Anjuran : ANGKASA, Pulau Pinang
Bertempat : Hotel Cititel; Tarikh : 13 hb, Jun, 2009

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana diberikan kita semua kekuatan, kesihatan dan ruang masa untuk hadir kemajlis yang cukup bermakna ini.
.
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Angkasa yang telah sudi menjemput saya untuk hadir bersama dan seterusnya merasmikan program petang ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,
Sebagai pemerintah yang bertanggungjawap dibawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib dan kelima-kelima Perdana Menteri sebelumnya, terdapat pelbagai rangkuman usaha-usaha, perbuatan-perbuatan dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan yang bertujuan untuk mengatur, mempengaruhi atau secara langsung menetapkan perjalanan kegiatan-kegiatan eonomi secara langsung dengan satu atau banyak cara. Walaubagaimanapun, tanpa penerimaan masyarakat, apa juga rancangan pihak kerajaan keatas masyarakat tidak akan berjaya. Lantaran itu, peranan kerajaan, peranan anggota pentadbiran dan kakitangan kerajaan, peranan masyarakat, peranan pemimpin masyarakat dan peranan aktivis masyarakat serta NGO amatlah penting dilihat perkaitannya. Setiap aktor yang saya sebutkan ini ada peranannya dalam memastikan kesinambungan kelestarian pembangunan sosio-ekonomi masyarakat dan juga kehidupan.

Oleh yang demikian, apabila saya diberikan tiga objektif seminar oleh pihak penganjur pada hari ini,, sepertimana yang dituliskan dalam buku program Tuan-tuan dan Puan-puan semua, maka saya berpendapat bahawa apa yang dihasratkan oleh penganjur diakhir seminar ini adalah perlunya kepada satu bentuk usaha yang lestari (sustainable) diwujudkan dikalangan masyarakat yang pada akhirnya akan mengubah corak kehidupan, tahap perekonomian, dan tidak ketinggalan adalah kepekaaan kita terhadap alam sekitar yang mana kehidupan kita bergantung kepadanya. Ringkasnya, kita memerlukan sebuah pembangunan yang lestari dalam kehidupan kita.

Pembangunan Lestari adalah pembangunan yang memenuhi keperluan masakini tanpa mengurangkan keupayaan generasi akan datang dalam memenuhi keperluan mereka. Pembangunan lestari mensasarkan sebuah kehidupan duniawi yang sempurna dimana kehadiran manusia bukanlah sebagai perosak bumi tetapi bagi membela kehidupan sejagat yang merangkumi keseimbangan dan keharmonian langit dan bumi, air dan udara, tanah dan lautan untuk kehidupan hari ini dan sebagai pemegang amanah kepada kehidupan generasi akan datang. Dengan menyayangi, berbakti dan melindungi dunia ini, manusia boleh dikeluarkan daripada kemelut kemiskinan yang menjadi isu besar dewasa ini. Sesungguhnya, dalam mentadbirkan bumi yang satu ini, kesedaran dan kesungguhan semua pihak untuk bersama menangani isu pembangunan samaada dari segi ekonomi, sosial mahupun persekitaran adalah diperlukan.

Sejak dari mencapai kemerdekaan, pihak kerajaan telah banyak mengadakan program untuk menyeimbangkan kemajuan kehidupan manusia dan kemanusian. Seringkali kita hanya melihat perhubungan manusia dengan manusia, sesekali kita melihat hubungan manusia dengan alam dan ada yang lupa hubungan manusia dengan Tuhannya atau Pinciptanya. Jika dilihat secara objektif, kehancuran dunia hari ini adalah kerana terdapat kecelaruan dalam mengabungkan, merencana dan melaksanakan dan ketiga-tiga hubungan ini.

Adalah menjadi lumrah manusia, untuk balik kepangkal jalan sesudah sesat dijalanan. Maka adalah menjadi tanggungjawap kita semua untuk membawa pergertian baru serta tindakan yang dipersetujui bersama, bagi memujudkan sebuah dunia yang dihuni oleh manusia yang bertertiban dan menghargai kewujudan dunia untuk mereka dan generasi selepas mereka hidup dan pelihara. Dan bukannya untuk mereka rosakkan dan porak-perandakan yang akhirnya mereka sendiri yang menanggung masaalah memperbaikinya, (itu pun) jika masih mampu mereka memperbaikinya.

Pendekatan politik yang diambil oleh pemimpin, samaada pemimpin setempat, pemimpin negeri atau negara malah pemimpin dunia sekalipun, seringkali gagal melestarikan pembangunan kerana neraca pertimbangan mereka yang berbeza dan berkepentingan. Bergantung dari kacamata mana yang dilihat, keperluan politik mungkin dilihat sebagai penafian hak masyarakat, keperluan pembangunan ekonomi mungkin dilihat sebaik pemusnah kebergantungan kepada alam semulajadi, keperluan sosial mungkin dilihat sebagai agenda bertalam dua muka dan sebagainya. Seperti kata bidalan, ubat bagi seseorang mungkin racun bagi orang lain.

Tuan-tuan dan Puan-puan,
Kemiskinan adalah antara faktor penentu dan pengukur yang utama kepada kejayaan kelestarian sesebuah pembangunan, lebih-lebih lagi diluar bandar. Adalah mustahil untuk mensifarkan kemiskinan, tetapi berkemungkinan besar untuk berjaya mengurangkan kemiskinan serta memperbaiki garisan yang memisahkan kemiskinan dengan yang tidak. Kemiskinan tegar mahupun kemiskinan relatif memerlukan pendekatan yang berbeza, perlu berterusan dan berfokus. Kemahuan politik serta perancangan perekonomian perlu ada dan dilaksanakan mengikut acuan setempat dan bukannya semata-mata mengikut kehendak perancang. Disamping input dari ahli professional bidang perancangan pembangunan, kehadiran pemikir sains sosial adalah perlu untuk memberi input penting dalam mewujudkan sebuah pembanunan yang lestari.

Perancangan pembangunan sesuatu tempat harus melibatkan semua pihak. Seringkali masyarakat tidak dibawa bersama untuk berbincang untuk membuat perancangan pembangunan ditempat sendiri. Mereka seharusnya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mengenalpasti agenda pembangunan dan juga terlibat dalam membuat keputusan. Suara mereka bukan sahaja perlu didengar bahkan perlu memberi kesan kepada sebarang keputusan yang dibuat. Mereka perlu dilihat sebagai anggota pembuat dasar dan keputusan. Pembangunan lestari hanya boleh menjadi kenyataan jika suara masyarakat didengar dan dihargai. Jawapan kepada permasaalahan setempat adalah wajar diperolehi dari tempat berkaitan dan bukannya diberikan oleh orang luar.

Ketidakcekapan pengurusan, ketidaktelusan agihan dan ketirisan diperingkat penerima yang tentunya akan mencacatkan dan melambatkan pembangunan, juga perlu diambil perhatian. Adalah penting untuk kerajaan atau pemimpin mengetahui berapa banyak dan apakah jenis sumber yang boleh digunakan dan bila boleh digunakan. Setiap tindakan dalam membuat keputusan berkaitan akan melibatkan faktor politik, sosial dan/atau kos ekonomi. Dengan yang demikian, kerajaan atau pemimpin perlu memastikan perkaitan dan keberkesanan polisi yang dizahirkan daripada ketiga-tiga faktor diatas dan juga impak bagi setiap espeks.

Ini adalah kerana, sesuatu yang dilakukan hari ini, perlu ada penerusan perlaksanaannya, penambahbaikan mengikut kesesuaian keadaan dan masa. Jika tidak, semua usaha akan hanya sia-sia baik dari segi idea, masa, tenaga, wang dan yang paling penting sekali kerugian pada generasi masa depan. Ini adalah kerana kehidupan yang kita miliki hari ini adalah diwarisi dari generasi terdahulu dan dipinjamkan dari generasi akan datang.

Kerajaan telah banyak merangka program-program sejak dari kemerdekaan dalam membangunkan negara dan masyarakat. Walaupun telah banyak membantu dalam merubah masyarakat luar bandar, namun masih dilihat terdapat kepincangan dalam perlaksaanan program sehingga menimbulkan isu-isu seperti ketirisan, kegagalan mengubah cara berfikir yang dikaitkan dengan pemikiran kelas ketiga, masyarakat mudah lupa dan pembangunan modal insan.

Tuan-Tuan dan Puan-puan
Saya juga berharap, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sebagai koperator-koperator yang menjadi agen kepada perubahan, juga akan sama-sama berfikir, tentang bagaimanakah kita perlu berusaha, dan mampu berjaya dalam menjana perkembangan sosio-ekonomi masyarakat kita, bermula dari diri kita. Cuba fikirkan perkara-perkara berikut :

i. Kepincangan Sistem Penyampaian : Kenapa disebalik berbagai program yang dikemukakan oleh pihak kerajaan untuk memajukan masyarakat, masyarakat tidak dapat menikmatinya, malah ada juga yang semakin terhimpit dengan pelbagai masaalah kehidupan mereka.
.
ii. Kelesuan untuk berubah dan kejumudan pemikiran : Kenapa masyarakat dilihat lambat untuk berubah, malah ada yang masih sukar untuk berubah, samaada berubah dari segi pemikiran, pendekatan dalam kehidupan mahupun kesungguhan diri sendiri. Kenapa semakin banyak ilmu serta penemuan baru dalam dunia serba moden ini, masyarakat sukar untuk menerimanya. Mereka lebih mahu melaksanakan kerja dengan carakerja yang telah biasa mereka praktikkan. Kerajaan mahukan anjakan paradigm, tapi bagi mereka tetap dengan cara mereka.
.
iii. Keefisienan agensi pelaksana : Kenapa pihak kerajaan dilihat gagal dalam pendekatan mereka; Agensi mereka tidak berfokus, tidak ada pertalian dan kerjasama antara agensi dalam menjayakan program walaupun mempunyai matlamat yang sama sehingga mengakibatkan masyarakat sukar mengerti kerajaan. Dalam konteks ini, saya berharap Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkasa dapat memainkan peranan sebagai perantara dalam menemukan agensi-agensi kerajaan dan masyarakat melalui platform koperasi.
.
iv. Keberkesanan Ekonomi Politik : Sejauh manakah keupayaan ekonomi politik menyelesaikan masaalah pembangunan luar bandar. Mampukah pembangunan lestari membawa wadah baru kepada kehidupan.
.
v. Peranan aktor : Sejauh manakah peranan serta kehendak politik, masyarakat madani, kerajaan, dan badan-badan bukan kerajaan dalam mencorakkan kelastarian pembangunan sesuatu masyarakat luarbandar.
.
vi. Persepsi : Mampukan pembangunan lestari membasmi kemiskinan dan mengeluarkan masyarakat dari kelompok kemiskinan. Mampukah gerakan koperasi menjanakan peningkatan sosio-ekonomi masyarakat kita.
.
vii. Interaksi anggota masyarakat dan ahli perniagaan : Kedua-duanya adalah agen kepada perubahan dan mempengaruhi reality perubahan. Bagaimana mengimbanginya?

Adalah diperhatikan bahawa, kejayaan sebarang projek yang ingin kita usahakan adalah bergantung kepada kesungguhan semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung. Sesungguhnya, tiada pengakhiran bagi apa juga bentuk projek yang kita laksanakan. Ini adalah kerana, dunia sentiasa berubah dan masyarakat sentiasa berkembang. Maka apa juga program, seharusnya dirancang dengan bermatlamat dalam rangka pendek, sederhana dan panjang.

Oleh yang demikian, marilah bersama-sama kita melakukan perubahan dalam cara kita bekerja. Mari kita mantapkan pendekatan dan kesatuan kita dalam menjanakan sosio-ekonomi kita. Pendekatan terhadap usaha ini boleh di ubah dan dirombak berdasarkan model sediaada. Model yang saya maksudkan adalah berdasarkan Government Linked Company (GLC). Bagi saya, kalau pihak kerajaan telah melaburkan jutaan ringgit untuk membolehkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu berniaga, mengapa tidak membuat pelaburan dalam projek-projek yang menjadikan projek membasmi kemiskinan, projek penjanaan sosio-ekonomi masyarakat yang ketinggalan dalam bidng perniagaan dan keusahawan. Syarikat-syarikat bagi Projek-projek berbentuk ini, saya namakan sebagai Community Linked Company (CLC) atau Syarikat Berkaitan Masyarakat. Ianya perlu digerakkan secara berkumpulan mengikut skala komuniti setempat dan persekitaran; dalam kes ini adalah sebuah Koperasi. Usaha-usaha berbentuk ini telah dibuat, tetapi perlu diperbesarkan, diperkuatkan lagi. Bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu menyumbang, malah GLC-GLC dan syarikat-syarikat gergasi dan conglomerate yang telah berjaya perlu juga turut menyumbang keuntungan mereka kepada CLC, sebagai salah satu daripada tanggungjawap social (Corporate Sosial Responsibility) mereka. Jadikan projek ini sebagai ‘social business’ mereka. Sosial business membawa maksud, apabila projek komuniti yang mereka melabur telah berjaya, mereka akan hanya mengambil balik sejumlah wang yang mereka laburkan sahaja, sementara keuntungan projek dikekalkan dalam syarikat komuniti itu.

Saya amat berbesar hati dan berbangga untuk mencontohkan Koperasi Pelancungan Pulau Pinang Berhad (KOPEL) dan Koperasi Usaha Kampung Balik Pulau Berhad (KUKAM) sebagai koperasi contoh yang ditubuhkan dan dibangunkan atas dasar kelastarian kehidupan dalam pembangunan yang lestari dalam usaha meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi kumpulan mereka.

Sebagai pendokong gerakan koperasi, saya amat yakin dengan kemampuan koperasi untuk menjana sosio-ekonomi masyarakat. Setiap dari kita, sebagai koperator, mempunyai tanggungjawap untuk menjayakan koperasi, dan tentunya Pengerusi-Pengerusi Koperasi perlulah berwawasan dan berpandangan jauh.

Mudah-mudahan, segala usaha murni kita untuk mengubah kedudukan kita, dari segala sudut akan mendapat petunjuk, rahmat dan keberkatan Allah SWT. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Seminar Koperasi Sebagai Penjana Sosio-Ekonomi anjuran Angkasa pada petang yang berkat ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan