Artikel ini adalah jawapan lengkap bagi menjawap soalan yang dikemukakan oleh akhbar. Artikel ini akan
membincangan mengenai pembanggunan dan transformasi di kawasan Balik Pulau. Hanya sebahagian sahaja daripada artikel ini yang telah disiarkan. Saya paparkan keseluruhannya di sini untuk membolehkan masyarakat membaca dan memahami apa yang saya mahu masyarakat tahu tentang pengalaman dan yang lebih penting harapan saya untuk Balik Pulau secara umumnya.
1) Dari pandanganYB, bagaimana YB melihat pembangunan di Balik Pulau sekarang ini berbanding dahulu?
Balik Pulau adalah
sebuah kawasan yang masih kehijauan. Pun begitu sebagai satu-satunya kawasan di
bahagian pulau yang belum terbangun sepenuhnya,
terdapat asakan demi asakan pembangunan yang menerjah masuk terutamanya
perumahan mewah yang merupakan satu fenomena negatif bagi masyarakat Balik
Pulau.
Pembinaan perumahan
mewah bukanlah bentuk pembangunan yang diharapkan oleh masyarakat disini.
Perumahan mewah sebenarnya mengundang keresahan yang tidak berkesudahan kepada
masyarakat yang rata-ratanya hidup dalam keadaan serba sederhana.
Secara keseluruhannya,
Balik Pulau hari ini telah berubah wajah. Sejak pertengahan tahun 1990 kita
telah mebawa beberapa bangunan baru yang menjadi perisian kepada pembanguna di
kawasan ini antaranya Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kompleks Sukan balik Pulau,
Kompleks Pasar Awam serta Terminal Bas, Masjid Daerah, Kompleks Mahkamah
Majistret, Kompleks Mahkamah Syariah, Sekolah Pondoh Upeh, Maahad Al-Mashoor
dan juga Kompleks Pejabat Daerah. Ini semua dibawa oleh pemimpin dan kerajaan
yang di pimpin oleh Barisan Nasional.
2) Dalam usaha menjadikan Balik Pulau sebagai kawasan penempatan dan bandar terancangan, bagaimana YB melihat corak pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan Balik Pulau?
Pembangunan yang kita
bawa kekawasan Balik Pulau adalah pembangunan yang seimbang diantara pembangunan fizikal dan
pembangunan modal insan. Kita yang saya maksudkan adalah kepimpinan Barisan
Nasional yang telah bersama membangunkan kawasan ini. Sebab itu, dari dulu lagi
kita agak selektif dalam membenarkan pembangunan perumahan baru dikawasan ini.
Kita hadkan kawasan yang dibuka untuk perumahan, kita hadkan harga jualan
rumah, kita tetapkan komposisi perumahan yang dibina. Kita perihatin tentang
keperluan masyarakat kerana kita senantisa bersama mereka dan memahami
keperluan serta kemampuan anggota masyarakat. Pendekatan kita adalah,
perkukuhkan modal insan iaitu dengan sektor pendidikan sebagai tumpuan,
perkemaskan jaringan perhubungan antara kawasan iaitulah pembinaan jalan-jalan
kampung, perlengkapkan kemudahan asas iaitu bekalan letrik, air, talipon serta
internet, pertahankan kehijauan dan ekosistem kehidupan nelayan, penternak dan
nelayan, penambahbaikan kepada rumah-rumah yang dhaif serta membina
persekitaran kampung yang lebih selesa, cantik, bersih dan kondusif untuk
perkembangan masyarakat secara keseluruhannya.
Kita juga mahunkan
supaya kampung-kampung tradisi yang berada diInsyaAllah kita akan meneruskan
agenda pembangunan lestari di kawasan Balik Pulau ini. Semasa kita menyediakan
Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang, kita telah meletakkan fasal-fasal
khusus dalam butiran pelan perancangan untuk mengekalkan kampung-kampung
tradisi di kawasan Balik Pulau ini.
3) Bagaimana dengan fasiliti dan infrastruktur
di Balik Pulau, adakah ia sudah mencukupi atau perlu di tambah baik?
Balik Pulau
sepertimana kawasan-kawasan lain di negeri ini perlu dibangunkan tetapi dalam
bentuk pembangunan lestari. Kemudahan-kemudahan asas telah lengkap dan
dipertingkatkan dari masa kemasa seiring dengan keperluan pertambahan penduduk
dan pembukaan kawasan-kawasan penempatan baru.
Hampir setiap tahun
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk memperbaiki dan mempertingkan
kemudahan asas. Jalan-jalan kampung yang mengalami kerosakan akan diperbaiki, dan
yang baru untuk akan dibina. Begitu juga kerja-kerja peningkatan bekalan air
mentah samaada memasang paip dilaluan baru atau menukar paip kepada yang
bersaiz besar dan yang mengantikan paip yang rosak dan berkarat bagi menampung
keperluan semasa berterusan dilaksanakan. Begritu juga dengan bekalan letrik
yang ditambah mengikut keperluan dan juga pertambahan serta penukaran lampu
jalan kampung yang cukup banyak telah diuruskan untuk kesejahteraan rakyat.
