Isnin, 6 Julai 2009

SUMBANGAN KEPADA HYO

Tarikh Sumbangan : 7hb. Julai, 2009
Penerima : Hindu Youth Organisation (HYO

Saya menerima kunjungan dari rakan-rakan ahli persatuan HYO Balik Pulau yang telah hadir bersama-sama dengan En. Jagadesan A/L Muniandy (mantan Pengerusi) dan Pengerusi HYO En.Murugiah A/L Muniandy yang baru mengambil alih jawatan tersebut.

.
Sumbangan yang diberikan adalah berupa 2 buah mesin potong rumput dan 1 pam racun. Saya difahamkan mereka akan mengunakan peralatan tersebut untuk membuat kerja mencuci tanah perkuburan kaum India di Balik Pulau. Tahniah !.
HYO adalah sebuah badan pertubuhan belia India yang giat menjalankan kerja-kerja sukarela diseluruh kawasan Balik Pulau dan kini telah melebarkan kawasan kegiatan mereka diseluruh Barat Daya. Saya ucapkan selamat maju jaya dengan aktibiti sukarelawan.

Tiada ulasan: