang terawal masuk menerusi usaha beliau dan ditempatkan di satu kawasan dinamakan KONGSI.
Beliau adalah tokoh pengasas yang mengambil berat dalam bidang social, pentadbiran dan keagamaan. Meninggal duania pada tahun 1918 dan menjawat jawatan penghulu dipegang oleh keturunan beliau sehingga tahun 1925.
Datuk Bahauddin menjadi penghulu untuk tempoh yang panjang selama 58 tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun 1918.
.
Tulisan ini adalah hasil kajian :   En. Mohd Salleh Yahaya , Mantan Pensyarah Kanan, Institut Pendidikan Guru  (IPG) Pulau Pinang.


Isnin, 19 Disember 2011

Mari bersama kita fikirkan ...

Perangkaan terkini, penduduk dunia sekarang 7 Billion dan umat Islam ada 1.50 bilion. Tapi umat Islam terpaksa tuntuk kpd. bukan Islam, contohnya umat Islam kalah kpd Yahudi yg tak sampai 100 Juta jumlah mereka di dunia ini. Kita ramai macam buih yg banyak tapi lemah. Kita bergaduh, kita berpecah.

Peratusan populasi penduduk di Malaysia berdasarkan kaum etnik:

KAUM ETNIK PERATUSAN (%)
MELAYU 53.3
CINA 26.0
ASLI 11.8
INDIA 7.7
LAIN-LAIN 1.2

Daripada jadual di atas, jelas terbukti bahawa kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia dan diikuti oleh kaum-kaum daripada etnik yang lain.

Jadual di bawah ini menunjukkan peratusan populasi penduduk di Malaysia mengikut agama yang dianuti:

AGAMA PERATUSAN (%)
ISLAM 60.4
BUDDHA 19.2
KRISTIAN 9.1
HINDU 6.3
LAIN-LAIN 5.0
.
Merujuk jadual di atas, kita dapati bahawa populasi penduduk yang beragama Islam lebih ramai berbanding populasi penduduk beragama lain dengan peratusan tertinggi sebanyak 60.4%.

Kita punyai hak dan bahagian kita didunia. Kita sering berdoa : mohon hasanah didunia dan hasanah diakhirat. Kita bermula didunia, tiada akhirat tanpa dunia. Malangnya kita tidak bersunggunh mencari hasanah didunia kerana kita asyik berbalah, bergaduh, lemah dan tidak mampu mempertahankan umat Islam. Kita terusan berpecah atas Mazhab, atas fahaman politik, atas perbezaan pendapat dsbnya. Lantaran itu kita dihina, kita dicerca, kita diperkotak-katikkan.

Lanraran itu, kita harus berfikir semula, bermuhasabah diri, apakah yg harus, patut, malahan Wajib lakukan utk kembali menguatkan Umat Islam.

"Ya Allah satukanlah hati-hati kami. Jauhkanlah perasaan sombong, takbur, riak dan 'ujud dalam diri kami. Lahirkan rasa persaudaraan dan kecintaan sesama kami Umat Islam diatas muka bumi ini. Kami harapkan pertolonganMu dan keberkatanMu. Jadilah kami golongan hambaMu yg menjayakan Islam dan bukannya menjayakan politik"

Kita sudah sampai ketebing gaung yang dalam. Kita harus berhenti sebentar. Undur selangkah kebelakang. Lihat apa yang telah berlaku sebelum ini. Masih belum terlewat untuk kita berpatah balik dan memperbetulkan keadaan dan segala kesilapan kita. Kita hanya manusia dan tidak tidak lari melakukan kesilapan. Kita besar dari segi jumlahnya, tapi kita 'terkecil' kerana berpecah dan terus bertelagah. Kerana itu kita pula yang terpaksa mengemis - mengemis ekonomi, mengemis kuasa. Kita harus Sedar dan Insaf. Jangan biarkan kita hilang kuasa kerana jika hilang kuasa kita akan dihina.

Ingatlah bahawasnya Perjuangan kita yang terbesar adalah melawan Nafsu.

InsyaAllah, akan menulis semula dikesempatan yang ada ...

Setelah sekian lama berhenti menulis dalam blog ini, saya berhasrat untuk menyambung semula dikesempatan yang ada. Walaupun tidak menulis dalam blog ini, saya aktif Facebook dengan pelapuran aktiviti dan pandangan semasa. Selamat membaca dan bertukar fikiran dan memberikan buah fikiran dan pendapat .....Sr. Muhamad Farid