Tarikh : 1hb. Ogos, 2009, Sabtu
Jam : 8.30 pagi
Bertempat : SMK SERI, Balik Pulau
.
SMK SERI Balik Pulau adalah sebuah Sekolah Menengah yang telah banyak melakarkan sejarah. Saya bersekolah disana dalam tahun 1979 hingga 1980, iaitu di Tingkatan 4 dan 5 (Aliran Sains). Walaupun hanya dua tahun disana, banyak kenangan manis dilalui disana.
.
Hari ini SMK adalah sebuah sekolah menengah yang cukup membanggakan dan merupakan sekolah mengengah yang teramai
pelajar 1605 murid yang belajar di 52 kelas dengan tenaga pengajar seramai 114 guru. Pencapaian akedemik juga adalah cukup membangakan. Contohnya dalam tahun 2008, PMR - 8A = 4 orang, 7A = 2 orang dan 6A = 3 orang. SPM - 7A = 1 orang dan 6A = 4 orang. Selain dari itu, pencapaian dalam aktibiti ko-korikulum dan penyertaan diperingkat negeri dan kebangsaan juga cukup membanggakan. Baru ini, Pengetua SMK SERI telah dianugerah sebagai Pengetua Cemerlang. Tahniah Tn. Hj. Shafie bin Hashim. Saya ucapkan tahniah kepada semua guru-guru SMK Seri yang begitu perihatin, komited, berwawasan yang telah berjaya meletakkan sekolah ini kesatu tahap yang boleh dibanggakan.
.
Saya telah dijemput untuk memberi ucapan dalam majlis tersebut. Berikut adalah sedutan daripada ucapan saya. Mungkin ada diantara perkara yang saya perkatakan, boleh dikongsi bersama dengan pembaca sekelian.
.
UNTUK MURID :
.
Izinkan saya menegur serta berkongsi pengamatan saya dengan Tuan-tuan semua; bermula dengan para pelajar, terutamanya berkaitan Sikap Pelajar Melayu.
Rata-ratanya, para pelajar kita berhadapan dengan beberapa faktor yang tidak baik atau negative, yang memerlukan perubahan segera :
· The lack of desire to aim high
Kurangnya keinginan untuk bercita-cita tinggi
· The lack of will to succeed
Kurangnya kesungguhan untuk berjaya
· The lack of self-confidence
Ketiadaaan keyakinan diri (factor penting)
.
Tiadanya keyakinan diri adalah lahir daripada sikap rendah diri, yang tidak kena tempatnya, yang akan melahirkan atau menjelmakan perwatakan negative yang akhirnya akan mengakibatkan keupayaan untuk belajar hilang. Para pelajar akan mudah rasa kecewa, moral mereka rendah, terasa diperkecilkan, dan hilang harga diri.
.
Sikap pemikiran (mental attitude) sebegini, akan menyebabkan kurangnya keyakinan kepada kebolehan diri sendiri. Maka para pelajar hanya mengharapkan pencapaian akedemik yang rendah. Persoalannya, bagaimanakah dengan pencapaian akedemik yang rendah ini boleh membawa para pelajar ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.
.
Semua sikap diatas adalah tak betul dan perlu diubah! Bukan sahaja dalam masa kita belajar samaada di sekolah, mahupun di university, malahan dalam pekerjaan pun, kita tak dapat lari dari sikap atau fe’el negative yang saya sebutkan tadi. Kita perlu, harus dan wajib berubah.
.
Dalam satu kajian oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, tahun 2001, para pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa “tidak yakin adalah diantara sebab mengapa pelajar kurang cemerlang”.
.
Perasaan tidak yakin akan membawa kepada ketakutan untuk belajar matapelajaran yang dikatakan sukar seperti Sains, Metamatik, termasuklah English. Jika kita melihat dari kacamata tidak yakin dan takut, kita akan bersikap pesimistik dan tentunya akan menjadikan matapelajaran yang sukar menjadi semakin sukar. Malangnya, ianya terbawa-bawa pula kepada tidak mempunyai keyakinan untuk meletakkan cita-cita yang tinggi, dan hanya bercita-cita untuk mendapat kerja seadanya sahaja.
