Selasa, 20 Disember 2011

SEBAHAGIAN DARI SEJARAH BALIK PULAU YANG PERLU DIKETAHUI

Dalam pencarian saya untuk mencari Sejarah Awal Balik Pulau, saya telah dihubungi oleh seorang pengkaji sejarah yang begitu prihatin. Beliau telah menghantar tulisan berikut yang dikarang  berdasarkan kajian yang beliau buat sendiri. Kepada rakan-rakan di balik Pulau elok kiranya dibaca tulisan berikut dan memberi pandangan-pandangan lain sekiranya ada. Saya juga berharap, tulisan berikut adalah sebagai pembuka jalan untuk kita bersama-sama menulis semula sejarah Balik Pulau ini. Bersama dengan PERADABAN, kita akan menghimpun semua sejarah, yang kecil mahupun yang besar, sungai mahupun rumah, bagi kampung mahupun daerah, dan sebagainya sehingga terbitnya BUKU : BALIK PULAU - SEJARAH DAN WARISAN.
.
Ayuh kita mulakan ..... :
.
BAHAUDDIN HAJI BIN ABDUL HAMID adalah seorang hartawan yang paling terkenal di kawasan Balik Pulau semasa zaman awal penjajahan British. Beliau mewarisi kekayaan daripada datuknya seorang pedagang India Muslia bernama Bapu Alauddin Meera Hussein Lebai.
Datuknya menjadi wakil Sultan Abdullah Mukarram Shah (Sultan Kedah pada ketika itu 1773-1797). Beliau dengan restu sultan ditugaskan untuk memandu dan membawa Kapten Francis Light mendarat di Tanjong Penaga Pulau Pinang pada 11 Ogis 1786.
.
Keturunan beliau sangat rapat dengan British. Daripada keturunan beliaulah British melantik majistret, penghulu dan ketua-ketua masyarakat. Keturunan Bapu Alauddin mendapat banyak manfaat daripada British dalam urusan pembukaan dan pendaftaran tanah-tanah baru di kawasan George Town dan Balik Pulau.
Di kawasan George Town keturunan Bapu Alauddin yang berkuasa ialah cucunya Mohamad Ariff. Beliau seorang hartawan yang termasyur pada abad ke 19.
Datuk Bahauddin atau gelarannya Bahauddin Haji menjawat sebagai penghulu pertama yang dilantik kerajaan pada tahun 1860. Perlantikab tersebut berlaku semasa Pulau pInang masih diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris yang hanya berakhir pada tahun 1867 dan seterusnya di bawah penjajahan British sehingga 1918. Belliau menerima jawatan itu tanpa sebarang gaji. Khidmat tersebut dibuat secara percuma sebagai amal bakti kepada masyaratkat yang memerlukan pentadbir yang cekap.
SALAHSILAH KETURUNAN BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI
(Pedagang Sebelum 1786 di negeri-negeri Melayu Utara terutama kuala-kuala sungai)
 .

BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI (ada 2 orang anak - A : Tajuddin Ariff dan B : Abdul Hamid) Keturunan mereka adalah seperti berikut :
A :: TAJUDDIN ARIFF > MOHAMAD ARIFF (JUTAWAN DI GEORGETOWN PADA ABAD KE 19) > WAN CHIK ARIFFIN(JUTAWAN ABAD KE 20) > ZAINUDDIN > ABDULLAH
.
B :: ABDUL HAMID > DATUK BAHAUDDIN HAJI (PENGHULU PERTAMA LANTIKAN INGGERIS) > ABDUL HALIM
(1918 - 1923) > MOHD HUSSEIN (D.O. PERTAMA) > JAHARA BEE  X  MD. NOOR > HJ. NOORDIN
.
Bermula daripada keturunannyalah penghulu-penghulu Balik Pulau yang lain terlantik:
.
Datuk Bahauddin
(Penghulu pertama memegang jawatan 1860 – 1918 : meninggal)
.
Abdul Halim bin Datuk Bahauddin
(Menjawat jawatan 1918 – 1923 : meninggal)
Haji Sulaiman bin Mohd Taib bin Datuk Bahauddin (1923 – 1925 :
dipecat oleh DO Balik Pulau bernama Mohamed Hussein sepupu beliau)
Cucu beliau menjadi penghulu selama 2 tahun sahaja. Dipecat oleh sepupunya Mohamed Hussein, Pegawai Daerah Balik Pulau pada ketika itu kerana konflik agama dengan masuknya aliran baru Islam yang bertentangan fahaman bermadzhab ke Balik Pulau pada tahun 1925.
Corak pentadbiran yang diasaskan British yang memecahkan Pulau Pinang kepada dua daerah utama sejak zaman penjajahan masih dikekalkan hingga kini. Daerah TImur Laut di George Town dan Daerah Barat Daya di Balik Pulau. Pegawai Daerah Balik Pulau yang pertama juga dilantik daripada keturunannya iaitu Mohamad Hussein.
Kekayaan beliau ialah dalam bentuk pembuakaan tanah-tanah baru yang diterokai dalam usaha membangunkan sosio daerah Balik Pulau melalui pengenalan tanaman kemersial seperti cengkih dan pala. Tokoh itu bertanggungjawab membawa buruh China untuk mengunsi di mukin Balik Pulau bagi tujuan ekonominya.
Punca utama pendapatan Pulau Pinang pada ketika itu ialah sektor pelabuhan menerusi kegiatan eksport dan import. Punca pendapatan kedua menerusi sektor perladangan. Pulau Pinang menjadi tempat pelaburan para pengusaha British dalam bentuk tanaman komersial secara ladang terutama daripada keluarga Brown dan Scott.
Sebagai penghulu rasmi yang pertama, Bahauddin Haji berjasa kepada masyarakat setempat melalui berbagai aktiviti dalam bidang social, ekonomi dan undang-undang:
 .
1.            Beliau memperbaharui dan memperbesarkan pembinaan masjid Kongsi Balik Pulau sehingga menjadi sebuah masjid jamek pada tahun 1882.
.
2.            Mengamankan Balik Pulau daripada dikuasai para penjenayah yang diketuai oleh Panglima Meh yang suka merompak orang-orang kaya sekitar Balik Pulau. Beliau bertindak menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai oleh Jemadar Mat Salleh. Berjaya menumpaskan kegiatan menyamun.
3.            Mengusahakan pembukaan tananh-tanah bukit yang baru untuk ditanam dengan tanaman komersial seperti cengkih dan pala. Sehingga kini Pulau Pinang masih mengeluarkan hasil ini di atas asas yang telah dibangunkannya.
Di antara tanaman yang popular pada ketika itu ialah tebu dan kopi. Datuk Bahauddin mempunyai banyak tanah menerusi kuasa yang diberi oleh pihak British sebagai penghulu dan pentadbir tanah.
Beliau juga terdedah dengan pemikiran moden bagaimana cara untuk memakmurkan daerah. Menerusi interaksi dengan pihak British beliau menerapkan pemikiran moden menerusi pembaharuan ekonomi. Beliau memperkenalkan tanaman ladang di mukim Balik Pulau dengan memperkenalkan tanaman baru cengkih dan pala.
Beliau adalah pengasas pecah Kongsi Balik Pulau diperingkat yang terawal sehingga berkembang menjadi Bandar Balik Pulau. Pengungsi China yang terawal masuk menerusi usaha beliau dan ditempatkan di satu kawasan dinamakan KONGSI.
Beliau adalah tokoh pengasas yang mengambil berat dalam bidang social, pentadbiran dan keagamaan. Meninggal duania pada tahun 1918 dan menjawat jawatan penghulu dipegang oleh keturunan beliau sehingga tahun 1925.
Datuk Bahauddin menjadi penghulu untuk tempoh yang panjang selama 58 tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun 1918.
.
Tulisan ini adalah hasil kajian :   En. Mohd Salleh Yahaya , Mantan Pensyarah Kanan, Institut Pendidikan Guru  (IPG) Pulau Pinang.


29 ulasan:

UrbAnWiTch berkata...

