Isnin, 13 April 2009

Bantuan Memperkasakan Pendidikan


Sekolah Menengah SERI Balik Pulau adalah satu-satu sekolah di Balik Pulau yang mengambil dan menempatkan anak-anak orang kampung didalam Asrama Desa di sekolah tersebut. Saya mengucapkan tahniah kepada Pengetua dan guru-guru sekolah tersebut yang telah berusaha menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk para pelajar yang datang dari keluarga kurang pendapatan tetapi telah menunjukkan kecenderungan untuk lebih berjaya dalam pelajaran mereka. Tentunya ada beberapa kriteria lain yang dipertimbangkan untuk kemasukan ke asrama tersebut.
.

Sebenarnya, kita di kawasan Balik Pulau memerlukan sebuah sekolah menengah yang 'elit' untuk menerima sebahagian besar anak-anak kita yang telah bejaya mendapat 3A, 4A dan 5A dalam peperiksaan UPSR mereka. Saya bersimpati dengan anak-anak cemerlang ini yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR mereka tetapi tidak dapat masuk ke Sekolah Menengah Berasrama Penuh kerana tempat yang amat terhad. Saya berharap agar Sekolah Menengah Pondok Upeh yang sedang didalam pembinaan (dijangkakan akan disiapkan tahun ini) dapat memainkan peranan yang dimaksudkan ini. Kita telah bersuara kepada pihak Kemenerian, dan diharap tindakan bersesuaian diambil kearah menempatkan pelajar cemerlang di kawasan Balik Pulau ini. Sesungguhnya kelewatan projek sekolah ini, atas apa jua alasan, amatlah dikesalkan. Kita mahukan agar semangat yang telah mereka tunjukkan dalam UPSR tidak terpadam dan diteruskan dijaga dan dipantau sehingga ke PMR dan SPM.
.

Pada 4hb. April, 2009 saya telah menyumbang wang sejumlah RM 10,000.00 dan sebuah komputer riba kepada SMK SERI. Wang sejumlah itu adalah untuk membiayai skim tuisyen untuk para pelajar yang tinggal di Asrama Desa untuk kesemua kelas ( Tingkatan 1,2,3,4 dan 5). Pembiayaan itu adalah untuk program sepanjang tahun berdasarkan kertas kerja guru berkaitan. Sebagai rekod, wang tersebut adalah sumbangan seorang bekas pelajar SMK Seri yang telah berjaya didalam kerjayanya. Nama tidak dapt saya sebutkan.
.

Saya juga berharap dan berdoa, agar ada ramai lagi anggota masyarakat kita yang berkelebihan (dari segi pendapatannya), bolehlah turut menyumbang untuk aktibiti pendidikan dan sosial lainya yang berkaitan. Saya difahamkan, ada sebuah tabung telah diwujudkan dan akaun telah dibuka untuk tujuan ini..

3 ulasan:

:: @ m e r a l i t y :: berkata...

tahniah saya ucapkan kepada YB. teruskan usaha murni Yb ini semoga YB dapat mengubah kehidupan warga balik pulau kearah yang lebih baik terutamanya dari segi pendidikan seperti apa yang YB lakukan ini.

saya sendiri pernah belajar di sekolah ini. diharap YB juga dapat membantu meningkatkan tahap akademik sekolah ini melalui program-program tertentu.

hanya ilmu dapat memperkasakan bangsa melayu. insyaallah...

ADUN PULAU BETONG, Setiausaha Politik YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata...

Sdra. Amer Habbil, selamat belajar. Sesungguhnya, setiap kali saya bertemu anak-anak Balik Pulau yang menjejak kaki ke Universiti, saya akan tersenyum - gembira dan bersyukur. Jika Sdar Amer, tahu apa yang saya tahu tentang permasaalahan yang di hadapi oleh generasi ayahnda dan bonda kita hari ini dalam menunggu generasi pelapis, seperti Amer ini, membesar dan berjaya dalam kerjaya, tentunya Sdra Amer tidak akan meluangkan masa tak tentu arah, malah akan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran dan kembali kekampung halaman.

Saya doakan kejayaan Sdra Amer dan semua anak-anak Balik Pulau yang berjaya menjejakkan kaki ke Universiti.

SEDAR berkata...

Tahniah kerana keperihatinan dan kesungguhan YB dan hamba Allah yang menyumbang untuk memperkasakan pendidikan melayu balik pulau.satu contoh yang baik untuk semua bekas pelajar sekolah -sekolah yang ada di balik pulau untuk mengambil inisiatif ini yang cukup murni dan bertanggungjawab.