.
Sikap atau perangai ini akan terbawa-bawa dalam kehidupan para pelajar. Kalau disekolah pelajar mudah berputus asa, pelajar juga akan mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Semua yang para pelejar hendak lakukan nampak susah untuk dikerjakan. Pelajar mudah berputus asa dan tidak mahu bersusaha. Daya juang pelajar rendah dan pelajar akan mudah mengaku kalah. Sehari demi sehari, pelajar akan semakin jauh dari pelajaran kalian. Bermula dengan masaalah dengan satu matapelajaran, ianya akan terbawa-bawa atau berjangkit kepada matapelajaran yang lain pula. Akhirnya, para pelajar akan hilang minat untuk belajar. Maka terjerumuslah para pelajar kedalam aktibiviti-aktiviti yang tidak sihat bermula sejak dari bangku sekolah lagi. Dan akan diteruskan kedalam kehidupan mereka selepas sekolah.
.
Sikap-sikap inilah yang sebenarnya yang menjatuhkan maruah bangsa Melayu itu sendiri. Maka, bangsa lain akan memandang rendah kepada orang Melayu. Sementara kaum-kaum lain berusaha keras bersaing sesama-sama kaum mereka sendiri dan bersaing dengan kaum lain, orang Melayu pula terus melayu lemah.
.
Kalau orang Melayu mahu terus mengharapkan bantuan kerajaan selama-lamanya, maka itu adalah satu tindakan dan harapan yang salah! Harapan yang tidak munasabah! Bermimpi disiang hari !
.
UNTUK GURU
.
Izinkan saya juga untuk mengambil peluang disini untuk berkongsi pengamatan saya tentang guru pula.
.
Peranan Guru di tengah masyarakat dan para pelajar, adalah sesuatu pengorbanan dan pengabdian yang cukup mulia, dan merupakan suatu tugas yang amat berat. Guru adalah agen perubahan dan pembangunan.
.
Denga itu, Tugas sebagai Guru itu adalah sangat berat. Umat manusia hanya mungkin dibentuk melalui satu proses pembelajaran, dengan pengulangan terus menerus, dan memberikan contoh (uswah) yang baik. Oleh itu, Pekerjaan guru ini memerlukan komitmen yang tinggi dan semangat yang prima.
.
Kemuliaan seorang guru (pendidik) terpancar dari keikhlasan membentuk para pelajar menjadi pintar, beriman, berakhlaq, dan berilmu, serta mengamalkan ilmunya, untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, dan kemaslahatan umat di kelilingnya, serta mempunyai ibadah yang teratur, dan berpribadi mulia, bertatasusila dengan tauhid yang istiqamah.
.
Keberhasilan guru pula akan banyak didukung oleh kearifannya, yang dibangunkan melalui kedalaman pengertian dalam bidangnya, pengalaman dalam membaca situasi, dan persekitaran yang kondusif di sekitarnya.
.
Saya berharap dan berdoa agar semua guru-guru mempunyai sifat, semangat, niat dan bertindak dengan tindakan yang saya sebutkan tadi. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati anda semua.
.
Jadilah kita orang yang berilmu yang mengajarkan ilmunya, atau belajar (muta’alliman), atau menjadi pendengar (mustami’an). Dan, jangan sekali menjadi orang yang tidak memiliki aktiviti keilmuan sama sekali. Iaitu, tidak mengajar, tidak pula belajar, serta enggan untuk mendengar”.
.
KEPADA IBUBAPA
.
Bantu anak-anak dirumah. Berusahalah untuk menyedia :
1. Rumah yang hati mereka ada padanya,
2. Tempat belajar yang bersih dan kemas, untuk mereka membuat kerja,
3. Rumah yang aman, tenteran, harmoni serta tenang untuk mereka membesar dengan sempurna.
Dan berilah kerjasama kepada guru-guru disekolah.
.
KEJAYAAN ANAK-ANAK KITA, ADALAH KEJAYAAN KITA BERSAMA. ANAK ADALAH SATU ANUGERAH ALLAH KEPADA KITA YANG TIDAK TERNILAI.