Pops...tanjung penaga tu georgetown la kan? Sbb tu org bagan semua kata ' pi tanjong' sbb dulu-dulu nama penang is tanjong penaga! Lets us start calling penang its all name!!!

zuraini berkata...

tahniah artikel diatas.sebagai cicit wan chik ariffin,saya berterima kasih kerana byk info yg saya dapat.terima kasih sekali lagi.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualailkum Tuan Penulis. Artikel Tuan ini, telah menambah pengetahuan saya mengenai asal usal keluarga saya. Saya cicit kepada Wanchik Ariffin. Keluarga kami sedia tahu, Wanchik Ariffin mempunyai 4 orang isteri. Keluarga kami, dari isteri pertamanya. Ayah saya, Hj Mohamed Ariff Bin Hj Ariffin, Hj Ariffin Bin Wanchik Ariffin, Wanchik Ariffin Bin Mohamad Ariff dan seterusnya, telah dapat saya sambung pengetahuan saya dari artikel Tuan ini. Terima kasih. Rasanya, kalau dikumpulkan keluarga ni, satu Padang Kota Lama pun tak cukup.
Kepada Saudara/Saudari Zuraini. Kita ini bersaudara. Bolehkah kalau saya tahu siapa nama bapa dan datuk Cik? Saya harap Cik tak keberatan utk menjawabnya. Kalau keberatan, maafkan saya. Niat saya ini baik. Hanya utk mencari dan mengetahui sejarah keluarga bapa saya. Itu saja, tanpa niat disebalik. Terima Kasih.

Unknown berkata...

Assalamualaikum Azreen...betul Hj Ariffin adalah abang kepada nenek saya.nenek saya adalah anak bongsu Wanchik Ariffin.ibunya merupakan isteri ke 4 Wanchik Ariffin.melalui isteri ke 4,lahirlah nenek saya dan abangnya.nenek saya bernama Wan chik binti Wanchik Ariffin,abangnya nama Habib.kedua2nya sudah meninggal.nenek meninggal pada tahun 2009 ketika berusia 83 tahun..anak2 saudara nenek dari abang dan kakaknya ada dtg ziarah waktu meninggal.mereka ada yg dtg dari perak road,tanjung tokong dan b.mertajam.kalau Azreen tahu nama2 anak Wan chik Ariffin,bolehlah senaraikan.saya juga nak tahu.nenek selalu sebut nama abang dia seperti tajuddin,bahaudin,cik mat din,kakak dia jahara bee,wan nah,wan su dan ada beberapa nama lagi saya dah lupa.kali terakhir saya dan nenek melawat masjid Wanchik Ariffin pada 2006 yg lalu.nenek kerap mengunjungi makam dibelakang masjid,sbb ada anak nenek yg meninggal waktu kecil dikebumikan disitu.menurut nenek,abangnya Hj Ariffin yg beri keizinan kebumikan anak nenek disitu.abangnya HABIB kalau balik penang mesti melawat Masjid.baru2 ni anaknya mohamad ariff ada berkunjung kesitu.seronok dpt kenal anak cucu TOK ARIFF kan?saya tinggal dgn nenek sedari kecil.selalu mendengar cerita kisah keluarga hebat ini.Kalau Azreen pergi ke masjid Wanchik Ariffin,Azreen tanya orang yg jaga masjid,nama MAMI WAN CHIK dari kg sama gagah permatang pauh,dan abagnya PAK HABIB dari port dickson.selalunya kalau nenek saya kesana,dia akan berjumpa dgn anak saudaranya yg jaga masjid.

Unknown berkata...

Assalamualaikum, Terima kasih atas Artikel tuan

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AQ91 berkata...

Assalamualaikum...Terima kasih kpd penulis artikel ini. untuk makluman azrin dan zuraini, saya amirul qayyum , dari bukit mertajam, adalah cicit kepada wan chik ariffin dari isterinya yang ke 2 , iaitu tengku fatimah( anaknya wan nah & wan sah) . semuanya dahpun meninggal. jadi kita nampaknya dari 4 keturunan yang sama .Boleh saya tahu maklumat mengenai 4 keturunan tersebut.Sekian terima kasih.

Nurul Husna berkata...

Assalammualaikum wbt..saya jugak daripada keturunan wancHik ariffin.sehingga sekarang saya masih melawat masjid wanchik ariffin.Alhamdulillah masjid wanchik dalam keadaan yang baik dijaga bersama oleh haji mohamed annuar bin zainuddin,serta hj abdullah sani bin zainuddin.

Unknown berkata...

Assalamualaikum...Amirul Qayyum......seronoknya dapat kenal cicit2 Wan Chik Ariffin.Untuk makluman Amirul,betul la tu kakak nenek saya adalah Wan Nah dan Wan Sah.Maaf saya silap tulis Wan Su.Rasanya dulu mereka tinggal kat round about bukit tengah.kilang Allagapas.sekarang dah pindah.waktu saya kecik2 dulu saya selalu pergi rumah tu.Sebenarnya nenek saya cari kakak2 dia,tapi tak jumpa.lepas ALLAGAPAS bukak kilang terputus terus.setiap kali lalu area situ mesti teringat rumah lama tu.last sekali maklumat nenek dpt diorang pindah area tmn hj mohd amin atau politeknik.tapi dah terlalu lama tak jumpa.

Unknown berkata...

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan buat Nurul Husna...saya berbesar hati dpt kenal Nurul.Zainuddin adalah abang nenek saya.itu semua anak2 saudara nenek.diorang ada datang masa nenek meninggal hari tu.Insaallah nanti nk pergi melawat kubur.dah lama tak pergi.baru2 ni dpt jemputan kenduri kawin tapi saya tak dpt pergi.yg hadir ibu2 saudara.Isyaallah suatu hari nanti mungkin kita boleh bersuakan?oh yea,saya tak pasti nama kakak sulung nenek saya Jahara Bee atau Rajah Bee.tapi rasanya Rajah Bee.Susah jugakkan nak susun nama2 ni.

Unknown berkata...

Salam Amirul...baru saya teringat Arwah nenek ada memanggil ibu tirinya nama Mak Ku Mah.Nama kepada Tengku Fatimah.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AQ91 berkata...

Assalamualaikum... Zuriani,Nurulhusna, Azrin & semua anak cucu wan chik ariffin. Untuk makluman zuriani, betullah apa yg dicakapkan tu... saya & ibubapa juga pernah tinggal di rumah hijau sebelah alaggapas tu... tapi cuma 2 tahun sahaja, sebab keluarga kami berpindah, saya masih kecil waktu tu. Saya selalulah ziarah Tok Wan Sah & Nenek Ku Mah .nenek saya Tengku fatimah bt. Tengku ahmad @ Tok/Makku Mah. Manakala zainuddin tu adalah abang tok wan sah. abah saya shamil ada bagi tau masa dia muda2, pernah lihat gambar wan chik ariffin di muzium p. pg, tapi sekarang dh tak klihatan lagi.boleh tak kita sama2 buat carta keluarga kita & kemudian kita satukan utk mendapat keluarga yg lebih besar salasilah keturunan wan chik ariffin. saya nk confirm, betul ka ada mengatakan bahawa New Savoy Hotel, jln Hutton tu.. adalah bekas rumah Wan Chik Ariffin & isteri2nya. dengar kata ada 22 bilik di situ. besar sungguh rumah mereka, saya cukup berbangga dengan wan chik ariffin. nk tanya, semua kaum kerabat sayani dlm usia brapa! jgn marah... saya kini dh 23th. Ada lagi ka keluarga kita yg hebat, mcm wan chik ariffin,tumpang berbangga.. kalu tak , tak kisahlah ... org kata rezeki masing2, syukur dengan pemberian Allah....Utk makluman Zuriani, nenek saya sebelum meninggal duduk di Tmn Pauh. Ada tk keluarga kita di seberang perai... Insyaalah , saya & kluarga nk juga berkunjung k Masjid Wan chik ,dlm tempoh cutini sekolahni. Ok , jumpa lagi.....

Unknown berkata...

ASSALAMUALAIKUM...AMIRUL..
Cadangan Amirul tu bagus jugak.Insyaallah nanti kita rancang di satu masa nanti.Memang WAN CHIK ARIFFIN lelaki paling kaya di penang suatu ketika dulu.Arwah tok saya selalu cerita...tentang keluarga dia.Bayangkan beliau menguasai separuh dari pulau tersebut.Setiap kali saya ke penang mesti hati rasa sayu...kalau lalu jalan Hutton atau jalan ARIFFIN..terkenang apa yg diberitahu oleh tok saya.menurut arwah tok..hutton street adalah tempat pentadbiran perniagaan mereka.sepanjang jalan hutton tu.pasal rumah dan masjid jalan hutton ada diceritakan di internet.cuba AMIRUL google tgk.Sebenarnya saya pun ada ke muzium penang konon2nak cari gambar WAN CHIK ARIFFIN.tapi tak ada.Bapak saudara saya bg tahu dulu ada.Saya teringin sangat nk tgk.kalau ada boleh kita kongsi.Arwah Tok Kita dua beradik..maknanya bapak kita sepupulah ya.kita kiranya dua pupu.betul tak?hehehe.Baru2 ni salah seorang bpk saudara ada ke masjid wan chik ariffin,dia ada bg tahu sebenarnya Wan Chik Ariffin kahwin ramai.Yg dalam pengetahuan tok saya dia cuma kenal MAK KU MAH,MAK MAH BI,MAK CHOMBI DAN IBU NYA sendiri.CHOMBI ni anak dia CIK MAT DIN.MAK MAH BI anak dia ZAINUDDIN,HJ ARIFFIN dan RAJAH BEE.sedih jugak tak sempat temukan tok saya dgn kakaknya.lama tok saya cari.Oh Ya..umur saya dah 40 tahun.Amirul boleh panggil KAK JU.

Unknown berkata...

Setiap sorang isteri disediakan orang gaji.dirumah tu ramai org gaji yg ditugaskan buat kerja2 rumah.tok saya kata...arwah bapak dia iaitu Wan Chik Ariffin memang sangat kaya.dan dihormati.dia adalah milionair.Hasrat saya nk bergambar kat Jalan Ariffin,Jalan Hutton,Halaman Ariffin.utk buat kenangan.tapi belum tercapai.Ada org bg tahu suruh cari kat muzium islam penang.mungkin gambar tu diubah ke situ.kalau nk buat carta ok jugak.saya ada cuba buat kat GENI.COM.sbb terjumpa ada seseorang dr keturunan wan chik ariffin ada buat kat situ.dia mula dgn RAJAH BEE BINTI WAN CHIK ARIFFIN.Cuba Amirul klik kat nama RAJAH BEE.Tapi GENI saya tu tak siap lagi.

AQ91 berkata...

Assalamualaikum..... Kak Ju.. untuk makluman, tadi kami sekeluarga ke penang terus k mesjid wan chik ariffin, jam 12.30 tgh - 3.30ptg. seronok juga singgah &sembang dgn mak chak(sepupu ayah saya) yang duduk disebelah kiri masjid tu... kebetulan terus mak chak jemput knduri anak saudaranya(dua pupu kita), 27/12/14 sabtuni buat kt dewan jln patani. kak ju kena jemput tk! jom kita pi ramai2 & jumpa kt sana. kak ju sebenarnya tinggal kt mna! berapa ramai keluarga kak ju. ceritalah sikit... nampaknya masjid & kubur tu tak berapa terurus.. kalau kita duduk dekat2 situ, bolehlah tolong lebih kurang.lagi satu pak habib tu, mcmna pula kna mngena dgn kita...kak ju tau... mak saya kta, nenek crita, masa dulu2 tu, dia orang bersiar2 dgn kreta kuda & kereta yg tiada bumbung tu..dia org empat isteri, tak bergaduh sebab semua dapat kemewahan yg sama...depa tu org town lah katakan...apa yang dicritakan makchak kluarga wan chik memang lawa2, sbb banyak kahwin campur. wan chik sndiri pilih nk kahwin dgn org yg trcantik di p. pg. lagipun dia sndiripun memang segak orgnya. tadi lihat rupa mak chak seiras dgn tok wan sah. agaknya kak ju & kluarga pun come juga orgnya. Tadi ada anak saudara machak mai jumpa,namanya nur khatijah rupa paras cukup cantik...dah beranak satu.OK kak ju jumpa lagi

Unknown berkata...

