Ahad, 28 Februari 2010

PERARAKAN MAULIDUR RASUL

Program : Perarakan Mualidir Rasul
Tarikh : 27hb. Feb. 2010
Tempat : Padang Awam Kongsi - Masjid Daerah
.
Alhamdulillah, majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Balik Pulau telah selamat. Kita bersyukur dengan cuaca yang redup dan tenang disepanjang program itu dilaksanakan. Sebanyak 40 pasukan telah mengambil bahagian yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah para pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, ipta, agensi kerajaan dan juga anggota masyarakat dari seluruh Balik Pulau. Seramai 1500 orang telah berarak sejauh 1.50 kilometer, mulai jam 8.30 pagi dari Padang Bola Kongsi hingga ke Masjid Daerah. Satu ceramah telah kemudiannya diadakan dalam Masjid Daerah.
.
Program ini adalah anjuran bersama ADUN Telok Bahang (Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau) YB Dato Seri Dr. Hj. Hilmi Yahaya, ADUN Bayan Lepas (Timbalan Ketua UMNO Bahagian) YB Tn. Hj. Syed Amerrudin Dato Syed Ahmad dan ADUN Pulau Betong.
.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua rakan-rakan yang telah bersama bekerja untuk melaksanakan program ini. Muka-muka baru yang diberi peluang untuk mengendalikan program ini seperti Chegu Zubed dan Chegu Asri telah berjaya memikul tanggungjawap yang diberikan dengan sempurna.

4 ulasan:

D`zorton berkata...

Terima kasih YB...

Hari - Hari makan meggi,
Lepas ni boleh bekerjasama lagi...

aku_orang_umno berkata...

salam yb set pol..tima ksih krna telah mguploadkan pic yg pling cantik sewaktu perarakan hri tu..slmt maju jaya utk yb set pol..wasalam..

andy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ADUN PULAU BETONG, Setiausaha Politik YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.