Ahad, 22 November 2009

PERASMIAN PEJABAT NGO : THE MERCY

Tarikh : 15hb. Nov, 2009

Bertempat : Pejabat Mercy, Air Putih, Balik Pulau
.
Pasukan Mercy ini telah berusia 1 tahun, dan kini mereka telah berjaya mendapatkan pejabat mereka sendiri untuk beroperasi dan menjalankan aktibiti mereka.
.
Pasukan Mercy ini adalah NGO yang dianggotai oleh pemuda-pemuda Tionghua yang menganut agama Buddha. Pada hari perasmian tempat itu, terdapat ramai 'Monk' yang hadir memberi sokongan dan merestui premis tersebut. Saya mendapati bahawa para belia yang menggotai Mercy ini adalah berkelakuan sederhana dan terpuji.
.
Saya berharap lebioh ramai lagi NGO-NGO akan lahir di Kawasan Balik Pulau ini dalam membuat kerja baik dalam membangunkan Balik Pulau dan anggota masyarakatnya.
.
Tahniah dan Syabas Mercy Balik Pulau.


PROGRAM KESELAMATAN KAMPUNG

Tarikh : 21hb. November, 2009
Bertempat : Kedai Kopi Ah Hong, Kuala Pulau Betong
.
Saya telah menerima jemputan untuk bersama memberi ucapan dalam sebuah projek badan NGO yang berpusat di Kuala Pulau Betong. Dalam program itu, saya telah memberi ucapan dan menyampaikan 'walkie-talkie' kepada 38 ahli Pasukan Keselamatan Kg. Pulau Betong yang diketua oleh Sdra. Kent.
.
Saya telah berpesan kepada mereka bahawa, walaupun niat mereka baik untuk menjaga keselamatan kampung daripada kecurian dan kesalahan jenayah lain, mereka juga boleh menggunakan peralatan itu untuk memaklumkan tentang banjir, kemalangan dan sebagainya. Saya juga berpesan, walaupun tertubuhnya pasukan kesalamatan yang bertujuan baik, mereka bukanlah polis mengambil tindakan dan mereka juga bukanlah hakim untuk membuat keputusan. Mereka harus menghubungi pihak polis jika berdepan sebarang kelasalahan jenayah dan seumpamanya.
.
Hadir bersama dalam program itu adalah Ketua Balai Polis Kg. Pulau Betong dan Timbalan Ketau Balai Polis BalikPulau. Semuga Balik Pulau menjadi kawasan yang aman dihuni dan selesa penuh keharmonian.

Sabtu, 21 November 2009

MALAM 1MALAYSIA

Tarikh : 17hb. Nov. 2oo9
Bertempat : Sek. Keb Sg. Korok
.
Satu program yang dinamakan 'Saya Anak Malaysia' yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dalam usaha menerapkan nilai dan pemahaman 1Malaysia dikalangan pelajar sekolah.
.
Program itu telah berjaya mengumpulkan para pelajar sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang terdiri daripada pelajar Melayu, Tionghua dan India untuk bersama dalam aktibiti yang dijalankan selama 4 hari 3 malam. Seramai lebihkurang 250 pelajar dari seluruh Pulau Pinang terlibat.
.
Saya dapat melihat kecerian yang terpancar dalam wajah mereka. Mereka adalah generasi Bangsa Malaysia yang akan mewarnai masa depan Malaysia.

MAJLIS PENYAMPAIN BANTUAN KEPADA PELAJAR MISKIN ANJURAN PUSAT URUS ZAKAT

Tarikh : Jumaat , 20hb. November, 2009
Bertempat : Kompleks Sukan Balik Pulau


Alhamdulillah, pada hari ini saya telah dijemput untuk bersama menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada lebih kurang 590 orang pelajar miskin dari sekitar Dareah Barat Daya. Antara sumbangan adalah beg sekolah, kasut sekolah, baju sekolah dan kelengkapan penulisan. Adalah diharapkan agar sumbangan in dapat meringankan bebenan keluarga yang miskin lagi memerlukan. Selain daripada sumbangan barangan ini, pihak PUZ juga turut terlibat dalam memberikan tusyen percuma kepada pelajar miskin dalam satu program yang dianjurkan bersama-sama dengan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, ICU dan juga PERDA. Marilah kita sama-sama berdoa agar lebih ramai lagi yang berjaya dalam kehidupan mereka, mereka akan memberi zakat yang diwajibkan dan kemudiannya dapatlah kita membantu mereka yang termasuk dalam asnaf yang berhak menerimanya.



Jumaat, 20 November 2009

BERSYUKUR DENGAN KEJAYAAN 5A UPSR TAPI BERDUKACITA DENGAN YANG TIDAK LULUS

Berikut adalah gambaran keputusan UPSR bagi 22 Buah Sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan :
.
Bil. Calon : 2569 Pelajar
Jumlah Mendapat 5A : 262 Pelajar , Peratus Mendpat 5A :10.2%
Jumlah Lulus Keseluruhan : 1742 pelajar : Peratus Lulus : 67.8 %
Jumlah Tidak Lulus : 827 Pelajar : Peratus Tidak Lulus :32.2%
.
Kita bersyukur dengan jumlah pelajar yang telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR di SRK, dan saya difahamklan jumlah yang mendapat 4A juga adalah ramai. Pada tahun lepas, jumlah yang mendapat 5A adalah seramai 240 orang atau 9.5%. Ini bermakna ada peningkatan. Walaubagaimanapun, apa yang merisaukan saya adalah jumlah pelajar yang tidak lulus adalah seramai 827 orang (32.2%) adalah satu jumlah yang besar dan membimbangkan. Daripada kajian saya juga, ada sekitar 10% pelajar kita yang memasuki ke Sek. Menengah yang masih tidak boleh mengesuai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
.
Walaupun saya bersyukur dengan pencapaian 5A dan 4A yang ramai, tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan jumlah kelulusan yang tinggi. Kita berharap para pelajar yang galus (gagal lulus) akan diberi tumpuan yang lebih sejak dari awal tahap pertama lagi. Saya berharap para Guru Besar dan Guru-Guru dapat membimbing anak-anak kita yang lemah ini.
.
Mungkin ada dikalangan kita yang mempunyai idea atau amat berminat untuk menyumbang bakti bagi membantu para pelajar yang lemah ini, mungkin ada NGO yang berminat khusus untuk isu ini, bolehlah menghubungi saya untuk bersama kita membantu para guru kita.

Majlis Ihtifal Sek. Agama Rendah Sekitar Balik Pulau

Saya telah dijemput untuk merasmikan 3 Ihtifal Sek Agama di sekitar Balik Pulau (dalam KADUN Pulau Betong) iaitu di Sek Agama Al Hidayah AlDiniyah Jalan Bharu pada 20 Nov, Sek Agama Al Islami Al Diniyah Pulau Betong pada 19 Nov. dan Sek Agama Kongsi pada 15 Nov. 2009
.

Kita bersyukur dengan adanya sekolah-sekolah agama dikawasan kita, dihampir setiap kampung bagi mengajar fardu 'ain dan fardu kifayah dan sebagainya. Walaupun jumlah gaji yang amat tidak memadai, semangat yang telah ditunjukkan oleh para ustaz dan ustazah haruslah kita puji. Kita berharap dan berdoa agar usaha, tenaga dan masa mereka diberkati Allah SWT.
.

Kepada sekolah Agama Jalan Bharu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabar kepada tenanga pengajar dan para pelajar yang telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang dalam peperiksaan UPKK dengan 10 orang mendapat 8A dan seorang pelajar telah menjadi pelajar UPKK Terbaik Malaysia.
.
Kita berharap agar lebih ramai lagi anggota masyarakat akan menghantar anak-anak mereka belajar di Sek Agama disebelah petang. Kita mahukan generasi masa depan yang berakhlak mulia, berpendidikan tinggi dan berjaya dalam kehidupan mereka




JAWAPAN KEPADA KENYATAAN AKHBAR YAB LGE

Saya ingin merujuk kepada satu kenyataan akhbar yang telah dihantar oleh rakan media kepada saya baru-baru ini berkaitan dengan isu jawapan YAB dalam sessi persidangan dewan yang lalu bagi soalan saya berkaitan pertukaran tanah dari pajakan kepada hak milik kekal.
Berikut adalah ulasan saya :
.
1. Saya tidak berminat dan tidak meminta supaya YAB Ketua Menteri untuk Mendeklasifikan Rahsia Minit Mesyuarat Exco. Apa yang diberikan dalam Dewan Undangan Negeri adalah memadai bagi saya, kerana Kerajaan Negeri adalah Wajib memberikan jawapan yang betul.

2. Jadi persoalannya, kalau masih belum dapat lagi meluluskan permohonan untuk menukar tempoh pegangan secara pajakan kepada pegangan kekal kerana masih menunggunggu keputusan dalam Majlis Tanah Negara, mengapa pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Negeri pada penghujung bulan. May, 2009 dan di sahkan pada Awal bulan Jun 2009 memberi kelulusan sepertimana dalam surat dari Pejabat Tanah Dan Galian (PTG).

3. Tanah itu ada tanah milik kerajaan Negeri yang diberikan kepada PDC. PDC adalah anak syarikat milik Kerajaan Negeri dan Pengerusinya adalah YAB Ketua Menteri. Apakah hanya tanah-tanah milik State Secretary Incorporated sahaja di anggap sebagai tanah milik kerjaaan dan tanah-tanah PDC tidak?

4. Mengikut jawapan yang diberikan, jika sekiranya dasar baru yang hendak diperkenalkan dibawa dan dipersetujui oleh Majlis Tanah Negara, maka tanah-tanah komersil akan diberikan tempoh pegangan selama 99 tahun. Tetapi tanah yang akan dibangunkan oleh PDC Heritage Hotel telah diberikan status Pegangan Selama-Lamanya.

5. Kalau hendak apa yang dicakapkan atau apa yang dinyatakan itu dilaksanakan, dan bertepatan dengan prinsip CAT, maka tunggulah sehingga selepas mesyuarat Majlis Tanah Negara, barulah dibuat keputusan. Kenalah tunjuk rasa hormat sendiri kepada keputusan yang dibuat sendiri. Kalau sendiri tak hormat keputusan sendiri, macamana orang lain nak hormat kita.

6. YAB Ketua Menteri berkata bahawa adalah menjadi tujuan murni kerajaan negeri untuk memulihkan sebuah projek didalam tapak Warisan George Town yang lama terbengkalai. Satu niat yang memang murni dan harus dipuji, tetapi Tuan-Tuan boleh lihat sendiri adakan sebarang projek yang terbengkalai diatas tapak ini. Saya tak Nampak apa-apa struktur terbengkalai diatas tapak ini. Mungkin pihak MPPP boleh beri penjelasan bilakah projek ini diluluskan, sejak bilakah ianya terbengkalai.

7. Kalau kelulusan tanah baru sahaja diluluskan pada bulan Jun, sekarang baru bulan November, dah diketogarikan sebagai terbengkalai !
.
Macam-macam dolak dan dalih.

Jumaat, 13 November 2009

Mohon Maaf Kerana Lama Menulis

Dah hampir dua bulan saya tak menulis dalam blog ini. Setiap kali nak mengadap paparan blog ini, ada aja yang menghalang. Nak kata busy, memanglah busy. Ada kawan-kawan dok tanya bila lagi nak update berita dalam blog ini. Maaf lah ye.
.
Malam ini, nak sentuh sikit tentang kenyataan akhbar yang saya buat dalam akhbar dan juga dalam TV3 baru-baru ini. Ramai orang bertanya, cerita yang sebenarnya.
.
Cerita yang sebenarnya adalah seperti yang saya nyatakan dalam TV. Saya ada bertanya alam soalan betulis dalam persidangan yang lalu (10 Ogos, 2009). Soalan saya adalah samaada pihak kerajaan negeri ada membuat/memberikan sebarang kelulusan untuk pertukaran syarat tanah dari pajakan negeri kepada milik kekal dari bulan April 2008 hingga Jun 2009. Dan jawapan yang diberikan adalah ' tidak ada sebarang kelulusan pertukaran syarat dibuat'. Akan tetapi dalam akhbar NST : Business Times, dinyatakan bahawa pihak kerajaan negeri telah memberikan status milik kekal kepada PDC JV YTL untuk projek Heritage Hotel. Saya terkejut dengan berita itu. Selepas selidik, rupanya memang benar ada kelulusan diberikan pada bulan June. Bukti ada pada saya, sebab itu saya berani menegur. Setelah meneliti jawapan yang telah diberikan, dan dengan kelulusan yang diberikan itu, sebenarnya terdapat tiga (3) kesalahan dalam jawapan yang diberikan.
.
Kita berharap dalam dewan yang akan bersidang bermula 30hb. November nanti, kita dapat menegur kerajaan Negeri ini.