Sabtu, 13 Februari 2010

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Program : Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR 2009
Tempat : Dewan SMK SERI Balik Pulau
Tarikh : 13 hb. Februari, 2009
.


Majlis penampaian Anugerah Cemerlang UPSR dan PMR bagi seluruh Bahagian Balik Pulau telah disempurnakan oleh YB Dr. Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran di dewan SMK SERI. Program ini adalah Anjuran UMNO Bahagian Balik Pulau yang merupakan aktibiti tahun Pemuda UMNO dan Biro Pendidikan UMNO Balik Pulau. Turut hadir adalah YB Dato Seri Dr. Hj. Hilmi Yahaya dan YB Syed Ameruddin, serta Pn Hjh. Faridah - Ketua Wanita, Sdra Azian -Ketua Pemuda dan Pn Mariana - Ketua Puteri.

Dalam majlis ini seramai 225 pelajar yang telah mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2009, yang telah mendapat 4A dan 5A, telah diberikan hadiah galakan (Tahun 2008 - seramai 175 orang pelajar). Sementara itu, bagi pelajar PMR pula, seramai 26 orang pelajar yang telah mendapat 6A keatas telah juga diberikan hadiah galakan ( tahun 2008 - 22 orang).
.
Kita mendoakan agar pencapaian diahun ini akan terus meningkat. Terima kasih kepada para pendidik kita yang telah dan akan terus bekerja keras bagi membantu kejayaan para pelajar. Terima kasih juga kepada para ibubapa yang prihatin dan komited.

2 ulasan:

shahdeliklau berkata...

Alhamdulillah....saya adalah salah satu produk yang diberi penghargaan oleh UMNO Balik Pulau semasa diisytihar sebagai Pelajar Terbaik Melayu SPM tahun 1993.

Keep it up...rasanya belum terlewat untuk saya bersama rakan-rakan yang lain untuk memberi sedikit sumbangan kepada Sekolah Balik Pulau yang berjasa mendidik kami hingga ke tahap sekarang.

Mungkin YB boleh memberi ruang kepada kami bagi menjunjung rasa kasih dan sayang kepada guru serta Sekolah Seri Balik Pulau.

ADUN PULAU BETONG berkata...

Alhamdulillah, sejuk rasa hati saya membaca tulisan sdra. Terimakasih atas niat baik sdra itu. Tahun lepas, saya telah mendapatkan wang sejumlah RM 12,000.00 untuk membiayai program tuisyen percuma kepada semua pelajar SMK SERI yang menghuni Asrama. Jika Sdra berminat untuk turut menyumbang, maka bolehlah sdra dan rakan-rakan seangkatan, mengumpul dan menghulurkan sumbangan kewangan semampu mungkin untuk program tuisyen ini. Kalau tak cukup, saya akan mencari tambahannya.