Isnin, 5 April 2010

PENYAMPAIAN AKHBAR NIE DAN DIGITAL DICTIONARY


Program : Majlis Penyerahan Akhbar NIE dan Kamus Digital
Tempat : SK Titi Teras
Tarikh : Isnin, 5 hb. April, 2010
.
Pagi ini saya telah bersama-sama dengan Guru Besar -Guru Besar dari semua sekolah dalam KADUN Pulau Betong, Sekolah Kebangsan dan Sek. Jenis Kebangsaan (Cina) serta guru-guru bahasa Inggeris.
.
Program akhir dalam bilik darjah atau NIE dengan kerjasama akhbar NST telahpun dilaksanakan selama 6 tahun. Kalau mengikut perangkaan pencapaian dalam keputusan peperiksaan UPSR, memang jelas keberhasilannya. InsyaAllah, program ini akan diteruskan ditahun-tahun akan datang. Disamping program NIE ini, saya telah menambah satu lagi kemudahan pengajaran kepada kesemua sekolah rendah (berjumlah 11 sekolah kesemuanya), iaitu dengan memberikan kemudahan kamus digital keluaran 'Besta' untuk digunakan oleh guru-guru dan murid-murid.
.
Jumlah kesemua peruntukkan untuk kedua-dua program ini adalah RM 15,000.00. Saya juga bersetuju untuk menyumbang RM 1,000.oo untuk setiap sekolah dan disalurkan melalui PIBG. Jumlah keseluruhan RM 26,000.00. Mudah-mudahan akan dapat membantu perjalanan sekolah, guru-guru dan para pelajar. Saya bersyukur kehadrat Illahi dengan kepimpinan YAB Dato Seri Najib yang memungkinkan penyaluran kewangan sebegini untuk rakyat.













1 ulasan:

UrbAnWiTch berkata...

YB awat dah kurus..?
jaga kesihatan..
harus sihat utk berkhidmat!