Selasa, 22 Disember 2009

Kursus Jangka Pendek di Yokohama National University

Kursus Jangka Pendek di Yokohama National University (YNU)
Tarikh : 3hb. Dec hingga 12hb. Disember




Saya telah diberi peluang untuk menghadiri satu kursus International Environmental Leaders Training Program For Sustainable Living with Envronmental Risk di YNU. Kursus ini adalah dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Terima kasih USM kerana telah memilih saya untuk berkursus. Dah lama tak menjadi pelajar, terasa seronok jugak bertemu dengan para ilmuan di YNU. Saya dapat berkongsi pengalaman dan menimba ilmu baru.
.
Saya telah diberi peluang untuk membuat pembentangan di United Nation Universiti (UNU) mengenai kajian saya. Walaupun singkat, tetapi pendedahan sedemikian cukup bermakna. Begitu juga peluang memberi syarahan kepada pelajar-pelajar peringkat Master dan Phd. di YNU juga adalah satu pengalaman baru.
.
Lawatan-lawatan ke program 'Satoyama', Yokohama City Government, dan tempat-tempat lain yang mempunyai perkaitan rapat dengan kehidupan dan pembangunan lestari adalah diantara pengalaman baru yang membuka mata. Tentunya semua pengalaman baru itu akan dapat membantu saya dalam agenda saya untuk memajukan lagi masyarakat Balik Pulau keseluruhannya dan merangka sebuah pembangunan yang lestari (sustainable development) di Balik Pulau dalam ertikata yang sebenar.
.


3 ulasan:

Ahmad Shafri berkata...

Assalamualaikum,
Harap penyertaan YB dlm kusrus ini dapat menambah ilmu bagi saorang wakil rakyat yg dapat dimunafaatkan dlm perbincangan di Dewan Negeri.Pada hemat saya dewan perlu ahli-ahli yg berilmu serta pengalaman luas utk menjana perbincangan dan menghasilkan keputusan2(Undang2)yg berkualiti utk kebaikan rakyat.
Tahniah kerana memberi keutamaan kepada ilmu
Sahabat Lama, SHAFRI

ADUN PULAU BETONG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ADUN PULAU BETONG berkata...

Wa'alaikumsalam Dato',
Terima kasih atas dorongan dan semangat Dato'. Saya kesana sebagai memenuhi jemputan Yokohama Natonal University dan merupakan sebahagian daripada kursus saya seagai pelajar USM.