Isnin, 20 Julai 2009

BERSAMA PEKIDA TELOK BAHANG


Tarikh : 17hb. Julai, 2009
Bertempat : Dewan Perdana, Taman Negara Telok Bahang
.
Saya telah diminta oleh YB Dato' Seri Hj. Hilmi untuk mewakili beliau dalam satu perjumpaan dengan PEKIDA Telok Bahang. Walaupun saya bukanlah ahli PEKIDA, saya amat menyanjungi perjuangan orang-orang Melayu, perjuangan PEKIDA sejak lama dulu. Walaupun didaftarkan dalam tahun 1987, saya difahamkan bahawa perjuangan PEKIDA bermula sejak tahun 1937 yang dipelupori oleh pejuang Melayu yang berhirah dari negara jiran. Saya difahamkan bahawa, mereka adalah diantara pejuang-pejuang yang menentang Malayan Union sehinggalah mencapai kemerdekaan. Saudara pembaca boleh melayari sesawang lain yang meriwayatkan sejarah perjuangan pertubuhan ini.
.
Pada malam tersebut saya diminta untuk bercakap tentang 'Melayu' tetapi tidak boleh menyentuh soal politik. Agak pelik, kerana sesungguhnya Melayu, perjuangan dan politik tidak boleh dipisahkan. Tajuk yang diberikan agak sukar untuk dikupas serta umum dan tentunya memerlukan masa dan boleh menyentuh pelbagai aspek.
.
Untuk blog ini, saya ingin menyedut ucapan saya dan berkongsi sedikit dengan para pembaca, pengetahuan tentang Melayu di Negeri Pulau Pinang. Tentunya topik ini, boleh dipanjangkan, saya hanya ingin menyentuh fakta sejarah sahaja.
.
Melayu di Pulau Pinang
.

Kawasan Batu Uban, adalah dikatakan kawasan yang mula sekali dibuka leh orang Melayu, sekitar tahun 1730an. Tarikh tersebut masih kelihatan pada papan tanda Masjid Jamik Batu Uban. Kawasan itu diasaskan oleh Haji Mohamad Salleh, atau nam sebenarnya Raja Nan Intan Ibni AlMarhum Tengku Pateh Sebatang, yang berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Sumatera. Beliau juga dikenali sebagai Nahkoda Intan. Beliau membuka kawasan Batu Uban setelah mendapat pekenan dan keizinan daripada Sultan Muhaad Jiwa Zainal Azilin Shah II. Adalah menjadi kebiasaan oleh orang Islam, apabila hutan sudah diterokai, maka mereka mendirikan sebuah surau kecil dan kemudiannya diperbesarkan enjadi Masjid.
.
Adik Nahkoda Intan, iatu Nahkoda Kecil, kemudiannya bergerak dan membuka kawasan baru menghala ke Tanjung yang dinamakan Tanjung Penaga. Apabila Francis Light mendarat di Tanjung Penaga, orang yang mula-mula sekali ditemui oleh beliau adalah Nahkoda Kechil. Nahkoda Kechil ini kemudiannya ditugaskan untuk mengawasi kawasan perairan dan pasar-pasar kecil yang dibina oleh orang-orang Melayu dari Kedah yang datang berniaga dikawasan disekitar Fort Cornwalis.
.
Selain dari itu, Dato Janatun kemudiannya, setelah diperkenan oleh Sultan Kedah dan telah dianugerahkan 100 ekar tanah, telah datang membuka kawasan-kawasan baru yang hari ini dikenali sebagai Gelugor, Bukit Gambir dan Taman Brown. Taman Brown adalah tanah asal Dato Janatun, yang telah dicagar oleh generasi ketiga kepada David Brown, telah dilelong kerana cukai tanah tidak dibayar.
.
Kawasan Dato Keramat telah dibuka oleh seorang yang bernama Datok Keramat yang berasal dari Sumatera dan berketurunan Acheh. Bayan Lepas dibuka pada tahun 1789 oleh Haji Mohamad Salleh atau dikenali dengan nama Haji Brunei. Beliau membuka kawasan Bayan Lepas bersama-sama dengan rakan beliaubernama Long Sayed.
.
Balik Pulau pula dibuka oleh Lebai Tampak, dari Deli; Pah Kecil dan Nahkoda Che Salleh membuka Permatang Damar Laut; Panglima Long dari Setul dan Nahkoda Saedin dari Deli membuka Teluk Kumbar.
.
Jumlah penduduk, dianggarkan lebih kurang 100 orang dalam tahun 1786, meningkat secara mendadak pada tahun 1816 seramai 23,418 orang dan pada tahun 1830 seramai 33,959. Sehingglah ketahun 1759, jumlah penduduk Melayu melebihi kaum lain, tetapi selepas tahun 1860 kuam China mula mengatasi orang Melayu dengan kemasukan imigran dari Negera China.
.
Bermula dari tahun 1860 itu sehinggalah pada tahun lepas-2008, jumlah penduduk kaum China adalah mengatasi jumlah penduduk Melayu. Walaubagaimanapun, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia dan SERI (Pulau Pinang), pada tahun ini - 2009, jumlah penduduk kaum Melayu buat pertama kalinya melebihi jumlah penduduk kaum China, dan dijangkakan berterusan. Banyak perkara yang boleh diperdebatkan tentang fakta baru ini ! Saudara pembaca boleh berfikir, mengamati dan memberikan pandangan !

1 ulasan:

Unknown berkata...

Apa yang dikesalkan sekarang ini adalah tiada usaha yang betul-betul konkrit untuk menyelamatkan kedudukan Melayu Pulau Pinang. Ia umpama dijajah oleh bangsa Cina. Sebahagian besar dari mereka lupa bahawa mereka adalah berasal dari imigran yang di bawa oleh British sebagai buroh ke alam Melayu.

Cina bangsa yang ramai yang meliputi dimana jua kita pergi. Bina saja rumah pasti ada orang Cina yang upaya untuk milikinya. Sekarang mereka minta meritokrasi di bumi asal Melayu. Ini bakal melenyapkan ketuanan yang sekarang ini pun sudah hampir lenyap. Orang Melayu hidup dengan sekadar yang ada sedangkan orang Cina hidup untuk dapatkan apa saja. Kalau diikutkan selera mereka yang tak berkesudahan ini habislah.

Orang Melayu patut bersatu untuk memahamkan semua pihak termasuk bangs Cina dan India dan lain-lain lagi untuk menerima perkara bahawa tanah ini adalah alam Melayu Islam dan sampai bila-bila pun akan menjadi identiti Melayu Islam. Orang Melayu mesti berpolitik secara amanah agar bangsa Cina dan India berasa hormat dan selesa. Jika mereka masih nak merebut apa yang ada sini bukan tempatnya.