Selasa, 20 November 2012

" ...... perjalananku"

Saya rasa bersyukur, kerana baru-baru ini saya telah terjumpa sebuah penulisan yang telah saya karang kira-kira 14 tahun yang lalu. Saya telah menyalin semula untuk dikongsikan kepada rakan-rakan usahawan, para belia dan graduan yang baru menceburkan diri dalam bidangan keusahawan, atau yang sedang berkira-kira untuk menjadi usahawan, malahan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengenali diri dan pengalaman saya dimasa lalu. Walaupun telah lama ditulis (14 tahun yang lalu), saya boleh tersenyum melihat dan membaca beberapa perenggan yang ditulis mengenai impian dan harapan saya sewaktu itu. Semuga ada diantara penulisan ini yang akan dapat dijadikan panduan, dan juga peransang kepada pembaca.

APABILA saya mula berfikir untuk mencari satu topik yang sesuai untuk ditulis bagi memenuhi kehendak kursus keusahawanan, saya rasa agak susah. Ini adalah kerana keusahawanan adalah satu topik yang luas, begitu menarik dan begitu bermakna dalam kehidupan saya.

Saya berpendapat bahawa adalah lebih baik dan bermenafaat untuk menulis sesuatu yang boleh, sekiranya dibaca atau diketengahkan, membuka pintu hati, memberi kesedaran dan meniupkan semangat seseorang itu untuk menjadi seorang usahawan. Setidak-tidaknya menyedarkan bahawa apa yang disabdakan oleh Rasullah S.A.W bahawa “99%” daripada rezeki adalah daripada perniagaan adalah benar dan adalah sebagai pengalak atau pemangkin kearah melahirkan seorang usahawan.

Tulisan ini sekaligus bertujuan untuk menyedarkan saya sendiri bahawa, perjalanan saya masih jauh, halangan masih banyak yang perlu ditempuhi dan apakah saya akan berjaya memburu cita-cita yang tersurat di hati sanubari.

Saya namakan tulisan ini sebagai “…………………………..Perjalananku”

Sejak dari kecil lagi saya gemar berniaga. Apabila saya berumur 11 tahun (Darjah 5), saya telah mula menjual rojak buah di sekolah petang (Sek. Ugama) dengan buah-buahan yang saya dan ayah saya tanam sendiri di sawah. Saya juga menjual ‘Sagon’ dan ‘Aiskrim Malaysia’ yang emak saya buat. Pada hujung minggu saya akan membantu bapa saudara menjual kain baju di Pasar Minggu. Saya mendapat sedikit upah akan tetapi keseronokan boleh menjual melebihi segalanya. Dalam hati kecil saya sudah mula timbul bibit-bibit sukakan perniagaan.

Apabila tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya pergi merantau ke Kuala Lumpur. Saya tinggal di Selayang Baru dan membantu orang kampung saya yang telah merantau berniaga. Di pagi hari, saya menjual daging di Pasar Selayang, petang hari menjual di kedai runcit dan malam hari menjual di warung. Sememangnya amat letih dengan kerja-kerja itu tetapi keseronokan mengatasi segalanya. Walaupun upah tak seberapa tapi ilmu dari pengalaman yang saya perolehi tidak dapat dijual beli.

Apabila saya berada di Scotland untuk melanjutkan pelajaran saya juga tetap dengan minat saya untuk mencari duit tambahan dan pengalaman berniaga. Di petang hari apabila saya lapang, saya akan mengabis masa selama lebih kurang dua jam untuk keluar berjalan dari rumah ke rumah menjual produk-produk di bawah “Betterware”.

Kerana minat yang mendalam, saya tidak kisah bekerja walaupun pada masa yang sama rakan-rakan senegara berihat ; walaupun terpaksa berjalan mengharungi salji. Upahnya berbentuk komisyen. Jadi pendapatannya bolehlah tahan. Kalau saya kerja kuat dan jualan banyak saya akan dapat pendapatan yang lebih. Yang pentingnya saya dapat mempelajari teknik perniagaan yang dijalankan dan bagaimana komisyen diagihkan.

Saya bukanlah berasal dari keluarga yang senang, perniagaan yang saya ceburi dan hasil yang saya terima dari pengorbanan masa, tenaga dan keringat saya adalah sesuatu yang amat dihargai.

Keluarga saya bukanlah keluarga ahli perniagaan yang boleh saya ikuti atau jadikan contoh. Pemerhatian keatas kejayaan orang lain, cemburu atas kejayaan mereka, irihati di atas kemewahan yang mereka perolehi adalah diantara faktor-faktor yang membakar semangat saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Dalam kehidupan kita, kita harus mempunyai cita-cita. Cita-cita kecil atau cita-cita besar tidak penting. Yang penting adalah usaha dan ikhtiar kita dalam memastikan bahawa cita-cita kita itu tercapai. Jangan diharapkan yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek. Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Cuba kita perhatikan diri kita. Apabila kita dilahirkan ke dunia, kita mula belajar menyebut bunyi-bunyian, kita belajar merangkak, belajar duduk, balajar berjalan dan seterusnya berlari. Siapakah yang mengajar kita bunyi, merangkak, duduk dan seterusnya? Tuhan yang Maha Kuasa mengerakkan kita untuk melakukannya. Dijadikan otot-otot dan badan kita sedemikian rupa untuk membolehkan kita bergerak. Apabila kita besar, kita sedar bahawa kita boleh berjalan dan berlari dan memanjat dan sebagai. Selepas itu kita sedar bahawa kita boleh mempercepatkan pergerakan kita itu dengan cara kita berusaha dan berlatih untuk pergerakan yang lebih sempurna. Akal fikiran yang dianugerahkan Ilahi, kita gunakan dalam membuat perkiraan, pertimbangan, penyelesaian terhadap kehendak kita itu dan begitulah seterusnya.

Bagitu jugalah dengan evolusi kesedaran kita terhadap dunia keusahawanan dan perniagaan. Ada di antara kita digerakkan hati untuk berniaga dari kecil lagi dan ada pula apabila dewasa. Ada yang cepat ada yang lambat. Kita harus percaya bahawa setiap makhluk yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai rezeki masing-masing. Kita perlu berusaha. Banyak atau sedikit, cepat atau lambat adalah terletak di bahu kita.

Saya yakin bahawa kesedaran untuk memperolehi kehidupan yang senang ada dalam diri masing-masing, sejak dari kecil lagi. Apabila kesedaran dah ada, maka di atas diri kitalah terletaknya inisiatif untuk menjayakannya. Sepertimana kita berusaha memperbaiki ketahanan kita dalam berlari, melompat dan sebagainya, maka begitulah juga dengan kejayaan kita dalam keusahawanan. Kita perlu berlatih, berusaha dengan berterusan untuk memastikan apa yang kita hajati dapat dicapai. Apabila kita berhenti berlatih, kita akan lemah dan kalah; apabila kita berhenti berusaha kita akan tenggelam dan menghampiri kegagalan.

Apabila saya mendapat keputusan diterima memasuki Institut Teknologi MARA, saya amat bergebira dan bersyukur. Tetapi apabila saya mula berkenalan dengan kursus yang saya ambil dan apabila saya bandingkan kelulusan saya dengan kelulusan kawan-kawan saya, hati saya menjadi risau. Risau yang pertama adalah kerana kursus yang saya ambil (Quantity Surveying atau Ukur Bahan) adalah kursus yang amat asing bagi saya. Sepupu saya menasihatkan supaya diambil kursus itu disebabkan kekurangan pengetahuan, saya ikut saja.

Risau yang keduanya pula ialah apabila saya membandingkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia saya dan rakan dan juga latar belakang mereka amatlah berbeza berbanding dengan saya.

Walaubagaimanapun kerisauan itu tidak saya biarkan lama bertapak di hati saya sebaliknya saya lawankan ia dengan semangat yang berkobar-kobar bahawa tiada yang mustahil di dunia ini. Saya juga seperti mereka, punya akal untuk berfikir, punya hati untuk membuat pertimbangan dan sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa sedia untuk menerima dan memakbulkan doa hambanya yang kuat dan rajin berusaha.

Lantas saya tetapkan satu wawasan dalam hidup dan cita-cita secara berperingkat untuk dicapai, iaitu :

1. Harus mendapat Diploma dengan C.G.P.A tidak kurang dari 3.00 mata
2. Harus meletakkan diri dala kategori pelajar cemerlang supaya mendapat tawaran MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
3. Harus berdaftar sebagai Jurukur Bahan Professional pada umur 28 tahun
4. Membuka firma sendiri apabila berumur 30 tahun.

