Khamis, 7 Mei 2009

UCAPAN PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH TIMUR LAUT

Tarikh : 30 April, 2009.
Tempat : Hotel Gurney

Terlebh dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Majlis Perundingan Belia Daerah Timur Laut kerana sudi menerima kedatangan saya bagi mengantikan YB Dato Seri Hilimi Yahaya ADUN Teluk Bahang yang tidak dapat hadir pada majlis ini kerana terpaksa hadir ke Putrajaya atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
.
Saya ingin menucapkan tahniah kepada Cik Nurul Niza Nasarudin dari Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah Timur Laut.
.
Saya difahamkan bahawa Majlis Perundingan Belia Daerah Timur Laut ini adalah antara yang teraktif diseluruh Malaysia. Tentunya, setiap yang aktif itu memerlukan local champion untuk menyusun pentadbiran, program dan perlaksanaannya. Maka dengan itu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin belia di Timur Laut iaitu Tn. Hj. Rosli Ismail selaku Yang DiPertua Majlis Belia Daerah Timur Laut dan semua bari jawatankuasa MBD Timur Laut yang begitu aktif, sepakat dan komited. Komitment mereka ini, hari ini telah dizahirkan, dan dengan jayanya telah mengadakan program persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Timur Laut disebuah hotel bertaraf 4 bintang ini.
.
Saya yakin dengan gandingan para belia setempat dan juga dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan, NGO, Badan-badan Gabungan Majlis Belia dan Jawatankuasa Majlis Belia, akan menjadikan Majlis Perundingan Belia Daerah Timur Laut ini sebuah badan rujuk yang berkesan dalam menangani masaalah yang berkaitan dengan belia-belia dikawasan ini.
.
Jika kita merujuk kepada buku aturcara yang diedarkan, pada pertemuan kita pada pada hari ini, terdapat 2 kertas kerja akan dibentangkan iaitu, (1) Menangani Isu dan Gejala Sosial Belia oleh Universiti Sains Malaysia dank e (2) Pembangunan Ekonomi Keusahawanan Belia oleh MARA Negeri Pulau Pinang. Saya rasa satu pemilihan tajuk dan pembentang yang bertepatan. Satu kertas membincangkan permasaalahan dan satu lagi membincangkan penyelesaian. Ini adalah kerana, Gejala sosial dewasa ini adalah satu fenomena yang menakutkan. Bukan sahaja menakutkan tapi juga megerunkan. Semakin hari, semakin ia amat membimbangkan. Kalau ianya tidak ditangani dari peringkat awal, berhemah dan berperancangan, saya khuatir yang fenomena ini akan menghasil generasi akan datang yang rosak akhlaknya, goyang pendiriannya, tumpul pemikirannya, gelap masa depannya. Malah, ianya memungkinkan yang kejayaan yang dinikmati oleh Malaysia dan rakyatnya sekarang ini, akan lenyap, hancur dan musnah.
.
Terlalu banyak berita negatif yang saban hari dihebahkan dalam media cetak dan media letronik, antaranya Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, mengugut, dan menubuhkan kumpulan haram, hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Apakah ini adalah ciri-ciri remaja Negara bangsa yang kita mahukan setelah 51 tahun merdeka. Negara telah merdeka, tetapi jiwa remaja dan para belia masik tidak merdeka. Siapakah yang bersalah? Dimanakah silapnya! Saya berharap penceramah-penceramah nanti dalam menyelami persoalan ini dan mencadangkan penyelesaian untuk kita bincang dan tangani bersama.
.
Remaja adalah seorang manusia yang berusia antara 14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara , mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang. Sebabnya itulah kita yang sedar ini perlu membimbing mereka.
.
Budaya hiburan dan ungkapan ´born to be free´ dan ´muda hanya sekali´, sudah sinonim dengan kehidupan remaja kini. Corak Kehidupan di kota-kota besar seperti Georgetown ini, kini seakan menjadi keperluan asas bagi remaja ini. Keperluan ini pula secara langsungnya, menghidupkan dan menyuburkan lagi kewujudan pusat-pusat hiburan. Malah, akibat daripada ´sokongan padu´ yang ditunjukkan oleh remaja ini merancakkan lagi pusat-pusat hiburan ini memanjangkan lagi waktu operasinya sehinggakan ke dinihari. Mereka alpa dan lupa tentang pelajaran mereka, pekerjaan mereka, keluarga mereka dan kehidupan mereka sendiri. Mereka terlalu asyik dengan kenikmatan duniawi mereka. Mereka tidak dapat mengawal perasaan ingin tahu dan ingin mencuba, mereka mudah terpengaruh dengan Rakan Sebaya, mereka dahagakan keseronokkan, mereka terikut-ikut dan terpengaruh dengan lambakan negative dari Media Massa dan juga turut tersasar kerana sikap keluarga mereka sendiri yang langsung tidak mengambil berat tentang mereka.
.
Sesungguhnya, mereka boleh bebas, tetapi dalam kerangka kebebasan bertanggungjawap atau obligatory freedom. Mereka perlukan panduan dan bimbingan. Maka, saya berharap yang Majlis Perundingan ini yang turut dianggotai oleh 53 orang anggota akan dapat memainkan peranan yang berkesan dan beterusan. Dengan adanya 3 orang ahli pakar rujuk dari USM, MARA dan Polis, saya berkeyakinan yang majlis ini dapat mencapai matlamat penubuhanannya.
Dengan adanaya kerjasama antara agensi kerajaan dan badan sukarela akan dapat mengerakkan komuniti di daerah ini. Lebih banyak bengkel-bengkel dan seminar perlu diadakan untuk memantapkan lagi institusi keluarga yang menjadi tunggak kepada perkembangan para belia.
.
Pesanan dari Rasulullah s.a.w dengan Sabda yang bermaksud:“Bauan syurga adalah di tangan para belia.” Pepatah Melayu mengatakan : “Pemudi tiang Negara, Pemuda harapan Bangsa”

Tiada ulasan: