Dalam pencarian saya untuk mencari Sejarah Awal Balik Pulau, saya telah dihubungi oleh seorang pengkaji sejarah yang begitu prihatin. Beliau telah menghantar tulisan berikut yang dikarang berdasarkan kajian yang beliau buat sendiri. Kepada rakan-rakan di balik Pulau elok kiranya dibaca tulisan berikut dan memberi pandangan-pandangan lain sekiranya ada. Saya juga berharap, tulisan berikut adalah sebagai pembuka jalan untuk kita bersama-sama menulis semula sejarah Balik Pulau ini. Bersama dengan PERADABAN, kita akan menghimpun semua sejarah, yang kecil mahupun yang besar, sungai mahupun rumah, bagi kampung mahupun daerah, dan sebagainya sehingga terbitnya BUKU : BALIK PULAU - SEJARAH DAN WARISAN.
.
Ayuh kita mulakan ..... :
.
BAHAUDDIN HAJI BIN ABDUL HAMID adalah seorang hartawan yang paling terkenal di kawasan Balik Pulau semasa zaman awal penjajahan British. Beliau mewarisi kekayaan daripada datuknya seorang pedagang India Muslia bernama Bapu Alauddin Meera Hussein Lebai.
.
Datuknya menjadi wakil Sultan Abdullah Mukarram Shah (Sultan Kedah pada ketika itu 1773-1797). Beliau dengan restu sultan ditugaskan untuk memandu dan membawa Kapten Francis Light mendarat di Tanjong Penaga Pulau Pinang pada 11 Ogis 1786.
.
Keturunan beliau sangat rapat dengan British. Daripada keturunan beliaulah British melantik majistret, penghulu dan ketua-ketua masyarakat. Keturunan Bapu Alauddin mendapat banyak manfaat daripada British dalam urusan pembukaan dan pendaftaran tanah-tanah baru di kawasan George Town dan Balik Pulau.
.
Di kawasan George Town keturunan Bapu Alauddin yang berkuasa ialah cucunya Mohamad Ariff. Beliau seorang hartawan yang termasyur pada abad ke 19.
.
Datuk Bahauddin atau gelarannya Bahauddin Haji menjawat sebagai penghulu pertama yang dilantik kerajaan pada tahun 1860. Perlantikab tersebut berlaku semasa Pulau pInang masih diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris yang hanya berakhir pada tahun 1867 dan seterusnya di bawah penjajahan British sehingga 1918. Belliau menerima jawatan itu tanpa sebarang gaji. Khidmat tersebut dibuat secara percuma sebagai amal bakti kepada masyaratkat yang memerlukan pentadbir yang cekap.
.
SALAHSILAH KETURUNAN BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI
(Pedagang Sebelum 1786 di negeri-negeri Melayu Utara terutama kuala-kuala sungai)
.
BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI (ada 2 orang anak - A : Tajuddin Ariff dan B : Abdul Hamid) Keturunan mereka adalah seperti berikut :
.
A :: TAJUDDIN ARIFF > MOHAMAD ARIFF (JUTAWAN DI GEORGETOWN PADA ABAD KE 19) > WAN CHIK ARIFFIN(JUTAWAN ABAD KE 20) > ZAINUDDIN > ABDULLAH
.
B :: ABDUL HAMID > DATUK BAHAUDDIN HAJI (PENGHULU PERTAMA LANTIKAN INGGERIS) > ABDUL HALIM
(1918 - 1923) > MOHD HUSSEIN (D.O. PERTAMA) > JAHARA BEE X MD. NOOR > HJ. NOORDIN
.
Bermula daripada keturunannyalah penghulu-penghulu Balik Pulau yang lain terlantik:
.
Datuk Bahauddin
(Penghulu pertama memegang jawatan 1860 – 1918 : meninggal)
.
Abdul Halim bin Datuk Bahauddin
(Menjawat jawatan 1918 – 1923 : meninggal)
.
Haji Sulaiman bin Mohd Taib bin Datuk Bahauddin (1923 – 1925 :
dipecat oleh DO Balik Pulau bernama Mohamed Hussein sepupu beliau)
.
Cucu beliau menjadi penghulu selama 2 tahun sahaja. Dipecat oleh sepupunya Mohamed Hussein, Pegawai Daerah Balik Pulau pada ketika itu kerana konflik agama dengan masuknya aliran baru Islam yang bertentangan fahaman bermadzhab ke Balik Pulau pada tahun 1925.
.
Corak pentadbiran yang diasaskan British yang memecahkan Pulau Pinang kepada dua daerah utama sejak zaman penjajahan masih dikekalkan hingga kini. Daerah TImur Laut di George Town dan Daerah Barat Daya di Balik Pulau. Pegawai Daerah Balik Pulau yang pertama juga dilantik daripada keturunannya iaitu Mohamad Hussein.
.
Kekayaan beliau ialah dalam bentuk pembuakaan tanah-tanah baru yang diterokai dalam usaha membangunkan sosio daerah Balik Pulau melalui pengenalan tanaman kemersial seperti cengkih dan pala. Tokoh itu bertanggungjawab membawa buruh China untuk mengunsi di mukin Balik Pulau bagi tujuan ekonominya.
.
Punca utama pendapatan Pulau Pinang pada ketika itu ialah sektor pelabuhan menerusi kegiatan eksport dan import. Punca pendapatan kedua menerusi sektor perladangan. Pulau Pinang menjadi tempat pelaburan para pengusaha British dalam bentuk tanaman komersial secara ladang terutama daripada keluarga Brown dan Scott.
.
Sebagai penghulu rasmi yang pertama, Bahauddin Haji berjasa kepada masyarakat setempat melalui berbagai aktiviti dalam bidang social, ekonomi dan undang-undang:
.
1. Beliau memperbaharui dan memperbesarkan pembinaan masjid Kongsi Balik Pulau sehingga menjadi sebuah masjid jamek pada tahun 1882.
.
2. Mengamankan Balik Pulau daripada dikuasai para penjenayah yang diketuai oleh Panglima Meh yang suka merompak orang-orang kaya sekitar Balik Pulau. Beliau bertindak menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai oleh Jemadar Mat Salleh. Berjaya menumpaskan kegiatan menyamun.
.
3. Mengusahakan pembukaan tananh-tanah bukit yang baru untuk ditanam dengan tanaman komersial seperti cengkih dan pala. Sehingga kini Pulau Pinang masih mengeluarkan hasil ini di atas asas yang telah dibangunkannya.
.
Di antara tanaman yang popular pada ketika itu ialah tebu dan kopi. Datuk Bahauddin mempunyai banyak tanah menerusi kuasa yang diberi oleh pihak British sebagai penghulu dan pentadbir tanah.
.
Beliau juga terdedah dengan pemikiran moden bagaimana cara untuk memakmurkan daerah. Menerusi interaksi dengan pihak British beliau menerapkan pemikiran moden menerusi pembaharuan ekonomi. Beliau memperkenalkan tanaman ladang di mukim Balik Pulau dengan memperkenalkan tanaman baru cengkih dan pala.
.
Beliau adalah pengasas pecah Kongsi Balik Pulau diperingkat yang terawal sehingga berkembang menjadi Bandar Balik Pulau. Pengungsi China yang terawal masuk menerusi usaha beliau dan ditempatkan di satu kawasan dinamakan KONGSI.
.
Beliau adalah tokoh pengasas yang mengambil berat dalam bidang social, pentadbiran dan keagamaan. Meninggal duania pada tahun 1918 dan menjawat jawatan penghulu dipegang oleh keturunan beliau sehingga tahun 1925.
.
Datuk Bahauddin menjadi penghulu untuk tempoh yang panjang selama 58 tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun 1918.
.
Tulisan ini adalah hasil kajian : En. Mohd Salleh Yahaya , Mantan Pensyarah Kanan, Institut Pendidikan Guru (IPG) Pulau Pinang.