Ahad, 5 Julai 2009

JOM BERSILAT : PENANG MATRA BUANA


Tarikh : 5hb. Julai, 2009
Bertempat : Kompleks Sukan Balik Pulau

Saya rasa amat bersyukur kehadrat Illahi, kerana program yang telah dirancangkan bersama-sama rakan-rakan telah berjalan dengan lancar dari mula hinggalah berakhir pada jam 3.00 petang.



Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Cikgu Ismail Chik, Timbalan Presiden PESAKA yang juga merupakan guru silat Gayung yang telah berjaya mengumpulkan tujuh perguruan yang berdaftar dengan PESAKA iaitu Gayung Pesaka, Melayu Asli, Lintau, Gegaran Petani, Gayung Harimau, Gayung Sundang dan Cekak. Begitu juga perguruan Silat Kuntau Jawa (Sg. Rusa) Kuntau Tekpi (Sg. Rusa) dan Mun Muay (Pulau Betong). Kesemua 10 perguruan telah membuat persembahan yang menarik dan memukau kira-kira 1500 orang penonton.
.

Kehadiran Dato Seri Hilmi untuk merasmikan majlis bersama-sama dengan Pegawai Kemajuan Negeri dan Pengarah Tourism Malaysia amatlah saya hargai. Kerjasama yang ditunjukkan oleh AJK BASKEB dan rakan-rakan BASKEB dalam membuat persediaan tempat juga turut menyumbang kepada kejayaan program ini.

Apa yang saya harapakan daripada program ini, akan terdapat lebih ramai lagi anak-anak remaja, malah kanak-kanak untuk segera melibatkan diri dalam mempelajari tradisi warisan persilatan Melayu. Kita berharap, melalui persilatan ini, generasi kita lebih berdisiplin, menghormati orang tua, mempunyai jatidiri yang tinggi, pengisian masa lapang yang bermanfaat, memiliki tubuh badan yang sihat dan dapat menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
.

Atas permintaan ramai, saya akan cuba bawakan lagi program ini, dibulan yang sama ditahun hadapan. Mungkin dengan beberapa penambahbaikan seperti mengundang perguruan silat dari luar negeri Pulau Pinang dan kemudiannya dari luar negera seperti Indonesia, Thailand, Vietnam. Apa kata kita jadikan program ini program tahunan Balik Pulau ? Mungkin, para pembaca mempunyai pandangan lain.

1 ulasan:

yan berkata...

yup! setuju sangat2