Ahad, 26 Julai 2009

Hari Jumaat, 24 hb. Julai, 2009 adalah satu hari yang agak sedih bagi saya. Sebanyak 22 ekor ikan yang telah saya pelihara sejak 2004, dari sebesar ibu jari, telah mati ! Bayangkanlah ikan-ikan sebesar 2x size kotak tisu mati didepan mata. Melihat ikan berenang-renang adalah menjadi hobi saya sejak dari bangku sekolah lagi. Itu adalah salah satu cara saya menghilangkan 'stress' dan mencari kedamaian dan idea. Penat bekerja akan hilang melihat mereka berenang dan melihat mereka makan.
.

Kolam yang terletak disebelah meja tempat saya berjumpa dengan anggota masyarakat dan membuat kerja kini agak sepi. Kini kolam itu telah nampak kosong. Walaupun ada saki-baki ikan, tapi tak seceria sebelum peristiwa ini. Nampaknya kena beli ikan dan mula dari mula lagi. Tentunya akan mengambil masa yang panjang untuk membesarkan ikan kesaiz-saiz ikan yang telah mati. SEDIH -SAYANG.

4 ulasan:

UrbAnWiTch berkata...

boss..knp mati??? what is the cause?

ADUN PULAU BETONG, Setiausaha Politik YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata...

Kematian ikan dek kerana kelalaian manusia!, mungkin tidak disengajakan. Pengajaran : apabila kita meminjam sesuatu, samaada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran, hendaklah dipulangkan atau diletakkan kembali ditempat asal. Masih sedih lagi, walaupun dah 3 hari berlalu.

Unknown berkata...

Salam, mungkin ianya satu peringatan dari Allah SWT kepada kita manusia supaya jangan mengkhianati amanah yang diberikan.sama-samalah kita renungkan.

HeroHuruHara berkata...

Di Jepun hobi memelihara obor-obor hidup di dalam akuarium menjadi trend popular untuk melegakan stress dan kajian pakar kesihatan mengakui tahap pemulihan stress yang lebih tinggi berbanding pemeliharaan ikan. Obor-obor mempunyai nilai eksotik yang tinggi, akuarium yang dilengkapi dengan LED atau lampu berwarna UV/VIOLET dapat merangsang obor-obor mengeluarkan warna alam yang lebih menarik pada waktu malam.

Pergerakan obor-obor mulai dari sesungut hingga cara renang adalah antara faktor utama kelegaa stress dapat erlaku dengan lebih cepat dan berkesan.

Mungkin ini satu industri selain dair ternakna ikan hiasan.