Khamis, 9 September 2010


Tarikh : Ramadhan, 2010
Tempat : Sekitar Balik Pulau

Seperti tahun-tahun lepas, saya mengadakan program penyampaian sumbangan kepada golongan fakir, miskin dan OKU. Tahun ini, diadakan sebanyak dua kali. Pertama di SK Titi Teras dan kedua di Perkarangan Teratak Warisan di Jalan Bharu.
.
Jumlah penerima di kedua-kedua tempat adalah seramai lebihkurang 320 orang. Selain daripada itu, saya juga telah turun kerumah-rumah untuk menyerahkan sendiri bantuan yang telah disediakan. Disamping itu, sumbangan berupa pakaian kepada anak-anak ibu tunggal juga telah dibuat di Pasar Borong Man di Bayan Lepas dengan kerjasama Pn. Wati. Jumlah nilai sumbangan keseluruhan (wang tunai hamper barangan makanan) melebihi RM 50,000.00, dan jumlah penerima melebihi 450 orang.
.

Saya mendoakan agar, generasi keluarga dan ketiga daripada gololongan fakir dan miskin ini akan dapat mengeluarkan diri dan keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan. Persoalannya, adakah mereka sedar, insaf dan mahu berusaha kearah menganjakkan diri mereka keluar dari belenggu kemiskinan? Hampir kesemua daripada generasi kedua adalah generasi yang telah pergi kesekolah, belajar disekolah rendah dan menengah, tetapi mengapa mereka masih ditahap lama? Kalau adapun perubahan, ianya adalah minima. Adakah pendidikan yang mereka lalui telah gagal untuk merubah diri mereka? Adakah mereka kesekolah kerana orang lain kesekolah, kerana terpaksa? Apakah tidak ada kesedaran dalam diri mereka tentang pentingnya pendidikan dan keinsafan bahawa hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah destini masa depan mereka? Atau mungkin benar, kerana kemiskinan keluarga mereka, mereka tidak diterapkan semangat untuk berjaya dalam pembelajaran mereka?


Sebagai pemimpin, saya perlu berusaha untuk mengubah destini anak bangsa saya. Bantuan dari rakan-rakan yang berjaya amatlah diharapkan. Dan tentunya rahmat dariNYA senantiasa diharapkan.

3 ulasan:

meedarus berkata...

tak sabar nk tengok gambar2 sekita hari terbuka Aidil Fitri 2010 Yb..

Ija berkata...

Rajinnya YB menulis.... Hairan YB boleh buat semua benda dalam 1 hari. ;)

NOORHESHAM BIN BAHARI, PJM, PJK berkata...

sejarah awal balik pulau dikaitkan dengan kehadiran seorang wira sejarah dikenali sebagai panglima mei....kerja beliau menjaga kawasan perairan seluruh " perairan kedah " dimana waktu itu sungai yg terdapat di jalan baharu sekarang adalah laluan bahtera masuk kedaratan sehingga ke sungai titi teras.....disitulah bermulanya sejarah Balik pulau, manakala sejarah UMNO di balik pulau akan saya tuliskan kemudian... saya masih memiliki buku2 mesyuarat dari bekas setiausaha umno yg lama di simpan dalam simpanan saya.wasalam