Tarikh Program : 31hb Januari, 2009
Alhamdulillah, majlis pelancaran Persatuan Homestay Pulau Pinang telah selamat dilancarkan oleh YB Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pelancugan di Kampung Jalan Bharu. Sambutan adalah diluar jangkaan. Kenduri dibuat ala kampung dengan lauk pauk yang sedap dan mendapat pujian pelawat dari luar.
Kampung-kampung homestay di Pulau Pinang adalah :
1. Kampung Jalan Bharu
2. Kampung Pulau Betong
3. Kampung Teluk Bahang
4. Kampung Mengkuan Titi
5. Kampung Sg. Chenaam
6. Kampung Sg. Duri
7. Kampung Sg. Setar
8. Kampung Sg. Sembilang
9. Pulau Aman
Kesemua 9 kampung ini menawarkan sejumlah 200 rumah yang telah dilesenkan oleh Kementerian Pelancungan sebagai rumah homestay yang memenuhi kehendak dan keperluan ataupun piawaian yang telah ditetapkan.
Sejumlah RM 2.00 Juta telah dibelanjakan untuk membaikpulih rumah dan melengkap rumah-rumah dalam kampung-kampung yang berminat untuk melibatkan diri dalam program homestay ini. Kini kesemua rumah homestay telah di dibaiki dengan tandasnya ditukar kepada jenis duduk, lantai bilik airnya berjubin dan bersiling lengkap dengan keperluan bilik air seperti sebuah hotel. Begitu juga, bilik-bilik tidur telah dibaiki dan dilengkapkan dengan 2 buah katil single, lengkap dengan tilam mengikut spesikasi hotel, meja solek dan almari pakaian. Selain dari itu, setiap rumah juga dilengkapkan
dengan cadar, sarong bantal dan dipadankan dengan tirai sedondon (bersamaan dalam corak batik), tuala badan dan tuala muka juga mengikut spesifikasi hotel. Dengan kelengkapan-kelengkapan yang diatas, jika tidak keterlaluan, saya boleh tarafkan rumah homestay dinegeri ini sebagai bilik-bilik homestay 4 ke 5 bintang.
Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kenapa saya secara peribadi amat menyokong program homestay dan
bersusah payah menjaganya. Selain daripada homestay sebagai produk pelancungan, yang tersirat disebalik program ini adalah soal yang berhubung kait dengan pembangunan umah, baik dari sudut fizikal maupun mental. Rumah-rumah homestay adalah rumah-rumah yang cuci bilik airnya, teratur bilik tidurnya, bersih keseluruhan rumahnya, dan cantik persekitaran rumahnya. Ciri-ciri ini amat perlu jika kita mahu melahirkan anak-anak generasi yang sihat pemikirannya, cemerlang pendidikannya dan positif tentang kehidupan mereka. Jika rumah-rumah dalam sesebuah kampong mempunyai element-
element ini, saya yakin masyarakat didalam kampong itu adalah masyarakat yang berfikiran positif, sihat dan berupaya melahirkan modal insan yang cemerlang. Dengan kata lain, program homestay dan rumah-rumah homstay berupaya untuk menjadi pendorong kepada pembentukan satu kehidupan yang kondusif, yang berupaya melahirkan generasi yang cemerlang. Bayangkan, kalau rumah mereka sempit, kotor, berselerak, dan berbau, mampukah mereka melahirkan anak-anak yang cemerlang, berfikiran positif standing dengan anak-anak pekan
yang serba lengkap. Mereka adalah sebahagian dari saya dan kita, dan saya dan anda semua adalah sebahagian dari mereka. Impian saya adalah, rumah-rumah yang menjadi rumah homestay ini akan dicumburui oleh rumah-rumah lain dalam kampong itu dan mudah-mudahan rumah-rumah lain juga mahu meniru dan seterusnya mempunyai kualiti seperti rumah-rumah homestay ini atau jauh lebih baik lagi, InsyaAllah.