Sebaik sahaja selesai merasmikan program gotong royong di Kuala Betong, saya bergegas untuk bersama-sama dengan Y. Bhg. Dato Badaruddin, Pengerusi FAMA ditapak pasar Tani Balik Pulau berdekatan dengan Pasar Awam Balik Pulau.
Saya telah dimaklumkan bahawa jumlah jualan Pasar Tani Balik Pulau agi tahun 2009 adalah berjmlah lebihkurang RM 950,000.00. Dan dalam tahun ini sahaja sehingga bulan Mac, jumlah jualan hampir mencecah RM 250,000.00. Ianya satu jumlah yang besar, jika diukur dari segi perbelanjaan masyarakat Balik Pulau di Pasar Tani. Kita berharap, pada tahun ini pasar tani ini akan dapat mencapai jualan sasaran sebanyak RM 1.00 Juta.
Saya berharap lebih ramai lagi anggota masyarakat Balik Pulau yang akan terlibat dalam mengeluarkan produk untuk dijualkan dipasar-pasar tani diseluruh Pulau Pinang. InsyaAllah, Pasar Tani ke-dua di Balik Pulau akan dibuka sedikit masa lagi di perkarangan Tapak Letak Kereta Msjid Daerah Balik Pulau. Selamat Berniaga. Pertanian Adalah Perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan