Sesungguhnya, hujung minggu baru-baru ini agak sibuk bagi saya. Banyak menerima jemputan untuk berucap dan merasmikan program. Selain daripada program PEKIDA dan ABM Masuk Kampung yang dicatatkan berasingan, ada beberapa lagi program yang telah saya hadiri, antaranya :
.Awal Sabtu- Jam 8.30 pagi - Sukan Tabika KEMAS DUN Pulau Betong
.
Bersama-sama dengan warga kemas dan anak-anak KEMAS bersukan di Padang SK Pulau Betong. Ini adalah program tahunan mereka. Tahniah kepada Penyelia Kanan KEMAS Balik Pulau (Sdra. Jamal) dan warga KEMAS lainnya. (p/s Gambar tak sempat nak ambil)
.
Bersama-sama dengan warga kemas dan anak-anak KEMAS bersukan di Padang SK Pulau Betong. Ini adalah program tahunan mereka. Tahniah kepada Penyelia Kanan KEMAS Balik Pulau (Sdra. Jamal) dan warga KEMAS lainnya. (p/s Gambar tak sempat nak ambil)
.
Lepas itu : Jam 9.45 pagi - Berucap dan memberi motivasi kepada ibubapa, guru-guru dan para pelajar darjah 6 SK. Titi Teras yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada hujung tahun nanti. Antara yang saya minta kepada pada guru dan ibubapa adalah supaya bersama mengajar anak-anak untuk berfikir sejak dari peringkat awal umur mereka. Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah SWT sebuat Otak seberat lebihkurang 3lb atau 1.5kg (dewasa). Itu adalah anugerah yang tidak ternilai dan mesti digunakan, diasuh, dikembangkan dan diberi makan. Antara yang boleh kita lakukan adalah berfikir :
.
1. Berfikir cara Analatikal.
2. Berfikir cara logical
3. Berfikir cara kritikal
4. Berfikir cara objektif
5. Berfikir cara sistematik
6. Berfikir cara pragmatic
7. Berfikir cara positif
8. Berfikir cara negative
9. Berfikir cara konstruktif
10. Berfikir cara proaktif
11. Berfikir cara projektif
12. Berfikir cara kreatif
13. Berfikir cara perspektif
14. Berfikir cara lateral
15. Berfikir berdasarkan nilai
16. Berfikir cara emotif
17. Berfikir cara reaktif
18. Berfikir cara historis
19. Berfikir cara metamatik
.
Jam : 10.30 pagi, seterusnya, saya telah pergi kemajlis meraikan warga emas dalam akitbiti Kelas Warga Emas Kelinik Air Putih. Seronok bersama dengan mereka. Sebagai menghargai jasa mereka, saya telah memberikan RM 1,000.00 untuk program itu dan lagi RM 2,500.00 untuk mereka mengadakan lawatan ke Terengganu
Jam 1.00 tengahari, bertempat di masjid Pondok Upeh, bersama dengan anak Qariyah Masjid Ponduk Upeh dalam program Forum Perdana anjuran RISDA/KKLW. Sempat menjamu makan tengahari bersama orang kampung Pondok Upeh dan RISDA. Alhamdulillah, makanan sedap walaupun 'simple'.
.
Pada jam 5.oo petang, saya berada di MRSM Balik Pulau untuk menyaksikan pertandingan Ragbi Piala YB Farid. Satu percubaan pertama kali yang balik, dan boleh dijadikan kejohanan tahunan.
Menziarahi Pak Yusof, Sg. Rusa dan menyumban kerusi roda pada Hari Isnin 20hb. Julai
2 ulasan:
yb ada masuk tweetlater dan twitterfeed.. apa saja new blog akan muncul sendiri di twitter yb....
dalam facebook juga boleh masukkan note secara automatik...jadi follower/friend akan alert ngan post blog yb yang baru.....
teknologi ini dinamakan web 3.0..
sekarang nie yb dah advence ke web 2.0.. bagi ija Yb tak payah pakai2 benda2 nie pun dah ada pengaruh yang besar...
Tahniah... follower yb dah 22 orang follower.... kami(ija, nasir & rizman) yang lama nie pun baru 20 orang jugak.... maklumlah..siapa la kitakan berbanding ngan yb...huhu.....
Terima kasih Ija, saya kena duduk dengan Nasir/Rizman sekali lagi untuk update knowledge pasal Facebook dan twitterfeed etc.
Catat Ulasan