Jumaat, 15 Januari 2010

PROGRAM JASAMU DIKENANG

Program : Jasamu Dikenang Dan Kemasukan Ahli UMNO Baru
Tempat : Dataran Warisan Tok Sudin
Anjuran : UMNO Cawangan Sg. Korok
Tarikh : 13hb. Jan. 2010
.


Alhamdulillah pada malam yang cukup bermakna ini, parti keramat UMNO telah menerima dengan benuh besar hati dan penuh kesyukuran kemasukan seramai 49 orang ahli baru dan 7 orang yang menukar cawangan ke cawangan Sg. Korok. Saya juga terharu dengan kemasukan mereke-mereka yang telah memperlekehkan perjuangan UMNO dalam PRU-12 yang lepas.
.

Program malam itu juga telah menghimpun veteren UMNO serama 45 orang yang telah lama berjuang bersama UMNO dan kini mereka telah lanjut usia. Tanpa perjuang mereka dahulu, tentunya saya dan rakan-rakan ahli UMNO tidak dapat merasai nikmat yang dikecapi selama ini dengan izin Allah jua.
.

Program pada malam itu turut dihadiri oleh YB Dato Seri Dr. Hj. Hilmi Yahaya, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Ketua Wanita Pn. Hjh. Faridah Arshad dan juga Ketua Pemuda UMNO Sdra. Aziaan Ariffin. Kepada semua AJK Bahagian, Wanita, Pemumuda dan Puteri yang turut hadir, kehadiran mereka amat kami hargai.
.

InsyaAllah, program sebegini akan diteruskan. Hidup UMNO. UMNO Juara Rakyat. Rakyat Didahulukan, Pencapaian diUtamakan.









Tiada ulasan: