Ahad, 26 Julai 2009

SANA SINI BERSAMA MASYARAKAT - 3

Hari : Sabtu
Tarikh : 25hb. Julai, 2009
.
Jam 9.30 pagi
Program : Hari Keluarga KPW dan Komuniti Bistari
Bertempat : Rumah UMNO Pulau Betong
.
Program yang sederhana, tetapi dewan dipenuhi dengan masyarakat kampung Pulau Betong, terutamanya kaum ibu. KPW Pulau Betong baru-baru ini telah terpilih di Tempat Kedua kampung KPW Peringkat Negeri Pulau Pinang. TAHNIAH ! kepada Pn. Rihana dan seluruh jawatankuasanya dan Puan Norma dari Jabatan Pertanian Daerah Barat Daya yang bertindak sebagai penasihat. Dalam program itu Pn. Syakirah Shahabudin, Inspektor Kesihatan Kelinik Air Putih telah memberi ceramah kesihatan berkaitan dengan penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Sementara itu para jururawat juga mengadakan ujian barah dan darah tinggi. Jabatan Penerangan juga turut terlibat.
.
Jam : 7.30 malam
Program : Jamuan Makan Malam Tokong Dewi Chit Seng
Bertempat : Jalan Bharu
.
Pada malam ini, telah diadakan Sambutan Ulangtahun ke-112 Tokong Dewi Chit Seng ini. Tokong ini boleh diketogarikan antara Tokong Cina yang tertua di kawasan Balik Pulau. Teringat saya masa kecil-kecil dulu, kalau ada sahaja Opera Cina, saya dan kawan-kawan tidak akan melepaskan peluang untuk menonton pertunjukkan opera itu. Semalam saya dibenarkan berucap. Terima kasih kepada En. Tan Ah Kee dan jawatankuasa yang sudi menjemput saya. Saya telah menyumbang RM1,000.oo untuk jamuan pada malam itu.
.
Jam : 9.30 malam
Program : Hari Keluarga UMNO Teluk Kumbar
Bertempat : Dewan PERDA, Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar
.
Saya juga sempat menghadiri Jamuan Makan Malam UMNO Cawangan Teluk Kumbar. Dewan penuh sesak dengan anggota masyarakat yang merupakan tunggak dan penyokong kuat UMNO di kawasan itu. Saya difahamkan lebih 5o ahli baru UMNO telah didaftar pada hari ini. TAHNIAH dan SYABAS. Terasa yang gelombang meyokong UMNO telah bermula dan akan berterusan. UMNO- DULU, KINI DAN SELAMANYA. Tahniah kepada Sdra. Rosli dan Sdra. Mazlan Hanif sebagai Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Cawangan dan seluruh warga UMNO yang telah menjayakan program ini. Tahun depan kena buat lagi.
.
Hari : Ahad, 26hb. Julai, 2009
Jam : 9.30 Malam
Program : Pertunjukkan Silat Cekak Sempenan Pengambilan Ahli Baru
Bertempat : Gelanggang Kg. Perlis
.
Tahnih diucapkan kepada Sdra. Manap selaku jurulatih Silat Cekak Gelanggang Kg. Perlis serta Sdra. Nazri, yang telah mengundang saya menyaksikan pertunjukkan silat oleh pelatih-pelatih. Saya masih ingat semasa saya hadir kegelanggang tersebut tahun lepas, gelanggang sekarang ini nampak lebih kemas dan teratur. Setelah hampir 17 tahun Silat Cekak berada di Balik Pulau, gelanggang ini telah banyak melahirkan pesilat-pesilat muda dan baru. TAHNIAH ! kerana dapat bertahan sekian lama. Ada banyak sekali manfaat daripada seni persilatan, tidak kiralah apa juga bentuk, gaya dan nama diberi. Muga Silat Melayu kekal segar dan berkembang di bumi tercinta ini.

Tiada ulasan: