Khamis, 26 Februari 2009

Jom 'Frisbee' ke-2 : 21hb. Februari, 2009

Setelah berjaya mengadakan klinik kepada persatuan-persatuan belia, klinik 'frisbee' ke-2 telah berjaya dilaksanakan pada tarikh diatas bertempat di Padang Bolasepak Awam Kongsi. Kali ini, tumpuan adalah kepada sekolah-sekolah Menengah dan Rendah didalam KADUN Pulau Betong.

Terdapat 11 buah sekolah dengan bilangan guru dan pelajar sejumlah 90 orang telah mengambil bahagian. Setiap sekolah telah diberikan sebanyak 10 unit 'frisbee' untuk digunakan dalam aktiviti pendidikan jasmani dan sebagainya.


Saya akan mengadakan pertandingan antara sekolah-sekolah pada hujung tahun ini dan antara belia setelah semua bersedia dan masa yang bersesuaian. Mungkin, bermain 'frisbee' didalam sawah ! Menarik kan ?! (Teringat masa kecil-kecil dulu bermain dan menangkap ikan didalam sawah sementara menunggu pokok padi ditanam - BEST !).

2 ulasan:

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan buat YB Hj. Muhamad Farid Hj. Saad

Kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan YB dalam menyampaikan maklumat dan aktiviti kawasan melalui Blog.

Ketua UMNO Caw. Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad menyampaikan salam perjuangan khas buat YB.

Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dlm senarai link kami

ADUN PULAU BETONG, Setiausaha Politik YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata...

Wa'alaikumsalam buat Sdra. Razak Muhamad dan semua warga UMNO Cawangan Gombak Selatan. Terima kasih atas 'link' yang telah dibuat kepada Blog saudara semua. Muga perkenalan melalui kaedah blog ini mampu mencetuskan silaturahim antara kita. InsyaAllah, kita akan berjumpa jua suatu hari nanti.