Hampir setiap jalan kampung dipasang dengan lampu dan ditambahkan mengikut
keperluan sepertimana yang diminta oleh masyarakat. Kesemua ini dilaksanakan
kerana kita mendengar suara rakyat dan keperluan mereka. Saya ingin mengajak
anggota masyarakat Balik Pulau supaya melihat kesemua ini dan mensyukuri akan
segala kemudahan yang dinikmati hari ini.
3) Sejauh manakah keyakinan YB terhadap keupayaan Balik Pulau untuk dibangunkan sebagai sebuah bandar moden dengan mengekalkan ciri-ciri warisan dan kehijauan yang ada?
Saya adalah orang yang mencintai kedamaian dan kehijauan. Saya akan berterusan meningkatkan dan mempermodenkan kemudahan asas tetapi kita jangan berkompromi dalam hal yang berkaitan dengan pengekalan tradisi dan kebudayaan kita. Saya mahu kita bukan sahaja menjaga hubungan kita dengan manusia, tetapi kita juga perlu menjaga hubungan kita dengan alam sekitar dan Balik Pulau harus dikekalkan sebagai kawasan hijau. Pembangunan yang lestari dan mampan akan berterusan menjadi agenda saya dalam membangunkan Balik Pulau.
4) Dalam menjadikan Balik Pulau sebagai sebuah bandar moden,
bagaimana YB melihat cabaran yang perlu ditempuhi oleh masyarakat Balik
Pulau agar selari dengan pembangunan yang dirancangkan?
Saya selalu
menasihatkan anggota masyarakat saya supaya senantisa meletakkan kepentingan
generasi masa depan dalam apa jua perancangan dan perlaksanaan masa ini. Kita
hari ini berdepan dengan kapitalis yang melihat kepada pembangan yang boleh
membawa keuntungan kepada mereka. Mereka akan mensasarkan dan mengutamakan
golongan kaya dan berpendapatan tinggi untuk mencapai matlamat mereka. Saya pula
berhadapan dan berada dengan golongan sederhana dan berpendapatan rendah yang
merupakan golongan majority dikawasan ini yang sedang berusaha mempertahankan
apa yang mereka ada dan mereka warisi. Mereka berusaha untuk mempertahankan untuk anak cucu mereka. Saya
selalu berpesan bahawa apa yang mereka miliki hari ini adalah amanah yang
mereka pegang untuk generasi akan datang, samaada dari segi harta mereka
malahan dari segi warisan tradisi dan kehijauan serta kesegaran dikawasan ini.
Memanglah sukar untuk menolak tawaran wang ringgit berbanding dengan
mengekalkan warisan mereka kerana kehidupan meeka yang serba sederhana hanya
boleh dicapai dengan menukarkannya dengan wang ringgit dan kemudiannya membeli
apa-apa yang mereka hajatkan. Saya sedar akan dilemma yang mereka hadapi, saya
harapkan mereka bersabar dan berkorban kemewahan hari ini untuk masa depan
anak-anak zuriat mereka dimasa hadapan.
5) Sebagai pemimpin Melayu, bagaimana YB melihat nasib orang Melayu di Balik Pulau sekarang ini dan apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan orang Melayu Balik Pulau tidak ketinggalan dalam pembangunan?
Saya tidak mahu orang
Melayu malahan orang Cina dan India sekalipun ketinggalan dalam arus
pembangunan di Balik Pulau ini. Saya amat berkeyakinan bahawa orang-orang Balik
Pulau ini memerlukan sedikit masa lagi untuk mempersiapkan diri mereka dan
keluarga mereka untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar. Saya selalu
menekankan malahan memperjuangkan pengukuhan dan pemantapan pendidikan untuk
masyarakat Balik Pulau. Hanya dengan pendidikan sahajalah generasi mendatang
akan lebih bersedia untuk menghadapi apa jua bentuk pembangunan yang akan
menjejaki kawasan ini. Sementara menunggu generasi pelapis ini bersedia dan
mengambil alih tugas ibu dan bapa mereka, maka ibu dan bapa perlu bersabar dan
bersederhana dalam kehidupan mereka hari ini.
6) Apakah harapan YB terhadap Balik Pulau dalam menuju ke
tahun 2020 dan apakah perancangan YB dalam membangunkan lagi Balik Pulau untuk
masa hadapan?
Saya telah bersama dengan masyarakat
saya selama 9 tahun sepenuh masa. Saya menyayangi masyarakat saya. Saya mahu
generasi baru Balik Pulau tahun 2020 dan selepas daripada itu lebih cemerlang
setelah semua usaha yang saya lakukan bersama dengan pemimpin lain untuk mereka
berjaya mencapai matlamat. Saya tak mampu membuat semuanya, tetapi anggota
masyarakat yang memahami apa yang saya telah dan sedang saya buat akan tetap
bersama saya. Keyakinan saya adalah keyakinan mereka dan kejayaan saya adalah
kejayaan mereka juga. Saya memimpin sebuah masyarakat yang pelbagai baik dari
segi agama mahupun kaum malahan status kehidupan juga berbeza dan ketara.
Tetapi saya yakin dalam setiap ketegasan saya terhadap mereka adalah kerana
saya sayangkan mereka. Saya ikhlas dalam pendekatan saya. Lembut tapi tak
putus, keras tapi tak patah. Saya melentur rebong yang dengan izin yang Maha
Kuasa akan berhasil mencapai matlamat dan sasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan