Isnin, 1 Jun 2009

PERASMIAN KUMUDA

Tarikh : 30hb. Mei, 2009 :
Bertempat : Bengkel KUKAM, Kampung Perlis, Balik Pulau

Tanggal 30hb. Mei, baru-baru ini, sebuah lagi Koperasi telah berjaya diwujudkan di kawasan Balik Pulau ini. Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang atau ringkasnya KUMUDA telah berjaya mengadakan mesyuarat penubuhan koperasi yang pertama, yang turut dihadiri oleh dua orang pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri, FAMA, RISDA dan juga Agro Bank.
.
Saya ucapkan tahniah dan terimakasih kepada ahli-ahli KUMUDA yang mempunyai keyakinan kepada gerakan Koperasi. Saya juga mendapat maklum, terdapat beberapa lagi koperasi yang telah ditubuhkan dalam tahun ini seperti Koperasi Agro Sg. Rusa Berhad, Koperasi Pemuda Permatang Pasir Berhad dan juga KOBERA Pulau Betong, KOBERA Teluk Bahang dan KOBERA Bayan Lepas. Usaha-usaha juga sedang dibuat untuk menubuhkan Koperasi Otomotif Balik Pulau Berhad sedikit masa lagi.
.
Saya berkayakinan penuh bahawa KUMUDA yang merupakan sayap kepada Kelab Usahawan Sosial yang mempunyai keahlian melebihi 100 orang berupaya untuk muncul sebagai sebuah koperasi yang berjaya, InsyaAllah.
.
Untuk menimbulkan keyakinan dan semangat ahli baru, maka bengkel KUKAM (Koperasi Usaha Kampung Balik Pulau Berhad) telah dijadikan tempat bermesyuarat. Mudah-mudahan kejayaan KUKAM dapat menjadi contoh positif kepada kepada ahli baru.
.
Sebagai maklumat tambahan untuk pembaca dan untuk renungan dan ransangan untuk menjadi koperator, sila lihat kepada beberapa angka dibawah, bagi Negeri Pulau Pinang :
.
(i). Bilangan Koperasi
Bilangan koperasi yang ditubuhkan : 262 buah dalam tahun 2004 meningkat kepada 312 buah koperasi pada tahun 2007 (angka baru sehingga 2008, tidak diperolehi)
.
(ii). Bilangan Ahli
Bilangan ahli koperasi : 157,493 orang pada tahun 2004, bertambah kepada 169,785 orang dalam tahun 2007
.
(iv). Jumlah Modal
Pada tahun 2004 : berjumlah RM213,175,803. Pada tahun 2007meningkat kepada : RM360,207,896.
.
(v). Jumlah Aset
Pada tahun 2004, jumlah aset koperasi : RM693,961,397. Pada tahun 2007 : RM885,031,326
.
Sebagai seorang koperator yang menyokong dan mendukung kuat gerakan koperasi dinegeri ini, saya amat berkeyakinan bahawa koperasi adalah salah satu cara yang berupaya menyemai semangat keusahawanan dikalangan masyarakat luarbandar, malahan berupaya menjadi alat penting untuk membasmi kemiskinan.

Semuga KUMUDA menjadi sebuah koperasi yang menjadi contoh kepada koperasi lain. 'A towering cooperative !?' Selamat berkeperasi. Saya bersama anda semua.

1 ulasan:

NaS berkata...

pejam celik dah setahun usia KUMUDA bulan ni...

perlu program yang mantap utk gerakkan koperator terlibat. nak kena bincang ngan YB tak lama lagi bila senang.