Ahad, 27 Disember 2009

Malam Karyawan Balik Pulau

Program : Malam Karyawan Balik Pulau oleh BASKEB
Tarikh : 26hb. Dis. 2009
Bertempat : Dewan SERI, SMK Seri, Balik Pulau
.

BASKEB telah sekali lagi mempersembahkan satu program yang mempertontonkan persembahan kebudayaan oleh anggota masyarakat Balik Pulau. BASEB yang telah ditubuhkan dalam bulan Mei, 2005 telah berjaya menambahkan lagi pengiat seni di daerah Balk Pulau ini.

Dibawah kepimpinan Pn. Azura, kumpalan tari yang di anggotai oleh anak-anak masyarakat kita dalam peringkat sekolah rendah dan menengah rendah telah berjaya menjalani latihan selama setahun, dan kini mereka telah berjaya membuat persembuat yang mempersonakan. Mereka sering mendapat undangan untuk membuat persembahan dimajlis-majlis.

Begitu juga dengan kumpulan kugiran D-Baskeb yang dipimpin oleh sdra Hussin juga telah bertambah keanggotaannya dan kini mereka mempunyai dua kumpulan. Kumpulan remaja perempuan yang telah berlatih selama lebih kurang dua tahun kini juga bleh membuat persembahan yang baik dan boleh ketengahkan. Sesunggunya kejayaan kedua-dua kumpulan ini adalah kerana komitment yang tinggi daripada tenaga pengajar, kepercayaan ibubapa kepada program ini dan juga usaha yang berterusan oleh para pelajar. TAHNIAH ! kepada anda semua.

Beberapa program telah saya rancang untuk aktibiti tahun depan, antaranya pada bulan Februari - Program Rantau Budaya bersama dengan pihak USM, Matra Buana ke-2 pada bulan Julai, Ambang Merdeka pada bulan Ogos, Battle of the Band pada bulan Mei dan Malam Karyawan ke-2 pada bulan Disember. Disamping itu, gelanggang-gelanggang silat akan terus dibuka, kelas musik keronong akan juga dibuka jika ada permohonan dan pemain musik yang berminat.
.
Saya berharap akan wujud lebih ramai lagi sukarelawan yang berminat untuk aktibiti kemasyarakatan di kawasan kita, tidak kira apalah bentuk minat dan bidang yang ada dan perlu diaktifkan disini. Terima kasih atas kerjasama oleh Tn. Hj. Yusof Hassan, Pengerusi BASKEB dan semua AJKnya.
.
SELAMAT MENYAMBUT 2010. KEARAH BALIK PULAU LESTARI.

Tiada ulasan: