Tarikh : 2hb. Ogos, 2009
Bertempat : Flat Vanilla, Sg. Batu
.
Program sehari suntuk yang dijalankan oleh Pemuda UMNO Sg. Batu sungguh meriah dengan 10 acara yang dijalankan sejak dari pagi lagi. Sambutan sungguh menggalakkan. Saya bersama-sama dengan YB Syed Amir, Ketua Pemuda Sdra Azian dan Ketua Puteri Pn. Mariana turut hadir. Diakhir program tersebut, saya telah menerima borang kemasukan 80 orang ahli UMNO baru dan permohonan untuk membuka sebuah lagi cawangan yang diberi nama UMNO Cawangan Sg. Batu Laut. Kita mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baru ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Program : Pelancaran Untapped Heritage Sites
Bertempat : Pejabat Warisan Sedunia
Tarikh : 3hb, Ogos, 2007
Jam : 9.30 pagi
.
.
Program in dirasmikan oleh Dato Prof. Anuar Fazal dari USM. Dalam program ini, pihak USM cuba mengetengahkan beberapa lagi produk pelancungan dinegeri ini yang jarang atau tidak diketengahkan kepada para pelancung. Pameran masih berjalan di pejabat Warisan berhampiran Masjid Kapitan Keling.
.
.
Bertempat : Pusat PPL Fama, Kampung Perlis
Tarikh : 3hb. Ogos, 2007
Jam : 4.00 Petang
.
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah FAMA Wilayah Utara - Tn Hj. Arifin Awang dan Pengarah FAMA Negeri - En. Anuar. Taklimat telah disampaikan kepada para perserta tantang projek LAdang Kontrak FAMA. Dalam ucapan saya, antara lain, saya telah menyarankan agar semua kelompok pertanian yang ada di Sg.Rusa, Kampung Perlis dan Permatang Pasir mewujudkan sebuah koperasi untuk mereka mendapatkan modal pusingan, bantuan kewangan dan sebagainya.
Sementara ini pihak FAMA akan membantu para petani untuk memasarkan produk mereka yang memasuki sekim ladang kontrak. Harga lantai akan ditetapkan bagi setiap hasilan ladang bagi memastikan para petani/peladang tidak mengalami kerugian jika terdapat hasilan yang terlalu banyak.
.
Pada minggu lepas, iaitu pada 29hb. Julai, saya sempat berjumpa dengan AJK Persatuan Penduduk Flat Seri Bayu. Saya telah menyerahkan kepada Sdra. Mad Pozian, Pengerusi Persatuan Penduduk/Komuniti Bistari sebuah mesin potong rumput sebagai sokongan kepada persatuan yang cukup aktif menjaga persekitaran dan kebajikan penduduk disitu. Saya kagum dengan kebersihan dipersekitaran flat ini. Muga usaha baik kesemua anggota masyarakat flat ini akan berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan