Khamis, 7 Januari 2010

'Report Card' bagi Pembangunan Fizikal KADUN Pulau Betong

'Report Card' bagi Pembangunan Fizikal KADUN Pulau Betong
Bagi Tempoh : Januari 2009 hingga Disember 2009

Alhamdulillah, tahun 2009 telah pun berlalu dan kini kita telah pun berada di awal tahun 2010. Untuk maklumat penduduk di kawasan yang saya wakili, sukacita saya senaraikan dibawah ringkasan projek-projek yang telah dilaksanakan bagi tempoh setahun. Saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih dan muga Allah memberkati anda semua yang telah berkerjasama dalam menjayakan perlaksanaan projek-projek tersebut, antaranya Pengerusi dan AJK JKKKP, Pejabat Pembangunan Negeri, KKLW, Risda, JPS, JKR, TNB, PPD, dan lain-lain agensi yang turut bersama mehjayakan projek untuk kesejahteraan rakyat.
.
1. Proj. Ransangan Ekon. (1) : ICU/Pej. Pembgn. Negeri : RM 2,410,000.00
2. Proj. Ransangan Ekon. (2) : ICU/Pej. Pembgn. Negeri : RM 816,251.00
3. Proj. Jalan Kampung : Jabatan Kerja Raya : RM 100,000.00
4. Bantuan Peralatan dan Ternakan : JabatanVeterinar : RM 161,350.00
5. Proj. jeti, peralatan dan kelengkapan nelayan : LKIM : RM 226,000.00
6. Proj. Infrastruktut dan keperluan Input : Jab. Pertanian : RM 337,350.00
7. Proj. Infrastruktur Saliran : Jab. Pengairan dan Saliran : RM 2,128,698.00
8. Proj. Bekalan Letrik Luar Bandar : KKLW / TNB : RM 1,809,433.00
9. Proj. Bina/Baiki Rumah Miskin (66 buah baik pulih & 14 buah nina baru) : KKLW / Risda : RM 1,200,000.00
10. Projek pelbagai ADUN : RM 300,000.00
Jumlah Keseluruhan : RM 9,529,0822.00
(**Nota : jumlah ini tidak termasuk bayaran RM 200.00 sebulan kepada semua ahli nelayan, bayaran bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan lain-lain yang tidak dicatatkan diatas)
.
Sesunggunya, jumlah diatas adalah satu jumlah yang besar (untuk satu kawasan dewan undangan negeri). Projek-projek tersebut diatas adalah daripada kerajaan Barisan Nasional yang perihatin diatas kehendak dan keperluan rakyat. Jumlah yang besar itu juga adalah kerana perancangan dan permohonan yang telah kita buat dengan meletakkan kepentingan rakyat. Saya berharap, agar anggota masyarakat saya akan turut bersama dalam apa juga program yang akan dilaksanakan dan senantiasa dengan hati yang terbuka memberi idea-idea, serta membantu saya dalam melaksanakan tugasan saya sebagai wakil rakyat.
.
Salam 1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Muga Tahun 2010 akan mendatangkan kebahagian dan kesihatan dan perpaduan yang lebih erat dan kehidupan yang lebih harmoni penuh toleransi dan muhibbah. Sama-samalah kita bertolongan dalam membuat kebaikan dan membawa kemajuan kepada anggota masyarakat kita. Muga Allah SWT merahmati kita semua.

2 ulasan:

HeroHuruHara berkata...

Hok ni yang orang muda makin suka. Siap lengkap dengan kad laporan, hujung tahun ni mungkin boleh pamir 'balance score card' pulak.
Tahinah dan syabas atas kejayaan di 2009...teruskan kesinambungan dan sinergi kepimpinan untuk masa depamn

shahdeliklau berkata...

Telah lama ku cari kini ku temui...