Judul : Tiada Nokhtahnya
Nukilan : Sr. Muhamad Farid Saad, (disemak oleh Senibayan) 7.7.2010 (Ulang tahun Harijadi)
Dulu moyangku pernah meneroka
dalam musim lalu menyingsing lengan
melebar kaki menakluki jajahan
berkeringat membasahi bumi tak pernah kering
di dada ada mutiara kental tak pernah menyesal
di jiwa ada rimba waja sewangi kemboja
apalah ertinya kalah sedang mereka tak pernah kenal erti payah
tak kenal susah, tak kenal rintang, tak kenal gagal
mereka terus yakin mencari asas ketuanan
merentasi benua dan lautan, mula dipasak tapak bangsa tanpa rungutan
sejarah itu cukup murni dimaknakan dalam jujur pengorbanan
moyangku mula membayangkan masa depan semakin di mercu
akan lahir nanti generasi gemilang anak cucu
dalam segunung harap melihat bangsanya bersatu, bangsanya maju
memikul agama di bahu.
Aku masih ingat pesan ayah
jadilah Melayu yang tinggi bermaruah,
jadilah Melayu yang memberi makna pada dunia
kerana Melayu itu umat amat istimewa
Melayu memimpin bukan dipimpin
memercik hangat dalam merah darahnya
berdenyut deras dalam urat nadinya
tak pernah lupa mengiakan kebesaran Pencipta
dan sesama bangsa Melayu itu laksana aur merindui tebing,
Melayu itu unggul bersantun, unggul bersopan, unggul bersapa
Melayu itu tunduknya resmi padi,tapi pantang diuji
dan Melayu itu cukup yakin dan percaya
Hidupnya menang matinya syurga
Benar kata ayah…
Jadilah seperti moyangmu
putih perjuangannya adalah putih pengorbanannya
tapi hari ini pemimpinku bertanya
Mengapa Melayu mudah lupa ?
Kenapa Melayu selalu alpa, Melayu kerap leka ?
Melayu semakin kalah ,lupa pada sejarah ?
Bijak telahan pemimpinku
Melayu kini bukan seperti Melayu dulu-dulu
Melayu kian berubah mengikut arus nafsu
Walau sakit terguris di kalbu
Walau pedih, pahit dan kelatnya terbuku
Itulah hakikat hidupku
untuk terus hidup menjadi Melayu
Aku tahu bangsaku Melayu tetapi melayu
dalam kusam dan bungkam sirna warna
semakin merudum rupa dan wajah bangsa
semakin tersisih terpisah aturan agama
semakin menjunam mengelunsur nilai dan etika
semakin muram dan murba pusaka kencana
Aku sering menjadi tidak mengerti
untuk menyalahkan yang berlalu tapi sudah berlaku
aku menjadi keliru menjadi buntu
apakah cukup untuk mengeluh berpeluk tubuh
atau menyesal dalam gundah yang tak sudah
menjadi diam, memerhati bulan yang kelam
membiarkan terik mentari membakar jerami
mengundur langkah pasrah dan menyerah, mengalah
Merekakah itu, Melayu itu dalam seribu agenda
yang lantang bersuara, berikhtiar tiada
mengertak melulu, berlalu lesu
berpasakkan salju, mencair sepantas waktu berlalu
pun Melayuku tidak ke mana-mana
tidak ke ke sini tidak ke sana, tidak ke hujung , tidak ke muara
rupanya hangat-hangat tahi ayam jua
berkokok kuat, ekor terpalit jua
cakapnya lain bikinnya tak serupa
akhirnya Melayuku ditertawa
Melayukah aku seperti mereka ?
Merekakah Melayu seperti aku ?
Aku mula sedar yang jauh itu adalalah waktu
masa yang bergerak pantas dan berlalu
yang dekat itu adalah kematian
yang berat itu adalah amanah yang disandarkan
yang berkat itu adalah kesabaran separuh iman
Aku cuma mahu terus berbakti, di bumi ini, milik yang dibangunkan oleh kudrat
dan airmata moyang bunga bangsa. Wiralah mereka, lalu aku akan terus bangun atas ikrar dan sumpah bahawa perjuangan itu adalah amanah dan keyakinan yang berpaksikan kebenaran yang cukup tebal dan kental.
Kebenaran itu adalah suluh dan cahaya kesatuan
Kesatuan itu adalah keakraban memartabatkan bangsa dan ketuanan
Terima kasih ayah...
melahirkan aku menjadi Melayu
untuk melihat diri sendiri
dan Melayu lainnya bersama dan berjanji
menjadi pemimpin dan bukan lagi dipimpin-pimpin
kita tidak pernah lupa tentang kepercayaan
dan kekuatan yang ada dalam diri Melayu
kerana kita sedar bahawa Melayu itu Islam
dan Islam itu Melayu, itulah kebenaran tanpa ragu
selagi keduanya saling menyatu
selagi ada semilir bayu dan awan berlagu,
tiada noktahnya di situ
kita bakal gegarkan persada waktu
dan kembali yakin membina empayar di mercu
bersatulah Melayu
bersatulah Melayu
bersatulah Melayu !

1 ulasan:
Salam YB,
Puisi ini amat komprehensif dan menyentuh sesiapa 'Melayu' yg faham akan masalah kaum melayu itu sendiri... ay pun dalam pencarian kenapa melayu masih 'mudah lupa' dan kurang jati diri dan juga 'drive to succeed' adakah sebab culture nya maca tu atau environment atau fahaman politik tertentu yg buat org melayu ini jadi macam ni... ataupun definasi success bagi orang melayu adalah ... lain dari yg lain... puisi in sgt bermakna.. mungkin dpt dibacakan pada event tertentu...dan dipendekkan untuk mesej yg lebih padat.......
Catat Ulasan