Jumaat, 3 Julai 2009

PENANG MATRA BUANA

Penang Matra Buana atau Penang Arts and Cultural Festival adalah sebuah projek baru yang akan saya ketengahkan kepada masyarakat Pulau Pinang untuk memertabatkan kesenian dan kebudayaan dinegera ini. Projek yang pertama ini bertemakan Lestari Warisan Melayu akan dimulakan pada 5hb. Julai, jam 9.00 pagi di mana Yang Berhormat Dato Seri Dr. Hilmi Hj. Yahaya, ADUN Telok Bahang akan merasmikan Majlis Persembahan 11 Perguruan Persilatan Melayu Pulau Pinang Sempena Program Bertempat Di Kompleks Sukan Balik Pulau,Pulau Pinang.
.
Kemudiannya, bertempat Di Auditorium Dewan Bahasa Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) Pada 07 Julai 2009 ( Rabu ) Jam 8.30 Malam.Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr). Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Akan Merasmikan Persembahan Penang Matra Buana 2009 ( Penang Arts Dan Cultural Festival). Persembahan di USM akan diadakan selama 2 hari.
.
Persembahan pada 7hb. Julai 2009 :
Tok Selampit, Awang Batil, Kumpulan Dikir Barat USM, Kumpulan Gendang Keling dan Kumpulan Wayang Kulit, Persembahan Mak Yong dan Persembahan Wayang Kulit Gedek oleh Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun
.
Persembahan pada 8hb. Julai, 2009:
Persembahan Dikir Barat, Persembahan Tok Selampit, Persembahan tarian Canggung, Persembahan Hadrah, Persembahan Tarian Joghee, Persembahan Awang Batil, Persembahan Wayang Kulit Kelantan dan Persembahan Boria
.
Sebagai makluman, Matra = Dimensi, Buana = Dunia.
.
Program ini dibawakan bersama dengan usaha dan komitmen yang tinggi dari Dewan Budaya, Pusat Pengajian Seni USM dan kerjasama tak berbelah bagi dari BASKEB, BPPB dan PPN, ICU-JPM, DBP Wilayah Timur dan Utara, Jabatan Kebudayaan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan Jabatan Penerangan serta Tourism Malaysia, Penang.
.
Kerjasama diharapkan dari pembaca semua untuk bersama hadir dan membuat hebahan. Masuk adalah percuma. InsyaAllah, saya akan muatkan liputan dalam blog ini selepas program telah selesai.

1 ulasan:

SENIBAYAN berkata...

Selampit vs Awang Batil di pentas Matra Buana

bunyi rebab dan batil malam itu
biarpun dalam loghat dan sebutan apapun
adalah selembar langit dari timur dan titip suara dari utara
yang sama-sama bercerita
tentang matra, tentang buana
tentang manusia
dan cinta.

gesekan tali rebab itu bergetar memercik sayu
ketukan batil memungut serumpun rindu
demikian penglipur lara itu terwarta
di penjuru dada
penuh bangga