Ahad, 28 Februari 2010
PERARAKAN MAULIDUR RASUL
Sabtu, 13 Februari 2010
MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
Tempat : Dewan SMK SERI Balik Pulau
Tarikh : 13 hb. Februari, 2009
.
Majlis penampaian Anugerah Cemerlang UPSR dan PMR bagi seluruh Bahagian Balik Pulau telah disempurnakan oleh YB Dr. Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran di dewan SMK SERI. Program ini adalah Anjuran UMNO Bahagian Balik Pulau yang merupakan aktibiti tahun Pemuda UMNO dan Biro Pendidikan UMNO Balik Pulau. Turut hadir adalah YB Dato Seri Dr. Hj. Hilmi Yahaya dan YB Syed Ameruddin, serta Pn Hjh. Faridah - Ketua Wanita, Sdra Azian -Ketua Pemuda dan Pn Mariana - Ketua Puteri.
Dalam majlis ini seramai 225 pelajar yang telah mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2009, yang telah mendapat 4A dan 5A, telah diberikan hadiah galakan (Tahun 2008 - seramai 175 orang pelajar). Sementara itu, bagi pelajar PMR pula, seramai 26 orang pelajar yang telah mendapat 6A keatas telah juga diberikan hadiah galakan ( tahun 2008 - 22 orang).
.
Kita mendoakan agar pencapaian diahun ini akan terus meningkat. Terima kasih kepada para pendidik kita yang telah dan akan terus bekerja keras bagi membantu kejayaan para pelajar. Terima kasih juga kepada para ibubapa yang prihatin dan komited.
Rabu, 3 Februari 2010
Isnin, 1 Februari 2010
LAWATAN-LAWATAN DARI UNIPAD DAN YNU
Tarikh : 27hb dan 30hb. Januari, 2010
Tempat : Sekitar Balik Pulau


Kumpulan kedua adalah tenaga pengajar dari Universiti Pandjajaran, Bandung. Sebahagian besar adalah merupakan profesor-profesor yang pakar dalam bidang berkaitan farmasi, perubatan dan juga pertanian. Mereka telah saya bawa ke ladang herba Haruman Hayat untuk melihat beberapa jenis pokok herba yang digunakan dalam perubatan tradisonal Melayu. Kumpulan ini bersama-sama dengan tenaga pakar dari Universiti Sains Malaysia sedang mengambil inisiatif untuk memajukan sektor perubatan tradisional yang mempunyai peluang yang amat cerah untuk dikomersilkan dan juga berupaya meningkatkan ekonomi penduduk desa dikawasan kita ini.