Assalamualaikum...hi..Amirul..Apa khabar..semoga sihat ye.
Kak ju tak pergi kenduri kat sana.Mungkin ibu saudara kak ju tahu pasal kenduri tu.Mesti byk maklumat Amirul dapat.Baguslah boleh kita berkongsikan?Tok kak ju pernah cerita pasal kereta kuda,pakai gaun kembang macam style mat saleh tu..dan dia selalu bangga dengan bapanya Wan Chik Ariffin dan datuknya Tok Arip{ARIFF}.Pantang ada orang bertanya..mulalah dia bercerita.Alhamdulillah...tok kak ju memang cantik orangnya,sehingga akhir hayat dia tak dimakan usia.Menurut tok kak ju,ibunya{isteri Wan Chik Ariffin}mempunyai pelbagai campuran Asia.Oh ya..!!Pak Habib tu datuk saudara kak ju.Dua beradik dengan tok kak ju.Satu emak dan satu bapa.Kalau dengan tok Amirul pun dua beradik jugaklah.Tapi tak pasti siapa abang siapa kakak.InsyaAllah..suatu hari nanti kita boleh berjumpa.Semoga MOYANG2,DATUK2 DAN NENEK2 kita bahagia di"sana".Kerana kita cucu cicit mereka masih mahu menyambung silaturrahim.AAMIIN..

Unknown berkata...

Assalamualaikum......... Alhamdullilah...... kali pertama saya komen di blog ni, hanya Zuraini yg saya jumpa. Skrg, dh ramai. Pasal keluarga di Alagappa tu. Maafkan saya. Senang nak mention Alagappa. Sbb family kita semua kenal dan dh terbiasa dgn panggilan Alagappa ja.
Dalam keluarga semua, Azreen lebih dikenali dgn panggilan Lin. Anak bongsu Hj Ariff dan Che Puan.
Ok..... selama ni, setiap kali lalu di area Alagappa tu, Mak mesti mesti cakap, "rindunya mak dgn depa yg duduk kat sini dulu. Mana la depa anak beranak pi. Hilang macam tu ja. mak ingat depa semua." Sambil menyebut nama2 dan bercerita, cerita2 lama. Skrg ni tgh mlm. Tak sabar nak cerita kat mak pasal nama2 dan cerita2 pasal keluarga di Alagappa tu. Nanti lepas Lin cerita dgn Mak, Lin akan update balik kat sini. Tunggu ye.....😄

Unknown berkata...

Assalamualaikum......... Alhamdullilah...... kali pertama saya komen di blog ni, hanya Zuraini yg saya jumpa. Skrg, dh ramai. Pasal keluarga di Alagappa tu. Maafkan saya. Senang nak mention Alagappa. Sbb family kita semua kenal dan dh terbiasa dgn panggilan Alagappa ja.
Dalam keluarga semua, Azreen lebih dikenali dgn panggilan Lin. Anak bongsu Hj Ariff dan Che Puan.
Ok..... selama ni, setiap kali lalu di area Alagappa tu, Mak mesti mesti cakap, "rindunya mak dgn depa yg duduk kat sini dulu. Mana la depa anak beranak pi. Hilang macam tu ja. mak ingat depa semua." Sambil menyebut nama2 dan bercerita, cerita2 lama. Skrg ni tgh mlm. Tak sabar nak cerita kat mak pasal nama2 dan cerita2 pasal keluarga di Alagappa tu. Nanti lepas Lin cerita dgn Mak, Lin akan update balik kat sini. Tunggu ye.....😄

Unknown berkata...

Saya AZREEN BINTI MOHAMED ARIFF. orang yg sama. Cuma nickname je yg bertukar.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
HaziminXeroX berkata...

Assalamualaikum. seklian anak cucu wan chik ariffin, kak ju(zuriani), azreen, husna, dll yang belum dikenali..mudah2an semua nya sihat walafiat. amin...maaf lama juga tak keudara dialam mayani.. untuk makluman, tempohari kami dah p jemputan knduri, rupanya knduri tu adik kpd hj anuar(bapa nurulhusna). dapatlah banyak info haritu...kami banyak bercerita dgn hj anuar & bergambar dgn nurulhusna. dia org pertama yang kami kenali secara berdepan, bila nj jumpa kak ju pulak!KAK JU & AZREEN TINGGAL DIMANA?.
hj anuar kata kalu nk tau salasilah keseluruhan keluarga wan chik ariffin, dtg ke rumahnya di bayan baru,dia boleh crita smuanya.sebab ayahnya zainuddin adalah anak sulong lelaki wan chik ariffin ( kalau amirul tk silap dengarlah).ingat satu hari nanti nk juga kerumahnya, & dpt crita secara jelas. satu lagi 2/3 hari lepas , secara kebetulan, ibu saya telah kenalpasti seorang lagi keluarga kita, iaitu mak cik hajar anak kepada pak habib, ada sapa2 kenal tk? sekarangni dia berada di pd. tak sangka diani saudara sepupu ayah saya, pernah bawa saya masa sekolah tadika dulu, tapi tak tau kata adik beradik. satu lagi, itu wajah sebenar azreen k! brapa umur azreen sekarang?maaf bukan apa , senang nk pangilan apa2 sebagai adik beradik, jgn marah.... OK cukup sampai disini dulu, jumpa lagi... Assalamualaikum.

zuraini berkata...

Assalamualaikum...Azreen,Amirul,husna dan semuanya...seronok rasanya dapat mengenali adik beradik.semoga langkah ini dapat mengeratkan lg tali persaudaraan kita.Diawal2 tahun 80an...perkhabaran tentang keluarga di penang kami ketahui dari Pak Ariff Posmen.Beliau bekerja sebagai posmen di permatang pauh.tentang kenduri atau kematian nanti akan diberitahu pada atok saya.maklumlah dulu talian telefon tak ada lg.Pak Ariff ni memanggil tok saya Mami Wan Chik.sbb berpangkat anak saudara pupu.itu yg saya tahu...sekarang beliau tinggal di seberang jaya kalau tak salah lah.Mengenai Mak Cik Hajar tu..beliau adalah sepupu bapa saya.Bapanya iaitu Pak Habib adalah datuk saudara saya,salah seorang anaknya bernama Mohammad Ariff sering ke masjid Wan chik ariffin bila dia pulang ke penang...nanti sambung lagi ye...

Nurul Husna berkata...

Assalammualaikum wbt.selamat hari raya saudara jauh dan dekat.ikhlas dari keluarga hj mohamed annuar bin zainuddin.

Jue Bidin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jue Bidin berkata...

WAALAIKUMUSSALAM..NURUL HUSNA
SELAMAT HARI RAYA..HARAP MASIH BELUM TERLEWAT
SEMOGA SUATU HARI NANTI KITA DAPAT BERTEMU...

JUE BIDIN DAN ZURAINI ADALAH ORANG YG SAMA

sitimunirahzainalabidin.blogger berkata...

Hai...
Saya cicit wan chik ariffin...
Amirul tu sepupu saya... paksu shamil tu paksu saya.. adik kepada mak saya.. Suhana binti Ahmad Yusoff.
Selamat berkenalan semuanya.

Unknown berkata...

Assalamualaikum, maafkan saya, sya xbrpa stju dgn knytaan bhwa pnglima meh adlh seorg pnjyh... Ya mungkin di mta british dn konco2 nya ttpi tidak bg mlyu yg trtindas di blik pulau... Pnglima meh mnntang org inggeris... Ini bukan rekaan ttpi cerita drpda bbrpa org2 tua di blik pulau trmsuklah arwah tok sy sndri...

Unknown berkata...

Assalammualaikum wbt, moga sihat semua saudara jauh di mata.. Abah sy HJ annuar, sedang mencari kubur Tajuddin Ariff ..jika ade sapa2 yg tahu boleh laa inform dekat saya.. Terima kasih