Isnin, 9 Mac 2009

Isu Pengajaran Matapelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris

Saya terpanggil untuk melahirkan pendapat saya bagi isu yang hangat diperkatakan dewasa ini, iaitu Pengajaran Matapelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan St. George dan Sek. Menengah Kebangsaan St. George hingga Tingkatan 3. Tingkatan 4 dan 5 saya belajar di Sekolah Menengah Seri Balik Pulau. Seterusnya mengikuti kursus Diploma Ukur Bahan di ITM, Ijazah Pertama di Robert Gordon's Institute of Technology, Scotland dan MBA dari Univerisiti Utara Malaysia. Berdasarkan kepada pengalaman saya dalam proses menimba ilmu ini, saya ingin menyatakan sokongan penuh pada saya kepada Pengajaran Matapelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris. Sebagai tanda sokongan dan bertujuan membantu, telah 4 tahun saya bekalkan akhbar bahasa Inggeris di kesemua Sekolah Kebangsaan ( 6 buah) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China (4 sekolah) dalam KADUN Pulau Betong.

.
Kalau ibubapa tidak boleh berbahasa Inggeris, biarlah anak-anak kita boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Adakah kita akan rugi jika anak-anak kita boleh mengesuai bahasa Inggeris? Bahasa Melayu bahasa ibunda, akan terus kita pertahankan dan perkasakan. Sebab itu, saya belajar sedikit sebanyak tentang sastera dan puisi Melayu. Bersajak sekali-sekala. Bahasa menunjukkan bangsa.
.
Cuba lihat anak-anak orang China dan India yang sekarang ini begitu fasih berbahasa Mandarin, Inggeris dan Bahasa Melayu ( 3 bahasa sekali gus). Adakah mereka merungut? Tidak !. Saya berani katakan ini kerana, Alhamdulillah, 2 orang anak saya sekarang ini belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China. Abang dalam darjah 4 dan adiknya dalam darjah 2. Mereka belajar Sains dan Metamatik dalam 3 bahasa, iaitu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Mereka tidak merungut, dan Alhamdulillah mereka dapat mengikutinya dengan baik.
.
Anak-anak kita adalah permata kita yang tidak ternilai. Berikan mereka pendedahan sewajarnya untuk masa depan mereka. Apa yang kita ada hari ini adalah diwarisi dari orangtua kita dan yang kita pinjam dari anak-anak kita. Sayangilah mereka selayaknya, dan jangan manjakan mereka sehingga mereka terlepas peluang.
.
Apa yang perlu sekarang, adalah menjaga, memartabatkan dan memperkasakan pengunaan bahasa Melayu dikalangan masyarakat Malaysia, kerana ianya bahasa rasmi dan bahasa perpaduan. Cuba perhatikan, pengunaan bahasa Melayu dalam perbahasan didalam Parlimen oleh ahli-ahli Yang Berhormat. Lihat perbezaan penguasaan bahasa diantara generasi baru dan generasi lama ! Amat ketara ! Janganlah membawa isu bahasa ibunda kita kejalanan. Kita berdemonstrasi, mereka lihat dan ketawakan kita.
.
Sempena Maulidur Rasul, mungkin ada baiknya kita merenung semula sejarah kedatangan insan mulia yang menjadi contoh tauladan yang terbaik, antaranya akhlak yang mulia yang patut dicontohi oleh semua kita. TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMAD PESURUH ALLAH.

3 ulasan:

Pantherian berkata...

YB perlu jelas perlaksanaan PPSMI tidak adil kepada pelajar di pendalaman cthnya di Baling,Hulu Terengganu ,Sabah dan Sarawak.

Kita membunuh dan menyusahkan kanak2 ini belajar sains dan matematik dan sedikit sebanyak membantutkan minat mereka terhadap Sains dan Matematik.
Mungkin anak YB org Bandar dan tidak menghadapi banyak masalah kerana selain itu mampu menghantar ke tuisyen.

YB sendiri tidak percaya kepada sek kebangsaan dan hantar ke SRJKC.Alasan bahasa..mungkin dr kata YB tetapi secara asasnya kerana mutu pendidikan dan pergaulan sesama kaum yng boleh didapati SRJKC.

Saya punya pendirian mantapkan BI tersebut dengan tidak perlu korbankan Sains dan Matematik.

Kita boleh kembali kpd cr lama sek inggeris mengajar BI.

anak permatang pauh

ADUN PULAU BETONG, Setiausaha Politik YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata...

Terima kasih atas pandangan sdra. Ikhwan. Untuk makluman sdra., saya mempunyai 5 orang anak, tiga darinya bersekolah disekolah kebangsaan disekolah pagi dan disebalah petang disokolah agama. Ketika di darjah 6, ketiga-tiga mereka menduduki peperiksaan UPSR di sek. kebangsaan dan Ujian Sek. Rendah Agama di sek. rendah agama (di Selangor). Saya yakin dengan sekolah kebangsaan. Dan saya juga berhajat untuk mengetahui cara pembelajaran di SRJKC, kerana saya perlu mendapat pengetahuan dan memahami dengan jelas tentang sistem pembelajaran dikedua-dua jenis sekolah, untuk membolehkan saya berkongsi pendapat dan pandangan dengan anggota masyarakat saya.

Bahasa Melayu perlu kita pertahankan. Bahasa-bahasa lain pelu juga kita pelajari.

Unknown berkata...

Salam YB,
Saya juga punya pendirian seperti Saudara Ikhwan mantapkan BI tersebut dengan tidak perlu korbankan Sains dan Matematik.

Semasa bersekolah dahulu,batch YB adalah batch pertama dimana pembelajaran semua matapelajaran di tukar ke BM, lihatlah keputusan nya sebagai contoh YB sendiri,Banyak yang berjaya.

BI itu sendiri yang perlu dimantapkan, sebagai contoh dulu ada dictation tiap tiap minggu,siapa gagal,siap public canning menunggu.