Jumaat, 20 November 2009

BERSYUKUR DENGAN KEJAYAAN 5A UPSR TAPI BERDUKACITA DENGAN YANG TIDAK LULUS

Berikut adalah gambaran keputusan UPSR bagi 22 Buah Sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan :
.
Bil. Calon : 2569 Pelajar
Jumlah Mendapat 5A : 262 Pelajar , Peratus Mendpat 5A :10.2%
Jumlah Lulus Keseluruhan : 1742 pelajar : Peratus Lulus : 67.8 %
Jumlah Tidak Lulus : 827 Pelajar : Peratus Tidak Lulus :32.2%
.
Kita bersyukur dengan jumlah pelajar yang telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR di SRK, dan saya difahamklan jumlah yang mendapat 4A juga adalah ramai. Pada tahun lepas, jumlah yang mendapat 5A adalah seramai 240 orang atau 9.5%. Ini bermakna ada peningkatan. Walaubagaimanapun, apa yang merisaukan saya adalah jumlah pelajar yang tidak lulus adalah seramai 827 orang (32.2%) adalah satu jumlah yang besar dan membimbangkan. Daripada kajian saya juga, ada sekitar 10% pelajar kita yang memasuki ke Sek. Menengah yang masih tidak boleh mengesuai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
.
Walaupun saya bersyukur dengan pencapaian 5A dan 4A yang ramai, tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan jumlah kelulusan yang tinggi. Kita berharap para pelajar yang galus (gagal lulus) akan diberi tumpuan yang lebih sejak dari awal tahap pertama lagi. Saya berharap para Guru Besar dan Guru-Guru dapat membimbing anak-anak kita yang lemah ini.
.
Mungkin ada dikalangan kita yang mempunyai idea atau amat berminat untuk menyumbang bakti bagi membantu para pelajar yang lemah ini, mungkin ada NGO yang berminat khusus untuk isu ini, bolehlah menghubungi saya untuk bersama kita membantu para guru kita.

2 ulasan:

durian balikpulau berkata...

Salam Farid ,

Suka saya memberi sedikit komen serta idea yang tidak seberapa ini utk kebaikan anak2 bangsa melayu terutamanya dan tidak juga lupa pada anak2 bangsa Malaysia yg lain.
Pertama sistem pendidikan diMalaysia tidak menjurus kepada pembentukan sisasah murid2 baik di kalangan sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Guru-guru tidak cukup memain peranan dalam membimbing murid2 dan banyak masa guru dihabiskan dengan bebenan dokumentasi dan aktiviti koko .
Kedua , masalah bantuan sokongan dari ibu-bapa murid2 itu sendiri yng kurang cenderung utk membantu serta menyokong murid2 dalam belajar.
Ketiga masaalah permakanan yng tidak seimbang baik dirumah mahupun disekolah menyumbang kepada pembentukan minda kelas ketiga.
Untuk menanangi masaalah2 tersebut disarankan:-
1.Kerajaan prlu mengubah dasar sistem pembelajaran diMalaysia seberapa cepat yg mungkin seperti memberi tumpuan yang lebih kepada mata2 pelajaran asas serta memahamkan murid2 tidak kira pencapaian mereka.
2.Pengajar perlu memberi tumpuan yng 100% kepada semua murid2 dan bekerja keras dalam membimbing serta memberi ilmu kepada mereka tampa mengira masa.
3.Segara mengambil langkah pro active dalam mengawal keadah pemakan yg seimbang dgn memantau seberapa kerap yng mungkin terhadap kantin2 sekolah seprti membawa bersama agensi kesihatan serta wakil PIBG dalam pemantauan tersebut.
Ada banyak lagi perkara yg boleh dikongsi bersama jika kita mahu melihat anak2 bangsa kita terutamanya berjaya dan tidak ketinggalan dalam pendidikan. Sekian. Jika bermnat bolehlah berhubung dgn saya. durianbalikpulau@gmail.com.

ADUN PULAU BETONG berkata...

Terima kasih atas pandangan Saudara. Ada perkara yang boleh kita laksanakan diperingkat kita yang tidak melibatkan polisi kerajaan. Saya bersetuju dengan pandangan tentang soal makanan dan pemakanan yang mempunyai kesan yang amat besar bukan sahaja kepada soal pelajaran pelajar, malahan juga pembesaran mereka.
Ini boleh kita lakukan secara bersama diperingkat kita. Kita menghargai sumbangan guru-guru dan amat berharap agar guru terus meningkatkan profesionalisma mereka. Kita sebagai ibubapa juga harus memikul tanggungjawap yang tidak kurang besar dalam pendidikan anak-anak kita.
InsyaAllah, pandangan saudara boleh diutuskan kepada e-mail saya dan pejabat saya sentiasa terbuka untuk kunjungan dan pandangan amat saya hargai.