Selasa, 23 Jun 2009

Sambutan Hari Alam Sekitar (World Environmental Day)

Bertempat : ACS Stepping Stone
Tarikh : Ahad, 21h. Jun, 2009

Setiap tahun, diseluruh dunia, kita akan menyaksikan 5hb. Jun disambut sebagai Hari Alam Sekitar atau World Environmental Day (WED). Sepertimana setiap tahun, ACS Stepping Stone, iaitu sebuah pusat harian OKU milik NGO, di kampung Pulau Betong telah mengadakan sambutan WED dalam suasana yang sederhana tetapi cukup meriah.
.
Sekalung penghargaan kepada Dato' Gillian Teh, Pengerusi ACS, Tn. Hj. Hashim - Pengerusi Tempatan ACS Stepping Stone, Aina, Hasra, Akimi, Don & Mylene dan rakan-rakan lain diatas program sambutan yang cukup berjaya. Tentunya, yang paling menarik adalah penglibatan kesemua warga istimewa ACS yang sentiasa ceria dan bersemangat.
.
Selepas masjlis perasmian, sebahagian besar yang hadir telah bersama-sama melontar bebola enzim (bokashi mud balls) kedalam sungai, yang dibuat sendiri oleh sukarelawan dari Jepun, Akimi sebagai tanda pelancaran sambutan disitu.
.
Sejak beroperasi, ACS Stepping Stone telah menjalankan berbagai aktibiti dan program untuk membantu anak-anak golongan istimewa, antaranya mengajar membuat kueh-muah, batik, sulaman dan anyaman, keraf, kertas kitar semula dan dari batang pisang, lilin, sabun dan sebagainya.
.
Saya ingin menyarankan kepada anggota masyarakat Balik Pulau khasnya dan Pulau Pinang amnya untuk meluangkan masa untuk meninjau pusat ini yang terletak dihadapan Sek. Kebangsaan Pulau Petang. Bagi saya, saya akan melawat tempat ini jika saya dalam keadaan yang memerlukan ketengangan kerana dengan berada ditempat ini dan bertemu dan berbual dengan golongan istimewa ini akan memberi keinsafan kepada kita. Benarlah seperti pesanan Arwah Ayahnda saya, bahawa, apabila kita berasa kita susah, ingatlah ada orang yang lebih susah dari kita. Kalau kita rasa diri kita miskin, ada orang yang lebih miskin dari kita. Kalau kita berasa kita senang, ingatlah kepada mereka yang susah kerana dengan mengingati mereka yang kekurangan akan menjadikan kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita.
.
Peliharalah Alam Sekitar Kita.

1 ulasan:

:: @ m e r a l i t y :: berkata...

terima kasih YB atas surat sokongan.. :)