Isnin, 20 Julai 2009

PROGRAM PEMBELAJARAN MELALUI SURAT KHABAR

Tarikh Pelancaran : 6hb. Julai, 2009
Bertempat : Sek. Keb. Kongsi, alik Pulau
.
Alhamdulillah, program NIE-NST (Newspaper In Educatation , akhbar harian The New Straits Time) telah diteruskan pada tahun ini. Tahun ini adalah tahun ke-4 program ini dilaksanakan sejak tahun 2006. Pada tahun ini, sebanyak 11006 naskah surat khabar diedarkan kepada sekolah-sekolah berikut, bermula sejak bulan Februari hingga bulan September, iaitu selama 22 minggu, setiap hari Isnin.
.
SK. Genting
SK. Kongsi
SK. St. George
SK. Titi Teras
SK. Balik Pulau
SJKC Pulau Betong
SJKC Tar Thong
SJKC Chong Teik
SJKC Sacred Heart
Sek. Men. Seri Balik Pulau
.
Jumlah sumbangan tahun ini : RM 8,804.00
.
Semua sekolah telah menyatakan pandangan mereka dalam perjumpaan ini. Kesemua bersetuju bahawa program ini banyak membantu para pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris, dan mahukan agar program ini diteruskan ditahun hadapan.
.
Pendidikan adalah agenda utama saya sejak menjadi Wakil Rakyat dalam tahun 2004. Maka dengan itu sumbangan ini akan tetap diteruskan selagiman guru-guru, ibubapa dan para pelajar dapat manfat daripadanya.
.
Selain daripada itu, satu lagi program yang diberi nama PROPERPIS, iaitu program Permuafakatan Pelajar Islam, yang telah dimulakan oleh mantan Ahli PArlimen Balik Pulau Dr. Nungsari juga turut disokong untuk diteruskan, sejak tahun 2004. Tahun ini sejumlah RM 5,000.00 telah diserahkan dan peruntukkan tambahan RM3,000.00 telahpun diluluskan dan menunggu untuk diserahkan. Kesempatan ini diambil untuk merakamkan jutaan terimakasih kepada rakan-rakan guru kita yang begitu komited dalam program ini, walaupun berhadapan dengan kekangan kewangan dan sebagainya. Muga ALLAH SWT memberikan ganjaran dan balasan sewajarnya diatas pengorbanan dan perjuangan kalian.

1 ulasan:

yan berkata...

gud info..thanks