Sabtu, 23 Mei 2009

BENGKEL PEMBANGUNAN DESTINASI PELANCUNGAN 2009

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
Tarikh 18-19 Mei, 2009

Saya telah dijemput untuk membentang satu kertas kerja bertajuk : Pengurusan Homestay Sebagai Satu Produk Pelancungan, pada bengkel ini. Sebagai Pengerusi Persatuan Homestay Pulau Pinang, saya telah menerima jemputan tersebut, untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan dalam program homestay (inap-desa) yang semakin mendapat perhatian Kemeterian Pelancungan dan masyarakat. Sejak dari awal tahun, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah melangkah untuk turut bersama mempromosikan program homestay dikalangan koperator-koperator diseluruh negara.

Elok rasanya saya berkongsi sedikit pengamatan dan pengetahuan saya tentang program ini, mudah-mudahan manfaat dapat diterima, dihayati dan dikongsi bersama untuk kesejahteraan masyarakat kita.

Artikel kali ini agak panjang, diharap tidak menjemukan saudara dan saudari untuk terus membaca.

1.0 Sektor Pelancungan Secara Umumnya

Industri Pelancungan adalah salah satu daripada pemacu ekonomi yang utama di Malaysia.

Dalam tahun 2008, jumlah kedatangan pelancung adala 22.05 million dan pendapatan adalah sebanyak RM 49.5 billion (USD 13.4 billion). Jumlah ini adalah merupakan 5.5% pertambahan dalam kedatangan pelancung dan juga memberikan pertambahan pendapatan sebanyak 7.6% berbanding dengan tahun 2007.

Kerajaan Malaysia hari ini memberikan penumpuan kepada keberadaan alam semulajadi untuk mempromosikan eko-pelancungan, pelancugan desa dan juga pelancungan pulau.
Fokus sekarang juga memberikan perhatian yang lebih kepada pembanguan pelancungan kebudayaan (cultural tourism), pelancungan warisan (heritage tourism) dan juga pelancungan etnik (ethnic tourism).

2.0 Kenapa Malaysia ?

a. Malaysia Truly Asia.
pelbagai kaum – integrasi dan asimilasi antara kaum Melayu, Cina, India dan kaum etnik yang lain
b. Negara yang kaya dengan tradisi kebudayaan dan adat resam;
c. Prasarana moden dan menyeluruh
d. Destinasi yang bernilai berpatutan i.e. “Value-for-Money”;
e. Negara yang selamat dan berkestabilan politk
f. Kedudukan strategik
g. Terletak di persimpangan Asia Tenggara, dimana Malaysia Airlines terbang ke lebih 100 destinasi merentasi 6 benua. 44 buah syarikat penerbangan antarabangsa juga terbang ke Malaysia dan beberapa negeri.
h. Banyak tarikan semulajadi dan warisan
i. Makin terkenali sebagai sebuah destinasi pelancongan dan MICE;
j. Berpengalaman dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa;

3.0 Apa itu homestay?

Definasi

Sebuah program dimana pelancung tinggal dengan keluarga angkat ( Tuan Rumah dan keluarganya).
(Nota : berbeza dengan Bed & Breakfast dimana pelancung tidak tinggal dengan keluarga angkat. Tinggal di Chalet juga bukan Homestay)

Dengan cara ini, pelancung berpeluang untuk :
a. Mengenali, mengikuti, mempelajari dan mengecapi cara kehidupan seharian keluarga angkat
b. Melihat dan mempelajari aktibiti seharian kehidupan masyarakat setempat
c. Berinteraksi dengan masyarakat setempat
d. Mempelajari adat resam dan kebudayaan masyarakat setempat

4.0 Sejarah dan Pencapaian

Dilancarkan diperingkat nasional pada tahun 1995, bertempat di Temerloh, Pahang

Sehingga April 2009, Program Homestay Kebangsaan melibatkan penyertaan seramai 3146 peserta (rumah) dari 138 Homestay dengan 4041 Bilik diseluruh negera (termasuk Sabah dan Sarawak)


Jumlah pendapatan dari program Homestay seluruh Negara, mengikut tahun, adalah seperti berikut :

Tahun 2006 : RM 206,360.00
Tahun 2007 : RM 4,923,433.00 ( + 96% )
Tahun 2008 : RM 6,393,676.00 ( + 23% )

5.0 Objektif : Kenapa Homestay ?

Homestay : Projek Serampang Dua Mata

Dari Kacamata Kerajaan

a. Menawarkan perkhidmatan pelancungan alternatif dengar kadar harga yang kompetitif
b. Menambah pendapatan masyarakat luar bandar
c. Menerapkan nilai keusahawanan pelancungan (diluar bandar)
d. Membuka minda masyarakat melalui kursus-kursus.
e. Memantapkan semangat kerjasama, perpaduan dan hormat-menghormati antara anggota masyarakat.
f. Membasmi Kemiskinan

Dari Kacamata Masyarakat

a. Berupaya memberikan sumbangan tambahan kepada pendapatan keluarga.
b. Membolehkan produk baru dalam kampong diketengahkan dan membuka pasaran baru.
c. Membuka peluang pekerjaan baru kepada masyarakat, secara langsung atau tidak langsung.
d. Memperkenalkan kebudayaan, makanan, aktibiti harian kepada pelancung
f. Berkenalan dan membuka minda masyarakat tentang masyarakat dari bahagian lain didalam dunia; termasuk mengenali kebudayaan asing.
g. Mendapat peruntukkan-peruntukkan tertentu daripada agensi-agensi kerajaan.
h. Berpeluang menambah ilmu baru melalui penyertaan didalam kursus-kursus yang dianjurkan.


