Jumaat, 20 November 2009

JAWAPAN KEPADA KENYATAAN AKHBAR YAB LGE

Saya ingin merujuk kepada satu kenyataan akhbar yang telah dihantar oleh rakan media kepada saya baru-baru ini berkaitan dengan isu jawapan YAB dalam sessi persidangan dewan yang lalu bagi soalan saya berkaitan pertukaran tanah dari pajakan kepada hak milik kekal.
Berikut adalah ulasan saya :
.
1. Saya tidak berminat dan tidak meminta supaya YAB Ketua Menteri untuk Mendeklasifikan Rahsia Minit Mesyuarat Exco. Apa yang diberikan dalam Dewan Undangan Negeri adalah memadai bagi saya, kerana Kerajaan Negeri adalah Wajib memberikan jawapan yang betul.

2. Jadi persoalannya, kalau masih belum dapat lagi meluluskan permohonan untuk menukar tempoh pegangan secara pajakan kepada pegangan kekal kerana masih menunggunggu keputusan dalam Majlis Tanah Negara, mengapa pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Negeri pada penghujung bulan. May, 2009 dan di sahkan pada Awal bulan Jun 2009 memberi kelulusan sepertimana dalam surat dari Pejabat Tanah Dan Galian (PTG).

3. Tanah itu ada tanah milik kerajaan Negeri yang diberikan kepada PDC. PDC adalah anak syarikat milik Kerajaan Negeri dan Pengerusinya adalah YAB Ketua Menteri. Apakah hanya tanah-tanah milik State Secretary Incorporated sahaja di anggap sebagai tanah milik kerjaaan dan tanah-tanah PDC tidak?

4. Mengikut jawapan yang diberikan, jika sekiranya dasar baru yang hendak diperkenalkan dibawa dan dipersetujui oleh Majlis Tanah Negara, maka tanah-tanah komersil akan diberikan tempoh pegangan selama 99 tahun. Tetapi tanah yang akan dibangunkan oleh PDC Heritage Hotel telah diberikan status Pegangan Selama-Lamanya.

5. Kalau hendak apa yang dicakapkan atau apa yang dinyatakan itu dilaksanakan, dan bertepatan dengan prinsip CAT, maka tunggulah sehingga selepas mesyuarat Majlis Tanah Negara, barulah dibuat keputusan. Kenalah tunjuk rasa hormat sendiri kepada keputusan yang dibuat sendiri. Kalau sendiri tak hormat keputusan sendiri, macamana orang lain nak hormat kita.

6. YAB Ketua Menteri berkata bahawa adalah menjadi tujuan murni kerajaan negeri untuk memulihkan sebuah projek didalam tapak Warisan George Town yang lama terbengkalai. Satu niat yang memang murni dan harus dipuji, tetapi Tuan-Tuan boleh lihat sendiri adakan sebarang projek yang terbengkalai diatas tapak ini. Saya tak Nampak apa-apa struktur terbengkalai diatas tapak ini. Mungkin pihak MPPP boleh beri penjelasan bilakah projek ini diluluskan, sejak bilakah ianya terbengkalai.

7. Kalau kelulusan tanah baru sahaja diluluskan pada bulan Jun, sekarang baru bulan November, dah diketogarikan sebagai terbengkalai !
.
Macam-macam dolak dan dalih.

Tiada ulasan: