Rabu, 4 Februari 2009

Pelancaran Persatuan Homestay Pulau Pinang

Tarikh Program : 31hb Januari, 2009

Alhamdulillah, majlis pelancaran Persatuan Homestay Pulau Pinang telah selamat dilancarkan oleh YB Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pelancugan di Kampung Jalan Bharu. Sambutan adalah diluar jangkaan. Kenduri dibuat ala kampung dengan lauk pauk yang sedap dan mendapat pujian pelawat dari luar.


Kampung-kampung homestay di Pulau Pinang adalah :

1. Kampung Jalan Bharu
2. Kampung Pulau Betong
3. Kampung Teluk Bahang
4. Kampung Mengkuan Titi
5. Kampung Sg. Chenaam
6. Kampung Sg. Duri
7. Kampung Sg. Setar
8. Kampung Sg. Sembilang
9. Pulau Aman

Kesemua 9 kampung ini menawarkan sejumlah 200 rumah yang telah dilesenkan oleh Kementerian Pelancungan sebagai rumah homestay yang memenuhi kehendak dan keperluan ataupun piawaian yang telah ditetapkan.

Sejumlah RM 2.00 Juta telah dibelanjakan untuk membaikpulih rumah dan melengkap rumah-rumah dalam kampung-kampung yang berminat untuk melibatkan diri dalam program homestay ini. Kini kesemua rumah homestay telah di dibaiki dengan tandasnya ditukar kepada jenis duduk, lantai bilik airnya berjubin dan bersiling lengkap dengan keperluan bilik air seperti sebuah hotel. Begitu juga, bilik-bilik tidur telah dibaiki dan dilengkapkan dengan 2 buah katil single, lengkap dengan tilam mengikut spesikasi hotel, meja solek dan almari pakaian. Selain dari itu, setiap rumah juga dilengkapkan dengan cadar, sarong bantal dan dipadankan dengan tirai sedondon (bersamaan dalam corak batik), tuala badan dan tuala muka juga mengikut spesifikasi hotel. Dengan kelengkapan-kelengkapan yang diatas, jika tidak keterlaluan, saya boleh tarafkan rumah homestay dinegeri ini sebagai bilik-bilik homestay 4 ke 5 bintang.

Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kenapa saya secara peribadi amat menyokong program homestay dan bersusah payah menjaganya. Selain daripada homestay sebagai produk pelancungan, yang tersirat disebalik program ini adalah soal yang berhubung kait dengan pembangunan umah, baik dari sudut fizikal maupun mental. Rumah-rumah homestay adalah rumah-rumah yang cuci bilik airnya, teratur bilik tidurnya, bersih keseluruhan rumahnya, dan cantik persekitaran rumahnya. Ciri-ciri ini amat perlu jika kita mahu melahirkan anak-anak generasi yang sihat pemikirannya, cemerlang pendidikannya dan positif tentang kehidupan mereka. Jika rumah-rumah dalam sesebuah kampong mempunyai element-element ini, saya yakin masyarakat didalam kampong itu adalah masyarakat yang berfikiran positif, sihat dan berupaya melahirkan modal insan yang cemerlang. Dengan kata lain, program homestay dan rumah-rumah homstay berupaya untuk menjadi pendorong kepada pembentukan satu kehidupan yang kondusif, yang berupaya melahirkan generasi yang cemerlang. Bayangkan, kalau rumah mereka sempit, kotor, berselerak, dan berbau, mampukah mereka melahirkan anak-anak yang cemerlang, berfikiran positif standing dengan anak-anak pekan yang serba lengkap. Mereka adalah sebahagian dari saya dan kita, dan saya dan anda semua adalah sebahagian dari mereka. Impian saya adalah, rumah-rumah yang menjadi rumah homestay ini akan dicumburui oleh rumah-rumah lain dalam kampong itu dan mudah-mudahan rumah-rumah lain juga mahu meniru dan seterusnya mempunyai kualiti seperti rumah-rumah homestay ini atau jauh lebih baik lagi, InsyaAllah.

7 ulasan:

HeroHuruHara berkata...

Kekalkan momentum YB untuk majukan apa yang terdaya.

KZ berkata...

Tahniah atas usaha YB!

Lebih kurang setahun setengah yang lalu saya ada menghadiri satu bengkel (dijemput oleh MATTA) di PWTC mengenai projek homestay. Salah satu rungutan yang saya dengar ialah kurangnya kemudahan berkomunikasi melalui internet yang dialami oleh pihak2 pengusaha. Juga promosi.

Seeloknya, saya mencadangkan mungkin YB dapat membangunkan satu perisian untuk mengikuti status inventori dari masa kesemasa untuk menjana lebih jualan kepada rumah2/bilik2 yang masih belum ditempah.

Terima kasih.

ADUN PULAU BETONG berkata...

Terima kasih Sdra KZ. Dalam usaha saya untuk memperniagakan idea saya dalam sektor pelancungan, saya telah menubuhkan Koperasi Pelancungan Pulau Pinang Berhad (KOPEL). Alhamdulillah, KOPEL sekarang ini telah berumur hampir 3 tahun dan telah banyak aktibiti yang telah dijalankan. Antaranya adalah untuk mempromosikan pakej-pakej homestay. Sudilah kiranya Sdra KZ lawati laman kopel.com.my atau didalam laman virtual malaysia.

UrbAnWiTch berkata...

bos..aktiviti bukan aktibiti..hehehe.
great work with the homestay!

ADUN PULAU BETONG berkata...

Untuk rekod, UrbanWitch adalah orang yang mula menyebut perkataan "KOPEL" dan dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelancungan Bumiutra dalam tahun 2006. Arigato! Urbanwitch sekarang di Jepun, melanjutkan pelajaran.

UrbAnWiTch berkata...

boss.thanks for the publicity..do i get some sort of royalty? hihihi

UrbAnWiTch berkata...

boss,kalau i balik cuti nak try homestay yang ada seafood paling byk...ok?