Alhamdulillah saya sekarang berumur 35 tahun. Apakah saya berjaya mencapai cita-cita saya ? Ya dan masih lagi sedang berusaha. Saya berjaya mendapat CGPA melebihi 3.00 mata, terpilih dan ditawarkan biasiswa oleh MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Saya berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Jurukur Bahan Professional pada umur 28 tahun. Saya mendaftarkan firma saya pada umur 28 tahun iaitu dua tahun lebih awal dari jangkaan saya. Saya telah menjadi majikan selama lapan tahun dan kini mempunyai dua pejabat di Alor Setar dan Petaling Jaya dengan jumlah kakitangan seramai 22 orang (dibantu oleh dua (2) pengarah di pejabat Petaling Jaya).

Kita tidak pernah dijanjikan bahawa semua yang kita usahakan, kita idamkan atau kita hajatkan akan tercapai atau dapat dicapai pada masa yang kita harapkan. Saya perlu terus berusaha dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Tuhan Yang Maha Permurah.

Saya amat bersyukur kerana saya di beri kesihatan, kekuatan dan ketabahan oleh Yang Maha Kuasa. Pintu rezeku dibukaNya untuk diketuk oleh semua hambaNya yang rajin berusaha.

Sementara menunggu untuk masuk fasa ke 2 dalam perancangan hidup saya iaitu apabila memasuki umur 36 tahun ke atas, saya sudah mula memikirkan perancangan saya seterusnya. Fasa kedua adalah selama 4 tahun iaitu sehingga umur saya 40 tahun.

Saya berpendapat bahawa umur di antara 30 hingga 40 tahun adalah umur untuk kita bekerja keras kerana tenaga kita pada tempoh umur ini Insyaallah diberikan Allah adalah kuat. Ini membolehkan kita bekerja tidak kira siang atau malam, tidak kira penat lelah.

Apabila mencecah umur 40 tahun, kita seharusnya lebih dewasa, lebih matang, lebih arif, lebih kukuh dari segi kewangan, ketokohan dan lebih berkeyakinan.

Dengan yang demikian, kita berada di satu kedudukan yang selesa untuk melepaskan sedikit tanggungjawab kepada kakitangan yang senior yang telah dilatih, memerhati dan menyelia pekerjaan mereka, menceburi bidang yang baru dan mula mendamping pihak-pihak berkuasa seperti Menteri-menteri, Pengarah-pengarah Kanan Pejabat Kerajaan dan duduk semeja bersama-sama dengan ahli serta tokoh perniagaan dan korporat. Insyaallah, jika dipanjangkan umur saya akan sampai ke peringkat ini.

Ingin saya berbalik kepada sejarah penubuhan firma saya dan bagaimana saya bermula, apakah halangan-halangan yang saya hadapi, apakah kekurangan-kekurangan yang saya tempuhi dan sebagainya sehinggalah kehari ini.

Firma ini saya tubuhkan pada tahun 1990. Pada masa itu, saya masih bekerja di Kuala Lumpur. Saya telah menerima dan melantik seorang kawan yang menetap di Alor Setar untuk mengendalikan pejabat di sini. Sementara itu saya memerhatinya dan berulang-alik sebulan sekali dari Kuala Lumpur. Disebabkan firma ini adalah firma professional dan ditubuhkan dengan kelulusan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia dan tertakluk kepada Akta Parliamen, maka sudah tentulah ada perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Firma ini didaftarkan oleh saya sebagai firma pemilik Perseorangan (Sole-Proprietor). Ini bermakna, atas bahu sayalah tanggung segala ‘tanggungjawab’ (responsibilities) dan ‘liabilities’.

Apabila setahun berlalu, saya merasakan dan berpendapat bahawa terdapat beberapa tindakan telah dilakukan di luar pengetahuan saya. Selepas saya selidiki dan berpuas hati dengan penemuan saya, saya mengambil keputusan untuk kembali ke Alor Setar dan menumpukan sepenuh masa saya kepada firma ini.

Saya kembali dengan hati yang terbuka untuk menempuh segala cabaran dan dugaan saya terpaksa berkorban. Saya terpaksa melepaskan kerja saya di Firma Swasta yang pada ketika ini adalah jawatan ‘Senior’ dan menolak tawaran Pengarah. Saya terpaksa tinggal berjauhan dengan isteri dan anak saya dan saya terpaksa menjual kereta kerana tidak punya cukup modal.

Setahun yang pertama amat getir dalam kehidupan saya. Elaun saya tidak tetap, kos sara hidup isteri dan anak-anak tidak tetap. Tiada pakaian baru selama setahun. Hidup saya menumpang. Saya bukan sahaja berhadapan dengan masalah kerja tetapi juga tekanan daripada masalah keluarga.

Masa setahun berlalu begitu pantas. Saya mendapat ;pertolongan dari kawan saya daripada segi memberi semangat, bantuan kewangan dan bantuan dalam kerja-kerja saya. Beliau telah banyak membantu saya.

Di hari ini saya sungguh gembira. Gembira kerana usaha yang tidak mengenal penat-lelah, tidak mengira masa kini telah mula Nampak hasilnya. Firma saya mula dikenali dan saya tidak perlu bersusah payah berkempen di kalangan ahli professional.

Dengan penubuhan satu lagi pejabat di Petaling Jaya, saya berupaya untuk menawarkan khidmat perundingan Ukur Bahan di seluruh Malaysia, samada untuk Kerajaan mahupun pihak swasta.

Kini sudah lebih sepuluh tahun saya berkecimpung dalam bidang Ukur Bahan dan berada di penghujung Fasa Pertama perjalanan saya, saya telah mula berjinak-jinak dengan beberapa bentuk perniagaan lain yang berhubung rapat dengan profesyen saya. Ianya lebih menarik dan lebih menguntungkan. Walaubagaimana tidak dapat saya tuliskan disini kerana saya masih berjalan menghampirinya.

Saya sentiasa berharap agar segala usaha saya diberkati oleh Allah S.W.T dan mudah-mudahan agar segala usaha saya ini dan yang akan saya usahakan dipermudahkan olehNya.

Nota :

Penulisan ini dibuat pada tahun 1997, ketika membuat MBA di Universiti Utara Malaysia. Ketika itu, Malaysia (dan Asia) sedang menghadapi krisis kewangan yang teruk. Sektor pembinaan ketika itu hampir lumpuh, banyak syarikat yang gulung tikar. Firma saya bertahan. Saya mengambil keputusan untuk mengisi ruang masa (kerana tiada projek/kerja) dengan menyambung pelajaran.

Selasa, 25 September 2012

Sajak-Sajakku : Sekadar Hobi Mengisi Masa Lapang

Sajak-sajak berikut ditulis ketika berada dalam pesawat
Berada di udara dan berilhamkan kepada AWAN milik Yang Maha Esa.
Saya yakin dalam setiap kita mempunyai jiwa seni,
Kalau kita merenung kedalamnya, kita akan dapat menulis dan menuturkan kata-kata indah.

Apakah ada pertalian antara Awan dan Cinta ..... ?
Silakan membaca.

Sajak 1

Awan Dan Cinta

Awan
Sungguh gebu kulihatmu
Ingin kucapai tapi tak mampu
Kuburumu pasti tak ketemu
Geramku mengusik kalbu

Cinta
Sungguh indah sebutan namamu
Ingin kudakap tapi tak mampu
Kuburumu pasti ketemu
Tapi tak pasti kehadiran diterimamu

Awan Dan Cinta
Sungguh cantik, sungguh indah
Sungguh mengasyikkan
Mahu kucapaimu
Mahu kupautmu
Mahu kugenggammu
Tapi meresap menghilang

Namun Cinta Dan awan
Akan kuterus mendambamu
Mengejar pasti yang tak pasti

Mencintai awan : Sr. Farid
nukilan di awan biru kembali dari Kucing
5.30pm, 18 May 2012.



Sajak 2

Awan dan Cinta 2

Awan... Aku terus merinduimu
Tapi kau pergi jua
Meninggalkan langit biru
Hilang gebumu
Aku mendambamu

Langit biru hampir kosong
Dengan palitan kabus
Tompokan berbekas
Tidaklah bersendirian
Masih kekal menanti
Kegebuan awan
Yang tetap akan menjenguk kembali

Cintaku ....
Kutahu engkau tidak kemana
Kerana kau berada dimana-mana
Menyisih diri seketika
Menyubur bersendiri
Mengubati luka terguris nista

Awan dan Cinta
Sesekali kembali bernostagia
Mencari makna rindu
Hilang tapi kekal
Pergimu tanpa rela
Tinggal Bergetar rindu
Rinduku rindumu jua

Sr. Farid
Dinukil Diawan Biru Sekembali dari Jakarta
OIC Biz Conference
15 Sept. 2012



Isnin, 13 Ogos 2012

Kemelut Tanah Kampung Terang – Dalam Terang Kita Semakin Gelap


Ramai orang telah bercakap dan menyentuh tentang isu Penjualan Tanah di Kampung Terang yang melibatkan sekeping tanah dan dua pemimpin UMNO iaitu Dato Omar Fauzar dan Dato Musa. Difahamkan mereka adalah pemilik Miliion Crest Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang telah membeli tanah tersebut. Saya memerhati perkembangan berkaitan perkara ini sejak ianya mula di timbulkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Dato’ Speaker yang juga merupakan Ketua PKR Cabang Balik Pulau. Kemudiannya disambut oleh pemimpin-pemimpin PKR dan PAS Balik Pulau lainnya. Dan terakhir sekali telah disentuh lagi oleh pemimpin DAP semasa lawatannya ke Rumah Berhala Lam Thean di Sg Ara Bayan Lepas pada 11 Ogos. Lapuran yang diterima memaklumkan bahawa antara kandungan ucapan beliau telah membidas dua orang pemimpin UMNO yang telah menipu rakyat dengan membeli tanah milik orang Melayu dan mengaut keuntungan sebanyak RM 5.00 juta dalam tempoh 3.5 bulan. Beliau antara lain telah menyeru kepada para hadirin untuk menolak UMNO kerana pemimpin UMNO sanggup menipu bangsa sendiri dan mereka tidak akan membela kaum lain. Jika benar ungkapan itu, ianya adalah satu kenyataan yang berniat jahat dan memberi gambaran yang melampau tentang UMNO yang sebenarnya mensasarkan kepada kepimpinan Melayu di negeri ini. Sebagai pemimpin kecil dikawasan ini, saya rasa saya perlu bersuara dan menulis diblog ini. UMNO yang menunjangi kepimpinan Barisan Nasional bukan ditubuhkan untuk menipu bangsa sendiri dan jauh sekali untuk menginayai kaum lain.

Sebagai pemimpin tempatan tentulah saya amat terasa dengan kenyataan yang dibuat. Lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan isu yang begitu berat yang saya pandang dan dekat dihati saya. Seringkali saya mengingatkan anggota masyarakat di Balik Pulau ini supaya tidak menjual tanah-tanah mereka yang mereka warisi. Telah berulangkali saya menekankan bahawa kita hanyalah sebagai pemegang amanah keatas tanah-tanah yang di wariskan kepada kita. Tanah-tanah tersebut adalah untuk anak-anak dan seterusnya cucu-cucu kita. Apapun yang kita lakukan, sebarang tindakan yang kita ambil, kita hendaklah memikirkan natijah yang akan menimpa generasi akan datang. Walau apapun yang saya katakan dan lakukan, saya sedar bahawa saya tidak akan dapat menghalang para pewaris untuk tidak menjual tanah mereka, kerana itu hak mereka. Mereka bebas menjualnya ataupun mengadainya.

Apa yang tidak dapat saya terima adalah seringkali bebanan serta kesalahan menjual tanah itu diletakkan sepenuhnya keatas UMNO dan seterusnya pemimpin UMNO walaupun yang menjual tanah itu bukan UMNO, bukan ahli UMNO, dan hanyalah seorang Melayu yang tentunya mempunyai sebab untuk menjualnya.  Cuba lah kita berlapang dada dan berfikir sejenak.

Apakah UMNO dan pemimpin dapat menghalang si pewaris daripada menjual tanah mereka?  Apakah PAS atau PKR atau DAP dan pemimpin mereka dapat menghalang pemilik daripada menjual hak mereka ? Soal menjual atau tidak adalah tertanggung diatas pewaris-pewaris. Kalau mereka sudah membuat keputusan, sepatutnya kita menghormati keputusan mereka dan bukannya meletakkan keputusan mereka itu sebagai satu kesalahan kepada orang lain, dalam hal ini UMNO dan pemimpinnya.. Ketua Menteri atau Ketua Cabang atau Yang diPertua PAS setempat atau Ahli Majlis atau Ahli Parlimen baru empat tahun ini berada ditampuk kuasa pemerintahan negeri dan mereka itupun bukanlah sepenuhnya menjadi rujukan masyarakat untuk menyuarakan masaalah mereka seharian. Memang mudah untuk mereka menunding jari menyalahkan siapa sahaja asalkan bukan mereka dan menabur janji. Cukup-cukuplah dengan sikap menunding jari yang sebenarnya tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa.

Keputusan untuk menjual yang diambil oleh semua pewaris adalah kerana mereka menghadapi masaalah untuk mengagihkan hak dan panggu mereka yang ramai itu dalam bentuk agihan hartanah. Maka tentulah kecairan asset lebih mudah, dan dengan menjual tanah dan mengagih wang perolehan hasil jualan adalah jauh lebih mudah berdasarkan kepada peratusan hak atau panggu mereka. Tanah itu pula dijual dengan cara perbincangan dan dipersetujui bersama (willing buyer and willing seller). Tidak ada paksaan dalam persetujuan itu. Bukankah itu adalah kaedah yang terbaik berbanding dengan percubaan pihak kerajaan negeri yang mahu mengambil tanah orang kampong yang dipertahankan habis-habisan. Amatlah tidak wajar untuk mengatakan penduduk ditipu. Tetapi kalau sudah diniatkan untuk mencetuskan rasa benci dan permusuhan maka kenyataan ‘telah menipu itu’ telah berjaya mencapai tujuan ianya dicanangkan. Jika sudah diniatkan untuk melahirkan rasa permusuhan dan kebencian sesama anggota masyarakat, maka kenyataan bahawa UMNO tidak menjaga bangsa Melayu maka jangan harap untuk menjaga bangsa lain, adalah satu telahan politik yang jahat. Adapun keuntungan yang dibuat itu pulak adalah selepas transaksi kedua dibuat. Perubahan kenaikan harga tidak perlu menunggu 3.5 bulan tetapi boleh mencapai nilai baru dan masa seminggu sahaja. Kita harus tahu dan sedar bahawa nilai harga tanah dikawasan Balik Pulau ini tidak ada jadual yang khusus. Kadar jualan adalah lebih berdasarkan kepada penjualan dan pembelian secara sukarela dan suka sama suka. Sudah ramai orang tengah yang mendapat keuntungan dalam urusniaga tanah dikawasan ini.

 Diwaktu para pewaris berasa gembira dan bersyukur kerana ada orang Melayu membeli tanah mereka, orang politik pula mengambil kesempatan untuk menjadikanya agenda politik untuk menjatuh imej dan maruah satu pihak yang lain. Dikala para pewaris berjaya menikmati wang hasilan jualan tanah yang mereka warisi untuk digunakan bagi tujuan yang berfaedah dan memenuhi keperluan semasa mereka, orang politik pula berusaha untuk meraih populariti sokongan politik. Yang paling menyedihkan lagi, sesama sebangsa bertelagah mengikut gendang yang dialunkan oleh orang yang cuba memecah-belahkan sesama kita. Aneh kan ?, kita lebih rela bermasan muka sesama sendiri diatas isu yang sebenarnya boleh menyatupadukan kita. Cuba lihat sendiri, dalam bagitu banyaknya projek perumahan mewah yang dibuat, berapa ramaikah pemaju Melayu – hanya 1 sahaja. Ada orang  ketawa melihat kita bertelagah. Lagi teruk kita bertelagah, lagi seronok mereka. Ada orang ke bank mengira untung, kita pula sebok kekedai kopi mengira berapa banyak kita boleh menjatuh sesama kita.

Ada perkara yang boleh kita politikkan, tapi janganlah semua benda kita hendak politikkan. Tidak adakah langsung dalam hati kita ini untuk menjadikan permasaalahan yang dihadapi ini sebagai faktor penyatuan!

Adapun sebenarnya isu tanah Kg.Terang itu bukannya satu isu yang patut di perbesarkan oleh Pakatan Rakyat (PR). Tetapi ianya sengaja di jadikan isu besar untuk menutup isu sebenar yang menampakkan Kerajaan PR jelas mahu merampas tanah milik orang kampung seperti yang berlaku pada penduduk Kg.Genting. Dengan tujuan untuk mengalihkan pandangan serta tumpuan terhadap bantahan demi bantahan yang di anjurkan penduduk, maka isu tanah Tanah Kg.Terang pun sengaja di perbesarkan mengikut citarasa Kerajaan PR yang tak bertanggungjawab ini. Isu berkaitan dengan Kg Genting telahpun saya jelaskan dalam penulisan sebelum ini.

“Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dibawah payung rahmatMU dan elakkan kami daripada berpecah-belah dalam urusan seharian kami dalam mempertahankan Agama kami, Bangsa kami dan Tanahair kami. Jadikan bumi Malaysia yang dihuni oleh makhlukMU yang berbagai bangsa, keturunan dan agama anutan, sebuah negara yang aman, bahagia dan berkembang menjadi sebuah negara maju yang didalammnya kami hidup bahagia dan bersenangan dengan nikmatMU”

Isnin, 6 Ogos 2012

Kerajaan Pakatan-DAP, AWLU, Penduduk Kampung Genting dan Masyarakat Balik Pulau

Setelah hampir 2 tahun berlalu, cadangan pengambilan tanah  oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi tanah berkeluasan lebih kurang 100 ekar di Kampung Genting (iaitu hampir separuh dari keluasan kampung) telah mulai dilupai oleh warga kampung. Tiba-tiba sahaja apabila hampir luput tarikh warta pengambilan, penduduk kembali dikejutkan dengan berita pengambilan tanah yang belum selesai itu.

Menyingkap kembali peristiwa yang telah berlaku, Pihak kerajaan negeri telah mewartakan pengambilan beberapa lot tanah Kampung Genting pada awal  bulan Ogos 2010. Sekitar awal bulan Oktober 2010, penduduk terbabit telah mula menerima notis daripada Pejabat Daerah dan Tanah. Beberapa perbincangan telah diadakan sesama mereka mengenai hal pengambilan tanah itu dan pada 20hb. Oktober tahun 2010, para penduduk telah pun menghantar surat bantahan keras terhadap pengambilan tanah Kampung Genting kepada Ketua Menteri, malah beberapa orang dari mereka telah berjumpa dengan YB Dato’ Mansor Othman – TKM1. Mereka telah menyatakan bantahan keras mereka akan pengambilan tanah mereka  oleh pihak Kerajaan Negeri. Ini bermakna, pihak kerajaan negeri telah maklum akan bantahan ini. Tanah itu telah di wartakan di bawah Seksyen 8 Kanun Tanah Negara. Ini bermakna pemilik tanah tidak boleh melakukan sebarang pemindahan ke atas tanah mereka sekaligus telah hilang hak ke atas tanah mereka selama 2 tahun.

Mengikut bancian, terdapat 12 pemlik tanah Melayu berkeluasan lebihkurang 44 ekar dan 10 pemilik Cina berkeluasan lebihkurang 29 ekar dan selebihnya tanah milik syarikat. Kebanyakan pemilik tanah Melayu berkongsi tanah dengan ramai ahli keluarga. Pemilik tanah berketurunan Melayu dan Cina bersama-sama penduduk kampung telah membuat protes di kampung mereka secara aman setelah mengetahui keinginan kerajaan negeri untuk mengambil tanah mereka. Akhirnya, kesan daripada protes tersebut yang berterusan sebanyak 2 kali, kerajaan negeri mengambil langkah mendiamkan diri hampir 2 tahun dan secara tidak langsung memberi bayangan kemungkinan cadangan untuk membina IPTS telah dibatalkan.

Setelah hampir dua tahun berlalu, masyarakat Balik Pulau khususnya, kembali panas dengan isu pengambilan tanah di Kampung Genting. Semuanya berlaku selepas penduduk menerima sekeping surat daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya Ruj PTBD/B/315(50) bertarikh 29 Jun 2012 dan kemudiannya disusuli pula dengan surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ruj : PSUKPP/05/0761/27 Klt.18 bertarikh 20 Jun 2012.

Surat dari Pejabat Derah dan Tanah itu bertajuk – Perjumpaan tuan tanah bersama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bagi Permohonan Pengambilan tanah untuk Tujuan Awam (Institusi Pendidikan) di Mukim J dan 7, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Sementara surat dari Pejabat SUK pula membawa tajuk Pembinaan Universiti di Genting, Balik Pulau – Asian Women Leadership University (AWLU) dibawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Persekutuan.

Melalui surat tersebut, penduduk diminta untuk berjumpa dengan Ketua Menteri pada 3 Julai 2012 bertempat di KOMTAR untuk membincangkan mengenai harga yang akan ditawarkan. Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat telah mengambil kesempatan untuk menawarkan tanah Kampung Genting kepada AWLU setelah cadangan untuk membina sebuah IPTS di Pulau Pinang diminta oleh pihak AWLU. Kita percaya Ketua Menteri telah mencadangkan tanah Kampung Genting kepada pihak tersebut kerana kegagalan beliau untuk mengambil tanah Kampung Genting hampir dua tahun yang lalu. Namun hanya 25% pemilik yang hadir. Mereka membantah tentang cadangan pengambilan tanah tersebut di atas beberapa sebab iaitu :

i.          Mereka tiada tanah lain untuk berpindah dengan keluarga yang besar dan mereka memang tidak mampu untuk membeli rumah yang terlalu mahal di Balik Pulau kerana kerajaan negeri tidak pernah membina rumah kos rendah.

ii.         Harga pampasan pengambilan tanah yang ditawarkan terlalu rendah iaitu RM8 ke RM10 sekaki persegi. Harga pasaran sekarang adalah dalam lingkungan RM35 ke RM40 sekaki persegi. Pemilik tanah tidak akan dapat membeli tanah atau rumah lain dengan harga pampasan yang ditawarkan kerana ianya terlalu rendah berbanding harga pasaran. Ini seolah-olah kerajaan negeri mengambil tanah mereka untuk diberikan kepada pihak swasta.

Mengikut surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu ( Ruj : PSUKPP/05/0761/27 Klt.18 bertarikh 20 Jun 2012), Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyidin bin Mohd Yasin telah meluluskan sebuah Universiti Awam Antarabangsa bernama ASIAN Women Leadership University (AWLU) di Hub Pendidikan Pulau Pinang sebagai Entry Point Project (EPP). Penduduk tertanya apabila membaca surat tersebut. Antara persoalannya adalah : apakah benar ini sebuah universiti Awam (IPTA) yang merujuk kepada universiti milik kerajaan seperti USM, UM dan UKM? Atau sebuah universiti Swasta (IPTS) kerana surat tersebut menyatakan tentang pelaburan sebanyak RM 492.00 Juta. Apakah perkataan AWAM itu adalah berniat untuk mengaburi pemikiran masyarakat kampung yang kononnya kalau itu sebuah Universiti Kerajaan Persekutuan, maka penduduk akan menyokong dan kalau Universiti itu dimiliki oleh selain dari kerajaan Pusat penduduk tidak akan menyokong! Hakikatnya, penduduk telah dengan tegas dari awal lagi telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan menjualkan atau menyerahkan tanah mereka kepada sesiapa sekalipun kerana mereka mahu terus memiliki dan tinggal disana. Sebab itulah ketika menghantar surat bantahan kepada TKM-1, mereka semua menandatangani dengan dakwat merah (simbolik kepada darah) tetapi diperlekehkan oleh YB Mansur yang mengatakan orang kampung tidak tahu menandatangani surat (sebab tidak mengunakan dakwat hitam)

Para ketiga surat itu menyatakan bahawa pihak AWLU telah mengenalpasti tanah seluas 100 ekar di Genting, Balik Pulau. Persoalannya, bagaimanakah pihak AWLU mengetahui berkaitan dengan tanah ini? Tentunya dengan maklumat dari pihak Kerajaan Negeri sendiri. Yang menghairankan adalah, setelah pihak Kerajaan sendiri telah tahu akan bantahan penduduk, mengapa mereka masih memaklumkan kepada pihak AWLU bahawa tanah itu boleh digunakan untuk pembinaan universiti mereka. Mengapa pihak kerajaan negeri tidak terus sahaja menunjukkan tanah yang telah pun dimiliki oleh mereka di Pondok Upeh (yang kini akhirnya ditawarkan kepada pihak AWLU) !

YAB Ketua Menteri dalam siding akhbarnya telah menunjukkan kepada wartawan surat daripada YB Senator Idris Jala bertarikh 12 Jun 2012 sebagai bukti bahawa projek itu adalah projek EPP (Entry Point Project) yang telah diluluskan dalam mesyuaratnya yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Tidak ada saya ayat pun yang menjuruskan kepada pemilihan Kampung Genting sebagai tapak AWLU. Tetapi, yang agak menghairankan adalah ayat terakhir surat tersebut yang menyatakan “ the above is for YAB’s information and follow-up to enable TRANSFER of 100 acres to the AWLU Malaysian Foundation”. Ayat ini seolah-olah memaklumkan bahawa tanah telah sedia untuk dipindah milik kepada AWLU. Tanah orang kampung Genting? Mudah benar nak pindah milik tanah orang! Atau mungkin juga pihak Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada AWLU dan YB Idris Jala bahawa mereka telahpun memiliki tanah Kampung Genting itu.

Pada tarikh 22 Julai 2012, pemilik tanah telah dipanggil sekali lagi ke Pejabat Daerah Barat Daya untuk berjumpa dengan Ketua Menteri. Dalam perjumpaan itu, Ketua Menteri telah menunjukkan sepucuk surat bahawa beliau yang telah mencadangkan kepada pihak AWLU supaya memilih tanah di tempat lain untuk pembinaan universiti tersebut. Ini jelas menunjukkan Ketua Menteri mahu pemilik tanah serta seluruh masyarakat di Balik Pulau memandang beliau sebagai ‘hero’ kerana mempertahankan hak orang kampung. Tetapi harus diingat bahawa beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab mencadangkan tanah Kampung Genting untuk pembinaan universiti tersebut dan juga pada peringkat permulaan Seksyen 8 itu di wartakan sebelum kedatangan pihak AWLU lagi. Pihak AWLU sendiri yang telah menolak pengambilan tanah di Kampung Genting atas dasar prihatin tentang kesulitan yang akan timbul kesan daripada pengambilan tersebut setelah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang sebenarnya mahu mengambil tanah orang kampung  untuk membina universiti tersebut.

Persoalannya, mengapa Ketua Menteri, Lim Guan Eng berminat sangat untuk mengambil tanah Kampung Genting padahal masih banyak lagi tanah kosong yang lebih luas di Balik Pulau ini. Timbul spekulasi bahawa beliau ingin mengusir penduduk tempatan secara halus dan menggantikan dengan penduduk luar yang lebih berkemampuan untuk membeli rumah kos tinggi yang sedang giat dibina di Balik Pulau.

Mungkin benar ada di antara masyarakat Cina di pulau ini yang membuat pemerhatian mengatakan “Sekarang di Pulau Pinang rumah sangat mahal. Kedai pun mahal, sewa pula terlalu tinggi…Macam mana mahu berniaga? Akhirnya penduduk asal pulau ini akan berpindah beramai-ramai ke seberang dan pulau ini akan diduduki oleh bangsa Inggeris, Jepun, Taiwan dan juga Singapura.”

Dalam sidang akhbar, dipetik dari akhbar The Star, pada 23hb. Julai, 2012, YAB Ketua Menteri berkata “ we had initially offered them the plot in Jalan Pondok Upeh, along with areas in Batu Kawan, but they rejected them and chose Kampung Genting”. Tetapi jika dirujuk pula kepada surat dari Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Ms. Barba Hou, President AWLU Project bertarikh 20 July 2012 dinyatakan pula …” Further to your request to locate the AWLU Project Campus on a site that has already been acquired by the State Government, I am pleased to confirm that there is such a site. We therefore suggest the site previously identified at Jalan Pondok Upeh, balik Pulau, Penang which will not result in any dislocation of residents and which already been acquired by and is in possession of the State Government. The site will be immediately available for the AWLU Project campus”. Kita yakin jika sekiranya dari awal lagi pihak AWLU diberikan maklumat sebenar berkaitan dengan tanah dan pendirian pemilik tanah Kampung Genting , tentunya keputusan mereka juga akan berbeza.

Kita juga berasa amat pelik apabila mendapati surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Ruj. PSUKPP/05/0762/27 Klt.18 bertarikh 20 July 2012 yang di hantar kepada Ms Barbaea Hou, President AWLU Project yang beralamat di Menara UOA Bangsar memaklumkan perkara diatas telah dibalas oleh Dato’Latifah Merican Cheong pada tarikh 20hb. July 2012 dan diterima oleh Pejabat Ketua Menteri pada 20hb. Julai 2012. Ketiga-tiga surat dibuat, dihantar dan diterima oleh tiga pejabat yang berlainan pada hari yang sama! Pelik tapi benar. Inilah yang dikatakan Cekap, Akauntibiliti dan Telus ala DAP.

Apapun yang berlaku telah berlaku. Kini anggota masyarakat Balik Pulau berbalah sesama sendiri mengikut siapa yang disokong. Kesimpulannya, telah berjayalah pihak-pihak tertentu yang mahukan perpecahan dan perbalahan berlaku dikalangan masyarakat di Balik Pulau ini. Harapan kita adalah agar Kampung Genting tidak akan berada dalam keadaan genting lagi.

Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak AWLU kerana prihatin terhadap keresahan dan tidak puas hati para pemilik tanah dan juga penduduk kampung tentang pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri. Juga ucapan terima kasih ingin dirakamkan kepada Ketua UMNO Bahagian merangkap ADUN Telok Bahang YB Dato’ Seri Dr. Helmi Hj.Yahaya dan YB Tuan Syed Ameruddin ADUN Bayan Lepas kerana banyak membantu warga Kampung Genting dalam menghadapi permasaalahan yang dihadapi oleh orang kampung dalam kes ini. Mereka turut membantu mendapatkan fakta sebenar dari pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga dari Kementerian Pengajian Tinggi. Tidak pernah sekalipun wakil-wakil  rakyat kita menimbulkan persoalan perkauman dalam kes ini. Adalah amat tidak wajar YAB  Lim Guan Eng dalam perjumpaannya dengan wakil penduduk di Komtar yang menuduh pemimpin kami mengamalkan perkauman. Mereka telah lama bersama kita diwaktu susah dan diwaktu senang, maka mereka memahami hati dan perasaan masyarakat di Balik Pulau, baik Melayu mahupun Cina dan India.

Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi telah berusaha kearah  menjadikan Balik Pulau sebagai hub-pendidikan antaranya pembinaan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Maktab Rendah Sains MARA, Kolej Vokesional, SKM Pondok Upeh, Politeknik Balik Pulau dan Kampus Sementera UiTM. Hub-pendidikan adalah usaha berterusan kepimpinan Barisan Nasional sejak dari dulu dan bukannya sekelip mata berlaku dibawah Pakatan-DAP.
Harap perkara ini menjadi renungan dan pengajaran kepada semua pihak.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI

Isnin, 18 Jun 2012

Teks Ucapan Hari Guru Daerah Barat Daya

Tempat : Dewan SRJKC Chong Teik
Tarikh : 14hb, Jun, 2012

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Saya berasa cukup gembira dapat hadir dan berucap dihadapan para guru yang amat saya hormati sekelian. Terima kasih diatas peluang dan kesempatan yang diberikan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah yang di ketuai oleh Chegu Zabidi, untuk bertemu muka dengan semua guru sempena Hari Guru tahun ini.

Saya juga amat bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita semua kekuatan dan kesihatan serta kelapangan masa untuk hadir kemajlis penuh bermakna dipetang yang berbahagia ini.

TEMA sambutan tahun ini adalah "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Para Guru yang saya hormati sekelian.

Izinkan saya menyuntik seperanggan daripada Ucapan YAB PM sempena menyambut hari guru tahun ini. “Bagi para guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Dan kedua, supaya setiap murid di negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial berpeluang untuk mengecap nikmat pendidikan yang berkualiti secara adil dan saksama. Pendidikan yang berkualiti untuk rakyat adalah satu-satunya wadah bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Saya yakin guru berinovasi akan dapat mentransformasi pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja. Saya berharap guru juga sentiasa memelihara kemuliaan akhlak dan ketinggian budi pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada murid dan masyarakat. Untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat diterima dengan sebaiknya oleh murid, saya amat berharap agar guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi bertindak sebagai murabbi yang berperanan mendidik rohani, jasmani, akal dan emosi murid supaya mereka dapat menghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Maka, guru menggalas amanah yang amat mulia dalam memperbaharui dan memperbaiki kehidupan manusia. Tajdid pendidikan akan terhasil apabila guru dapat membangun jiwa, membina akal dan membentuk akhlak manusia dengan asuhan ilmu dan adab yang mulia. Sesungguhnya, tidak terhitung jasa dan bakti guru kepada bangsa dan negara. “

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Para Guru yang saya hormati sekelian.

Ada beberapa perkara atau perkataan penting (keywords) dalam ucapan YAB PM yang hendak saya tekankan dalam konteks pendidikan di Barat Daya amnya dan Balik Pulau khasnya. Iaitu, guru berkualiti, guru berinovasi, pemantapaan sekolah berinovasi dan memantapkan profesyen perguruan.

Pada tahun 2012, JUMLAH PELAJAR YANG MASUK DARJAH 1  : 3092 MURID dan ini adalah gambaran tentang jumlah pelajar baru yang akan memasuki alam persekolah setiap tahun. Dan sebanyak itulah yang akan meninggalkan bangku sekolah saban tahun.

Jika dilihat, JUMLAH PELAJAR SEKOLAH RENDAH  adalah 19,694 orang DAN jumlah pelajar di Sekolah MENENGAH adalah 10,534. Ini bermakna terdapat sebanyak 30,228 orang pelajar disekolah yang sedang belajar dipelbagai peringkat bagi  DAERAH BARAT DAYA pada tahun 2012

Dari segi bilangan guru pula, kita mempunyai seramai 1,520 guru untuk sekolah rendah dan seramai 797 orang guru di sekolah menengah. Kesemua 2,317 guru ini perlu menjaga 1,078 buah bilik darjah dan 30,228 pelajar. Kita sedar bahawa bukan mudah untuk melaksanakan profesyen perguruan ini. Tepatlah seperti kata YAB Perdana Menteri seperti yang saya sebutkan tadi. Para guru perlu menjaga, mendidik, memberi ilmu, mengajar disiplin, berinovatif dan berupaya mentransformkan dan sebagai.

Tuan-tuan dan Puan-puan para Guru yang saya hormati sekelian.

Melangkah kedepan, Saya berpendapat bahawa para guru perlu memasyarakatkan pengajaran dan pendidikan mereka. Apa yang saya maksudkan adalah berdasarkan dari perbualan saya dengan para pelajar, ilmu pengetahuan mereka dalam hal-hal berkaitan dengan masyarakat, tentang kehidupan, tentang tumbuh-tumbuhan dan persekitaran adalah berada ditahap yang rendah dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan. Bagi saya, kehidupan kita dan alam serta persekitaran harus selari dan berganding rapat. Pengetahuun yang mudah-mudah dan yang sering dianggap remeh sebenarnya adalah mustahak dalam membentuk diri, peribadi dan jatidiri para pelajar. Contohnya tentang beras yang dimakan hari-hari. Pengetahuan asas seperti bagaimana asal-usul beras, cara ditanam, musim pengairan, cara dan jenis racun, jenis baja, kenapa hasil tidak memuaskan, kenapa racun merbahaya kepada alam sekitar, kenapa ikan-ikan mati, kenapa tidak ada lagi haruan, ikan sepat, ikan temekong dan sebagainya. Semua ini, jika diadun dengan dengan baik dan sinergistik sebenarnya akan melahirkan minat kepada para pelajar. Apabila kita boleh menghubungkaitkan kehidupan kita dengan alam dan persekitaran, kita sebenarnya merangsang minda para pelajar. Semakin hari, para pelajar kita kurang prihatin dengan alam sekitar, kerana mereka lebih prihatin dengan alam siber. Hendak bercakap dengan kawan guna sms. Nak minta sesuatu dari emak bapa, guna sms. Hendak mintak sesuatu secara berdepan takut emak dan ayah marah, jadi minta secara sms, maka terselamatlah dari leteran. Masa lapang pula dihabiskan dengan bermain video games dengan capaian internet. Tidak ada lagi interaksi secara efektif dengan rakan sebaya. Kita seolah-olah mengajar dengan membiarkan anak-anak kita untuk berinteraksi dengan besi, tanpa perasaan, tanpa wawasan. Maka lahirlah dikalangan para pelajar kita satu generasi yang berjiwa kosong. Jiwa yang tidak berpijak dialam nyata, jiwa yang terawang-awang tanpa halatuju kehidupan yang berpasak kepada reality kehidupan hari ini dan masa depan. Trend ini sebenarnya amat merbahaya, amat tidak sihat dan amat merisaukan. Saya berani berkata demikian, kerana berdasarkan pengalaman saya selama 8 tahun bersama dengan masyarakat. Saya berjumpa dengan berbagai karenah, berbagai ragam, berbagai masaalah yang memerlukan satu kaedah penyelesaian diluar kotak pemikiran biasa bagi menyelesaikan masaalah yang dulu tak biasa kita hadapi, tapi kini menjadi luar biasa yang perlu dihadapi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Para Guru yang saya hormati sekelian.

Saya mahu mengajak para guru semua untuk bersama berfikir bagaimanakah kita hendak melestarikan masa depan generasi kita bermula dari hari ini. Saya berpendapat, Ianya boleh dilaksanakan dengan cara yang agak mudah iaitu, dalam apa juga perkara yang kita buat hari ini, kita harus memikirkan apakah yang akan berlaku kepada generasi akan datang hasil daripada tindakan kita ini. Sebagai contoh, kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Kalau kita makan makanan berzat dan berkhasiat, maka akan sihatlah jadinya tubuh badan kita. Kalau kita makan makanan yang tidak berzat, akan terjebaklah kita ke kancah masaalah kesihatan tubuh badan. Untuk kita nak makan makanan berkhasiat dan berzat, bukan lah bermakna kita perlu memakan makanan yang mahal-mahal, tetapi memadai dengan makanan segar yang terdapat dikelliling kita, lebih baik kalau kita mampu tanam sendiri. Jika kita mula menanam bermakna kita menjadikan tanah subur yang terbiar, akan mendatangkan hasil kepada kita. Akan menambah penampatan kita. Akan membantu kedudukan ekonomi kita. Untuk melakukan semua, semaada menanam, memilih tananam, memilih baja, menuai, pengairan dan sebagainya semuanya memerlukan ilmu pengetahuan. Dan ilmu pengetahuan ini sebenarnya boleh di perolehi di sekolah dan diluar sekolah, samaada dalam bentuk pengajaran formal mahupun tidak formal melalui kegiatan ko-kurikulum dan sebagainya. Ianya boleh dilaksanakan pada hari sabtu atau pun pada bila-bila musim cuti persekolahan. Bukan sahaja oleh guru-guru, tetapi juga melibatkan rakan-rakan kita daripada jabatan lain seperti jabatan pertanian, jabatan haiwan, jabatan kerja raya, jabatan pengairan dan saliran, pejabat daerah, pejabat belia, polis diraja Malaysia, angkatan Tentera, Bomba dan sebagainya. Saya berpendapat gandingan strategik antara jabatan dalam usaha untuk membentuk generasi hebat dan cemerlang masa depan boleh di laksanakan, kerana generasi masa depan adalah anak-anak dan cucu-cucu kita juga. Saya mahu mengikis dan membuangkan sikap nafsi-nafsi yang wujud dalam diri kita sekian lama kepada sikap ambil berat, sikap berkasih sayang, sikap muhibbah, sikap positif dalam kehidupan seharian kita. Apa yang hendak saya katakan, marilah kita bersama-sama mengubah pendekatan kita keatas kehidupan kita. Kita perlu memperbaharui hubungan kita, cara kita berfikir dan cara kita bekerja, Kita perlu memperbaiki hubungan bukan sahaja sesama manusia tetapi juga hubungan kita dengan alam dan semestinya dengan tuhan. Apa yang kita buat hari ini adalah pembentuk dan petunjuk kepada wajah generasi masa hadapan.

Saya berpendapat, jika kita dapat memasyarakatkan pengajaran dan pendidikan, secara bersama dan bersepakat, kita akan berupaya menganjak paradigma kita dalam berfikir dan merancang masa depan kita dengan lebih baik, lebih sempurna dan lebih teratur. Dan pendekatan ini harus bermula dari tahap satu sehinggalah tamat persekolahan, secara bersama, secara kolektif dan tentulah juga bermula dari diri kita sendiri sebagai guru dan pemimpin. Untuk tujuan ini, saya bercadang untuk menubuhkan Majlis Pengajaran Tidak Formal yang akan dianggotai oleh Guru besar dan Pengetua dan Pegwai dari Jabatan Berkaitan untuk perlaksanaan program. Kita mahu memberi pendedahan kehidupan dan persekitaran sebanyak mungkin kepada para pelajar dengan kerjasama rakan-rakan kita di jabatan kerajaan lainnya.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Para Guru yang saya hormati sekelian.

Satu perkara besar lagi yang saya amat mengharapkan kerjasama para guru adalah berkaitan dengan kehidupan dan masa depan para pelajar selepas peperiksaan SPM. Setiap tahun terdapat lebih kurang 2500 – 3000 orang Pelajar kita yang meninggalkan bangku sekolah. Alam persekolahan dan alam selepas daripada itu adalah jauh berbeza, lebih-lebih lagi alam pekerjaan. Lazimnya, habis sahaja alam persekolahan, mereka berasa bebas dan paling suka mencari pekerjaan walaupun dengan pendapatan tak seberapa. Mereka mahu membeli motorsikal sendiri, mahu membeli rokok sendiri, mahu enjoy dengan duit sendiri. Tapi persoalannya sampai bila. Selepas tiga atau lima tahun, rakan-rakan mereka yang melanjutkan pelajaran ke menara gading pulang dengan segulung diploma atau ijazah, pulang sebagai pekerja berijazah, pulang dengan gaji RM 2,000 ke RM 3,000. Tapi mereka masih ditahap lama dengan gaji RM 800 ke RM 1200.00. Tentulah kehidupan yang berdiploma atau berijazah itu jauh lebih baik dan masa depan lebih terjamin berbanding dengan rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai apa-apa sijil kemahiran. Senario Ini adalah sesuatu yang dapat kita duga dari awal lagi. Kita sebagai orang dewasa tentunya lebih nampak, lebih memahami, lebih bijak dalam menilai masa depan kerana kita lebih berpengalaman dalam lebih dahulu merasi asam garam kehidupan. Tetapi tidak dengan anak-anak kita. Mereka masih mentah dan terdedah serta mudah terpengaruh. Kita juga tahu bahawa masa depan, apatah lagi apabila negara menghampiri kedudukan sebagai negara berpendapatan tinggi, kehidupan pada masa itu akan menjadi lebih mencabar. Kita tidak dapat lari dari menghadapi situasi atau keadaan pada masa itu. Maka, sudah pastilah kita perlu melakukan sesuatu sekarang, membuat persediaan sebaik mungkin untuk menghadapinya. Kita akan menghadapinya dan anak-anak kita sudah pasti tidak dapat lari dari kenyataan kehidupan pada masa itu. Dan sudah barang pasti, Kemampuan kita tidak akan sama dengan anak-anak kita.

Berdasarkan kepada scenario ini, saya berharap agar kita dapat membuat persediaan bersama mulai dari sekarang. Saya berharap setiap sekolah, terutama di sekolah-sekolah Menengah memperkasakan guru-guru kaunseling dan maklumat lengkap kerjaya dan masa depan. Berikan mereka pengetahuan tentang peluang yang terbuka luas menanti mereka. Maklumkan kepada mereka bahawa memasuki Universiti bukanlah satu-satunya pilihan yang ada dan menanti mereka. Bagi mereka yang pintar itu adalah pilihan mereka. Tetapi bagi mereka yang kurang  berkebolehan dalam akedemik, mungkin pilihan terbaik untuk mereka adalah untuk mengikuti kursus-kursus terknikal dan vokasional yang banyak disediakan seperti IKM, ILP, IKBN, PerdaTech, KKTM, JMTI, JTI, GMTI dan sebagainya. Negera masih kekurangan pekerja dalam bidang teknikal dan vokasional ini. Kita yakni pemimpin, para guru dan ibubapa perlu memandu mereka dengan panduan yang baik. Para guru berada dikedudukan terbaik untuk mengumpan mereka, membuka minda mereka,  memandu arah kerjaya mereka mengikut minat mereka. Saya beriltizam, mulai tahun depan, tidak ada lagi para pelajar lepasan sekolah yang terus memasuki alam pekerjaan. Mereka harus malah diwajibkan untuk memasuki mana-mana pusat latihan teknik dan vokasional untuk mendapat sijil kemahiran demi masa depan mereka yang lebih baik dan lebih cemerlang. Jika tidak ada halangan saya mahu mewujudkan satu Majlis Kerjaya Barat Daya yang dianggotai oleh Pengetua dan Universiti serta Institut serta pusat latihan berkaitan. Kita hendak membimbing mereka dari peringkat menengah rendah lagi. InsyaAllah, bagi kedua-dua cadangan ini akan saya berikan peruntukkan secukupnya untuk perlaksanaan program yang akan disusun.

Para guru yang saya sayangi sekelian

Marilah kita sama-sama berganding bahu dengan penuh keinsafan untuk membantu generasi pelapis kita kerana Allah. Kita telah merasai keperitan kehidupan masa ini dan sudah pasti kita tidak mahu kehidupan anak-anak kita lebih teruk dari kita. Kita impikan agar kehidupan mereka lebih baik dari kita. Kita berada disini untuk mereka. Kita bergaji kerana mereka. Kita bergelar guru kerana mereka bernama murid.  Mereka adalah amanah yang kita pegang dan kita jaga. Saya yakin anda semua, para guru yang saya sayangi dan sanjung tinggi mampu membuat perubahan, mampu menyedarkan, mampu memberi sinar jaya penuh kepastian, mampu menyuluh dimalam hari, mampu memimpin disiang hari, mampu menyinar dalam kegelapan. Selamat menyambut hari guru. Terima kasih Cikgu.

Sekian. Wabilahitaufik Wal hidayah Wasalamualikum WBTH.

Khamis, 16 Februari 2012

HE IS NOT CLEVER !!

Kawan saya 'AM' menghantar TEXT ni kepada talipon bimbit saya untuk bacaan, makluman dan berkongsi pandangan dengan saya. Beliau seorang profesional dan pandangan beliau agak kritikal dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. Saya paparkan untuk perkongsian minda.

Generally Indians and Malays in Penang are for BN at this particular moment. The last time Najib and Mahyudin came to penang, they received good support among the penangites. If both of them can make another visit it will help the momentum of BN supporters. DAP government have just sold state land over 100 acres to private developer in Bayan Mutiara (a real bargain to that developer). That land if wisely used can benefit the state and the people of Penang in years to come. DAP government have also unnecessarily appointed a Singapore base consultant firm for project worth RM 450 mil costing the state 1.5% consultant fees ie RM 6.75 mil ! Imagine how much it can benefit local consultants. These issues and blunders can be elaborated by both PM and TPM during their visit, to inform on how much Penang people are losing. Its about time to show Penang Chinese that DAP's policies is benefiting outsiders and not them.

Another serious allegation made by Guan Eng to local consultants when he says that "the poor deserves a home not a box" to justify appointing Singapore base consulting firm. Local consultants build 'boxes' for the people? Oh dear.. what an insult to all professional consultants and developers in the whole of Malaysia. Just to put on record DAP government have not build a single 'box' for the people through state fund for the last 4 years! The existing delivery of 'boxes' for the poor is from the previous govt planning and private developers. In fact a few months back Guan Eng PROUDLY announce to the public that the state has provided so and so many of low cost 'boxes' to the people? Furthermore what is the budget per unit that Guan Eng will allow for the 'home' that he intends to build for the poor. Can he clarify? For the same budget local consultants cannot design a 'home' for the poor?

Rabu, 15 Februari 2012

Aku Bina Rumah Itu, Dia Cat Rumah Itu dan Dia Kata Rumah Itu Dia Yang Buat. Tak Malukah Dia ?

Teringat saya satu kejadian kira-kita 3 tahun yang lalu. Saya telah berjaya mendapatkan sebuah rumah dibina untuk satu keluarga miskin di Balik Pulau ini. Setelah rumah siap dibina, dan dia serta anak dan isteri masuk kerumah itu. Kemudian datang seorang pemimpin parti politik kampong itu dan berikan wang RM 100 dan dia beritau kepada pemilik rumah itu, “ambil duit ini, dan kalau orang mai tanya hang sapa buat rumah ini, habaq kat depa kata kami yang buat”. Begitulah yang disampaikan kepada saya, saya terkejut dan akhirnya tersenyum. Apakah dengan nilai RM 100 dapat membeli nilai dan kesyukuran dan terima kasih kita ?

Kita digalakkan untuk membuat sesuatu kebaikan secara berahsia. Kalau tangan kanan yang beri, tangan kiri pun tak boleh tau. Tapi kalau kita buat kebaikan tak bagi tahu kepada orang, dan orang lain tahu sifat kita yang suka merahsiakan, dia pula yang ambil kesempatan nak ambil kredit atau buat pengakuan dan ambil hak atau nama. Pelik kan dunia hari ini? Ada saja orang yang mengambil kesempatan. Kadang-kadang rasa kesian pun ada, betapa golongan ini miskin kebaikan dan kaya putar belit. Mungkin bagi mereka urusan dosa boleh dikira diakhirat, didunia perkiraan tanggapan manusia lebih mustahak.

Khamis, 12 Januari 2012

Selamatkan Kg Batu Uban : Antara Kawasan Petempatan dan Warisan Terawal Melayu di Pulau Pinang

KENYATAAN AKHBAR 12 Jan, 2012


Kenyataan Bersama Oleh :

1. Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang (PERADABAN)
2. Sejarawan, Sasterawan dan Budayawan USM
3. Persatuan Sejarah dan Warisan Pulau Pinang
4. Persatuan Karyawan Pulau Pinang (Karyawan)
5. Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan)
6. Aktivis Warisan dan Sejarah Pulau Pinang
7. Persatuan Sejarah Negeri Kedah
8. Waris Haji Mohammad Salleh (Nakhoda Nan Intan), pengasas kampung Batu Uban

Pertahankan dan Selamatkan Antara Kawasan Petempatan dan Warisan Terawal Melayu di Pulau Pinang

Batu Uban adalah sebuah bandar dalam peta lakaran Kapten Walter Alves pada tahun 1763, peta pertama Inggeris sebelum membuka P.Pinang (lihat gambarajah). Ia adalah pelabuhan yang pertama sebelum George Town; dibuka oleh Haji Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Nan Intan dengan restu baginda Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Syah II (mm. 1710-1778).
Masjid Batu Uban telah di asaskan oleh Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734. Nama sebenar beliau ialah Raja Nan Intan Ibni Al-Marhum Tengku Patih Sebatang. Beliau berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Sumatera dan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Minangkabau.

Nakhoda Nan Intan merantau ke Pulau Pinang bersama dua lagi bahtera. Nakhoda Nan Intan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil). Ketiga-tiga nakhoda tersebut mempunyai talian persaudaraan.

Oleh yang demikian, beliau merupakan orang yang paling awal yang membuka Pulau Pinang dan bukannya Francis Light yang di katakan membuka Pulau Pinang pada tahun 1786.

Dengan kata lain, Batu Uban adalah petempatan, pelabuhan dan tempat bersejarah yang paling awal sebelum bermulanya era penjajahan Pulau Pinang pada tahun 1786M.

MAKA, Kampung Batu Uban ini merupakan :

1. Warisan sejarah yang amat penting bagi orang Melayu di Pulau Pinang khasnya dan Sejarah Pulau Pinang umumnya,
2. Mempunyai hubungkait dengan Peradaban dan Tamaddun Melayu di Pulau Pinang

Dengan yang demikian, timbullah beberapa persoalan yang perlu diberi perhatian segara dan mendesak :

1. Patutkah Kampung Melayu Batu Uban ini dikorbankan kerana pembangunan.
Batu Uban adalah bukti petempatan awal orang Melayu di Pulau Pinang dan merupakan pusat perkembangan peradaban Melayu dan Tamadun Islam khususnya di Pulau Pinang.

2. Beginikah akan berakhirnya Nasib Warisan Melayu dan Islam selepas 55 tahun Merdeka (yakni tidak terbela dan beransur lenyap)
3. Warisan penjajah dan kaum imigran lainnya mendapat pengiktirafan UNESCO, manakala warisan Melayu yang hakiki terlepas pandang dan tidak ada tempat langsung dalam kerangka Zon Warisan Pulau Pinang.

4. Warisan , Sejarah dan Peradaban Melayu dan Islam punya nilai dalam pembangunan.
Negara-negara Barat dan Timur membangun dengan pesat tetapi tidak mengetepikan sejarah dan peradaban mereka. Pulau Pinang hanya mengagungkan warisan penjajah dan kaum imigran tetapi mengetepikan warisan yang asal - peribumi dan bumiputeranya.

5. Kami juga tertanya mengapa Kampung Warisan Melayu Batu Uban ini yang merupakan kawasan perkampungan terawal di Pulau Pinang telah tidak digazetkan bersama-sama dan bersekali dengan permohonan Georgetown untuk mendapatkan Bandar Warisan ke UNESCO (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan)?

6. Di peringkat Negara Malaysia pula, mengapa pihak Kementerian yang bertanggungjawap dalam hal-hal berkaitan dengan Warisan dan Kebudayaan tidak secara serious melihat isu ‘pengekalan kampung warisan Melayu’.

Walaupun Kampung Batu Uban ini tidak digazetkan oleh UNESCO yang bukan di dalam kawalan kita, Kampung Batu Uban ini boleh digazetkan sebagai Kampung Warisan oleh Kerajaan Malaysia, dan juga oleh Kerajaan Negeri.

Persatuan Warisan Pulau Pinang (Penang Heritage Trust -PHT), dan jaringan- jaringannya telah berjaya dalam usaha-usaha mereka dalam memulihara dan mengekalkan warisan terutama di Georgetown. Maka perlu ada satu inisiatif lain yang berusaha ke arah pengekalan warisan di ‘kampong-kampung terpilih’ yang ada kaitan dengan sejarah Pulau Pinang, di bahagian lain di pulau dan juga di Seberang Perai.

Kita berharap perkara-perkara berikut dapat diberi perhatian serius dengan kadar segera oleh pihak kerajaan :

1. Kekalkan kawasan perkampungan Batu Uban (terutamanya dalam lingkungan kawasan masjid dan kawasan perkuburan (yang menempatkan makam Nakhoda Intan dan kaum keturunannya) sebagai ‘kampung warisan hidup’ atau ‘living heritage’.

2. Kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia serta pihak Kerajaan Negeri mengazetkan Kampung Batu Uban ini sebagai Kampung Warisan Pulau Pinang.

3. Kerajaan membangunkan semula kampung Batu Uban ini sebagai Kampung Warisan Hidup.

4. Mendesak Kerajaan Negeri tidak lagi meluluskan sebarang pembangunan dikampung ini. Pihak kerajaan negeri juga perlu dengan kadar segera menyediakan satu pelan Rancangan Khas Kawasan bagi pembangunan kampong warisan ini.

5. Bagi tujuan pengekalan Sejarah Peradaban Melayu Pulau Pinang di kampong bersejarah ini, kita mendesak pihak Kerajaan Pusat dapat membeli semua tanah di kampong ini dan dibangunkan semula.

6. Kita juga berharap dalam hal berkaitan dengan soal Warisan Melayu dan Islam ini akan turut mendapat perhatian dan keprihatinan Tuan Yang Terutama Tun Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang.

Hari ini saya menyeru kepada para budayawan, sejarawan, NGO-NGO Melayu, dan penduduk Melayu di Pulau Pinang agar bangun, insaf dan sedar bahawa tanpa kesepakatan, dan kesatuan hati, kampung-kampung warisan dan tradisi Melayu akan terhakis dan hilang dan hanya kekal pada nama sahaja dan mungkin akan hilang terus.

Kita tidak boleh berterusan menyalahkan orang-orang yang terdahulu, tetapi kita perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan peradaban dan warisan Melayu di negeri ini.

Hingga kini pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menafikan sejarah orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Negeri yang berkembang maju ini seolah-olah diwujudkan oleh Inggeris dan dimajukan oleh tertentu sahaja.

Atas alasan tersebut, pihak berkuasa, ahli-ahli politik dan NGO’s seharusnya sedar akan situasi yang berlaku. Kesilapan dan kealpaan terhadap sejarah asal negeri Pulau Pinang harus dihentikan. Pembangunan yang berlangsung atas nama keuntungan wang ringgit semata-mata sejak era penjajahan tidak harus berlaku lagi. Sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan tapak pertapakan Melayu di Pulau Pinang tidak lenyap ditelan arus pembangunan. Kita juga tidak mahu sejarah orang-orang Melayu tenggelam ditelan oleh sejarah yang tidak tepat.

Kita mahukan pembangunan yang lestari, seimbang dan adil untuk semua kaum di negeri ini.