6.0 Homestay dan kelestarian Masyarakat

Community-Based Tourism (CBT) atau Pelancungan Berasaskan Komuniti adalah dilihat sebagai satu kaedah pelancungan yang membawa impak yang terus kepada masyarkat setempat, yang berupaya membasmi kemiskinan dan memberi peluang pekerjaaan kepada masyarakat desa terutamanya wanita dan belia.

Pelancungan jenis ini semakin popular dikalangan pelancungan yang mahukan pengalaman baru yang mempunyai element pelajaran yang tinggi.

Program Homestay adalah Community-Based Tourism atau Pelancungan Berasaskan Komuniti. Ianya dilancarkan dalam tahun 1995 oleh Kementerian Pelancungan dengan hasrat untuk memberikan peluang kepada pelancung untuk mempelajari cara hidupo masyarakat kampong.

Program Homestay atau Inap-Desa ini adalah program pelancungan berskala kecil, fleksibel dan dipunyai dan dijalankan sendiri oleh masyarakat kampong.

Oleh kerana sifat homestay yang bersandarkan Pelancungan Berasaskan Komuniti, maka keuntungan yang dinikmati adalah terus kepada komuniti, tanpa menjejaskan nilai dan cara kehidupan mereka seharian.

Memandangkan program Homestay ini berupaya memberikan penambahan pendapatan kepada mesyarat, jumlah kampong-kampung yang menyertai program Homestay juga semakin meningkat.

Sehingga kini April 2009, terdapat 138 kampung homestay dengan penyertaan oleh 3,146 perserta, Kementerian Pelancungan telah menyediakan peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-9 sebanyak RM40 Juta untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan kepada kampong-kampung yang mengambil bahagian. RM 200,000.00 bagi satu kawasan parlimen dan RM 50,000.00 bagi satu kawasan DUN. Disamping itu, turut diberikan maksimum RM 5,000.00 one-off grant untuk membaiki bilik air dan RM 15,000.00 matching grant untuk menaik taraf bilik penginapan (tertakluk kepada syarat iaitu telah 3 tahun beroperasi dan akan kekal beroperasi sekurangnya 3 tahun selepas bantuan).

Sebagai tanda sokongan kerajaan kepada program homestay ini, Dalam Pakej Ransangan ke-Dua Negara, program homestay telah diberikan suntikan tambahan senyak RM 10 juta. Kerajaan berpendapat bahawa, program homesta mampu untuk menambahkan pendapatan masyarakat kampung terutamanya diluar Bandar.

Progam Pelancungan Berasraskan Komuniti ini telah mendapat sokongan bukan sahaja daripada Kementerian Pelancungan, malahan daripada agensi dan kementeria lainnya seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Begitu juga pihak Institut Kemahiran Desa (INFRA), Kementerian Pertanian dan Asas-tani, USM, UTM, UiTM turut menjalankan program pembangunan modal insan dan latihan untuk menambahkan pengetahuan tentang skil pengurusan dan kualiti perkhidmatan kepada Homestay sediaada dan juga homestay baru yang mahu ditubuhkan.

Jumlah pendapatan daripada program Homestay juga semakin meningkat.
Selain daripada itu, terdapat juga kebaikan yang bukan kewangan (non-monetary benefits) seperti merapatkan hubunan diantara anggota masyarakat, menaikkan rasa bangga anggota masyarakat, semangat kerjasama, kecerian kampong boleh mengurangkan gejala social remaja.

Program Homestay juga adalah satu kaedah membasmi kemiskinan yang efektif.

7.0 Masaalah-masaalah Yang Sering Diperkatakan Tentang Program Homestay

i. Promosi
Promosi dan pemasaran tidak mencukupi dan masih di perlukan?
ii. 4P’s masih menjadi hambatan?
i.e. Product, Price, Place, Promotions
iii. PEST kekal sebagai penghalang?
i.e. Political , Economical, Social, Technological
iv. Pakej Yang Ditawarkan tidak menarik
v. Tarikan kurang Menarik dan kreatif
vi. Setiap kampung dan produk juga perlu unik dan berbeza
Harga
v. Pembangunan sumber manusia harus dipertingkatkan kepada Pemilik rumah, Pemimpin homestay dan masyarakat Anggota masyarakat
vi. Pengurusan Pentadbiran yang membabitkan Kampung dan Persatuan Homestay harus diperkemaskan
vii. Pengurusan Kewangan perlu dimantapkan
ix. Infrstruktur Kampung perlukan ditambah dimana yang perlu
x. Papan Tanda Kampung dan Tanda arah Pelancungan
xi. Capaian /Kaedah perhubungan ke kampong homestay (Accessibility)

