Isnin, 20 Julai 2009

ABM MASUK KAMPUNG

Tarikh : 17hb. Julai, 2009

Bertempat : Tapak Latihan, Sg. Burung Balik Pulau

Program ABM Masuk Kampung ke-2, telahpun berlangsung selama dua bulan. Pada petang 17hb. itu, saya telah dijemput untuk merasmikan penutup program kali kedua ini, yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Balik Pulau. Untuk kali ini saya telah menyumbang sejumlah RM 7,500.00 untuk menampung perbelanjaan program ini.
.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sdra. Roslan Sahib yang telah bekerja keras bersama rakan-rakannya untuk merancang, merencana dan seterusnya mengadakan program ini. Sdr. Roslan adalah : AJK UMNO Bahagian, AJK Pemuda Bahagian dan Ketua Pemuda Perihatin.
Program ini telah berjaya memberi latihan dan seterusnya Lesen-Lesan Pemanduan Back Hoe, Hydraulic Excavator dan juga Mobile Crane yang diberikan oleh Jabatan Pengangkutan Awam dan juga Akedemi Binaan Malaysia. Bagi setiap peserta, pihak ABM telah membelanjakan hampir RM 2,500.00/seorang untuk mengikuti latihan penuh selama dua bulan. Kesemua 59 orang peserta telah menamatkan dengan jayanya kursus tersebut.
.
Tahniah kepada semua pelatih. Selamat mencari rezeki dengan lesen yang diperolehi. Syabas Sdra. Roslan.

Tiada ulasan: