Rabu, 12 Ogos 2009

Sana Sini Bersama Masyarakat-6

Lawatan Oleh : Professor-Profesor dan Pensyarah Kanan Yokohama Universiti
Tarikh : 9hb. Ogos, 2009
Jam : 11.00 pagi
.
Lawatan ini adalah merupakan antara program lawatan yang diaturkan oleh Universiti Sains Malaysia untuk para pensyarah daripada Universiti Yokohama, Jepun. Saya difahamkan bahawa bahawa mereka ini adalah 'social scientist' yang banyak membuat kajian dan sumbangan di peringkat antarabangsa. Saya rasa bertuah menerima mereka, diantaranya adalah Profesor Kada. Saya sempat berkongsi pengalaman dan pengetahuan sambil-sambil mencuri idea beliau untuk pembangunan Balik Pulau. Mereka telah saya perkenalkan Balik Pulau dengan melihat pandangan panoram dari atas Anjung Indah, dan kemudiannya membawa mereka ke Bengkel Going Banana KUKAM/USM.
.
Permasaalahan di Kawasan : Kuala Malindo, Sg. Burung
Sasaran : Para Nelayan
Tarikh : 12hb. Ogos, 2009
.
Sekali lagi, masaalah lambakan lumpur/selut di muara Kuala Sg. Burung telah sekali lagi melanda dan menyebabkan para nelayan tidak dapat turun kelaut. Untuk membantu mereka, pada hari Isnin, 10hb. 0g0s, YB. Dato' Seri Hilmi telah turun membuat sumbangan kepada 45 nelayan dan awak-awak. Sumbangan itu berbentuk barangan makanan.
.
Saya telah melawat untuk kali kedua dalam 5 hari kekawasan ini. Sememangnya, saya agak rapat dengan nelayan dikawasan ini. Saya mengetahui masaalah yang mereka hadapi dan kerana ini bukanlah kali pertama mereka hadapi. Saya telah mendapatkan peruntukkan lebih kurang RM 200,000.00 sekitar tahun 2006 untuk membuat tebing/tambak batu untuk memecah ombak dan menghalang lambakan lumpur di pintu muara. Usaha itu agak berjaya, malangnya ianya berlaku lagi. Saya beranggapan bahawa fenomena ini adalah disebabkan oleh lumpur yang terhasil daripada korekan dalam pembinaan jambatan ke-2 Pulau Pinang.
.
Saya telah melawat kekawasan ini pada jm 9.45 pagi, 12hb., berjumpa dengan mereka, berbincang dan membuat perancangan. Ketua Nelayan, Hj. Rashid, hadir dan turut hadir adalah juga Pengerusi JKKKN, En. Malik. Pada jam 5.oo petang, sekali turun bersama mereka. Dinding papan lapis untuk mengempang air yang diaturkan disebelah pagi telahpun siap. Saya difahamkan lebih 30 orang (menonton, dan membuat kerja). Kerja dibuat secara gotong-royong, sementara kayu dan papan dibekalkan. Tepat jam 5.00 ptg, jentera pengorek telah sampai untuk mengorek muara sungai. Harapan saya, usaha ini berbaloi dan berupaya 'membuka minda mereka'.

Tiada ulasan: