Jumaat, 4 September 2009

LAWATAN YB TAN SRI NOR MOHAMAD YAKCOP KE TAPAK PROJEK DI BALIK PULAU

Tarikh : 29hb. Ogos, 2009
Jam : 1.00 Tengahari

YB Tan Sri Nor Mohamad Yakcop telah melawat projek-projek Kerajaan Persekutuan yang sedang dilaksanakan di kawasan Balik Pulau. Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Ketua Pengarah ICU - Tan Sri Khalid Ramli berserta dengan Pegawai Kanan Jabatan Perdana Menteri yang lain, Pengarah JKR Pulau Pinang, Tn. Nik Ali -Pegawai Pembangunan Negeri, Pegawai Kanan Kementerian Pengajian Tinggi, Pengarah Pelajaran Negeri, dan ramai lagi.

Saya telah membawa dan mengiringi mereka untuk melawat projek-projek Politeknik Balik Pulau, Balai Bomba Balik Pulau, Sek. Men. Pondok Upeh, Mahkamah Majistret, Jalan Menghubungi Teluk Kumbar ke Balik Pulau dan akhir sekali di Sek. Men. Bayan Lepas 2 di Kg. Seronok.

Kita berharap, projek-projek tersebut dapat dipercepatkan penyiapannya supaya dapat dengan segera di manfaatkan oleh masyarakat. Sek. Men. Pondok Upeh akan mula beroperasi pada Januari 2010, Balai Bomba dijangka siap seperti dijadualkan pada Marc 2010, Mahkamah Magistret dijangka disiapkan pada bulan Oktober 2009, Politeknik akan dimulakan pembinaannya pada Januari 2011 dibawah peruntukkan RMK11. Jalan Teluk Kumbar - Balik Pulau sudahpun dimulakan semula pembinaannya. Semetara itu projek mahkmah Syariah juga akan dimulakan semula pembinaannya sedikit masa lagi. Projek-projek ini setelah disiapkan kelak akan meletakkankan Balik Pulau sebagai sebuah pekan kecil yang moden, lengkap dengan kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat. Kita harapkan KADUN Pulau Betong akan menjadi KADUN yang serba lengkap dengan kemudahan, KADUN contoh, dan semua anggota masyarakatnya akan dapat menikmati pembangunan yang dibuat untuk mereka ini.
Perubahan fizikal pembangunan, InsyaAllah dapat dilakukan, tapi yang lebih penting adalah perubahan sikap, dan anjakan paradigma masyarakat itu sendiri. Saya akan terus berusaha membawa pembangunan ke Balik Pulau, tetapi saya amat mengharapkan anggota masyarakat saya untuk mengisi pembangunan ini, secara bersama, berbaik sangka, bersatu padu, bertoleransi, hormat menghormati dan bercita-cita untuk membuat perubahan pada diri, keluarga dan masyarakat. Saya doakan, anggota masyarakat saya dapat berhijrah dengan kadar segera dan berterusan menuju kebaikan dan kejayaan didunia dan akhirat.

1 ulasan:

KZ berkata...

YB,
Syabas atas usaha yang gigih bagi memastikan semua projek2 di Balik Pulau dapat disiapkan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan demi kesejahteraan masyarakat setempat. Teruskan usaha murni itu.
"Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua warga Balik Pulau"
Salam.