8.0 Ciri-Ciri Perlu Ada

8.1 Kampung Homestay

i. Infrastruktur asas
ii. Bersih
iii. Selamat
iv. Capaian /Kaedah perhubungan ke kampong homestay (Accessibility)
vi. Lanskap
vii. Papan tanda
viii. Produk, eg : Makanan, Kraftangan, Kebudayaan dan Permainan Tradisi

8.2 Rumah Homestay

i. Zahir Bersih, meliputi Bilik tidur, Bilik Air, Keseluruhan dalaman rumah, Luar dan persekitaran rumah dan Kumbahan
ii. Bau bersih, termasuklah Bau Cadar dan selimut, Bauan bilik, Bau cawan, gelas etc. dan juga
kebersihan diri
iii. Selamat
iv. Tenteram dan bersefahaman
v. Layanan dan kemesraan
vi. Makanan bersesuaian


9.0 KITA DAN PRODUK HOMESTAY

1. Penilaian produk dari kacamata kita dan kacamata pelancung adalah berbeza
(Madu untuk kita mungkin racun untuk orang lain!)
2. Setiap pelancung berhak kepada kelainan produk
3. Mereka produk mengikut citarasa individu/kumpulan pelancung dan bukan sama untuk semua; Produk kita untuk siapa? Perlu disusun mengikut Umur, Negara Asal, Latarbelakang dlln.
4. Harus tahu produk yang lain; antaranya Harga pakej , Pengisian pakej dan Keunikan pakej

10.0 ANALISA SWOT PROGRAM HOMESTAY

A. KEKUATAN
. Membuka pelang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar
. Menambah pendapatan
. Membasmi kemiskinan
. Memberi peluang kepada wanita dan belia/beliawanis untuk terlibat
. Melahirkan jatidiri dan perasaan keempunyaan
. Melahirkan rasa bangga anggota masyarakat
. Merapatkan hubungan antara anggota masyarakat
. Mengurangkan penyakit sosial dikalangan remaja dalam masyarakat
. Melahirkan usahawan kecil-kecilan dalam masyarakat dan berpotensi berkembang

B. KELEMAHAN
· Kurang pendedahan dan kurang kefahaman tentang perniagaan pelancungan
· Tidak ada ‘economies of scale’
· Kekurangan modal dan sifat keushawanan
· Kekurangan skil untuk berkomunikasi
· Terlalu bergantung kepada pertolongan luaran
· Pengurusan yang lemah
· Ketiadaan atau kekurangan jaringan dengan pemain industri pelancungan
· Servis yang tidak berkualiti
· Kurang prihatin kepada persekitaran

C. PELUANG
· Memberikan peluang untuk menambah pendapatan keluarga
· Membuka peluang baru untuk masyarakat usahawan desa
· Mengajar dan belajar kebudayaan tetamu dan keluarga angkat
· Meneruskankan kesinambungan kebudayaan, persekitaran, warisan dan nilai murni kehidupan harian masyarakat kampung.
· Memperkuatkan jati diri dan keyakinan diri
· Berpeluang mengangkat martabat Homestay menjadi produk pelancungan utama

D. ANCAMAN
· Kemungkinan masyarakat kampung hilang kawalan dan eksploitasi oleh orang luar
· Penyusutan kualiti alamsekitar dan persekitaran
· Perpecahan antara anggota masyarakat dan nilai kemasyarakatan
· Prasangka agihan pendapatan tidak adil

“PENGALAMAN MENARIK DAN MEMORI INDAH PELANCUNG MATLAMAT KAMI” ...... Perlu ditanam dan dijadikan matlamat pada setiap peserta Homestay supaya yang telah datang akan kembali, yang akan datang akan mengenali.

11.0 MATLAMAT TERSIRAT

i. Menyediakan kediaman yang kondusif untuk membesarkan anak-anak yang bakal menjadi generasi harapan masa depan mewarisi Malaysia bumi tercinta.
ii. Menyedia platform untuk meneruskan kesinambungan penghayatan dan persembahan tradisi budaya dan keraftangan.
iii. Mewujudkan pembangunan yang lestari bagi masyarakat luar Bandar.
iv. Peruntukkan kerajaan lebih mementingkan kemaslahatan masyarakat ramai berbanding dengan individu; homestay adalah pendekatan bijak.
v. Mengiringi Program pembasmian kemiskinan masyarakat luar Bandar

Terima kasih kepada kesemua 200 buah rumah di 9 kampung homsetay di Pulau Pinang yang telah memberi sokongan dan kerjasama selama ini.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk ucapkan 'Selamat Hari Ibu' dan "Selamat Hari Guru". Muga jasa-jasa kalian dibalaskan dengan pahala dan syurga jua. Muga kehidupan kalian dan keluarga sentiasa dibawah payungan rahmat Illahi. Amin.

Tiada ulasan: