Rabu, 29 April 2009

PERASMIAN MAJLIS PENYERAHAN BOT & PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PEMANDU PELANCONG ALAM SEMULAJADI




TARIKH : 25 APRIL 2009 (SABTU)
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : AUDITORIUM TAMAN NEGARA TELUK BAHANG, PULAU PINANG

Turut Hadir : Encik Zainal Abidin bin Che Omar, Timbalan Pengarah, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, ICU Jabatan Perdana Menteri; Encik Alif Wira bin Osman Pengarah, Jabatan PERHILITAN P.Pinang; Encik Wan Adib Wab Jusoh, Penguasa, Taman Negara P.Pinang, En. Shaharudin Shah, BPPB; En. Zainudin Pengerusi PNTGA.


Ini merupakan satu lagi program yang dilaksanakan oleh Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang bersama Jabatan PERHILITAN termasuk Taman Negara P. Pinang dengan kerjasama Jabatan Laut Wilayah Utara dalam memartabatkan lagi sektor pelancongan bumiputera di Pulau Pinang ini. PNTGA ( Persatuan Pemandu Pelancung Semulajadi Pulau Pinang) telah membuat permohonan dimana pihak persatuan memerlukannya untuk menjalankan serta mengerakkan aktiviti termasuklah meningkatkan ekonomi serta pendapatan ahli-ahli dan masyarakat setempat. Di samping itu juga, sumbangan bot ini dijangka dapat membantu dalam menarik minat pelancong asing yang kebanyakkan memilih untuk menggunakan kemudahan pengangkutan laut untuk melawat sekitar Pantai Kerachut, Teluk Duyung dan juga Hutan Paya Bakau di kawasan Sg. Pinang.

Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Bumiputera juga telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2008. Kursus yang telah dimulakan pada 12 – 26 Oktober 2008 selama 14 hari telah melibatkan seramai 23 orang peserta (jumlah pemandu pelancung semulajadi yang telah diberikan kursus oleh BPPB, ICU JPM sebelum ini adalah seramai 30 orang). Kursus ini telah berjaya memberi pendedahan kepada peserta mengenai bidang eko pelancongan. Di samping itu juga kursus ini dapat memupuk/meningkatkan lagi kesedaran peserta dalam mengukuhkan ilmu dalam melengkapkan silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan bagi melayakkan mereka mendapat lesen untuk menjadi Pemandu Pelancong Alam Semulajadi pada tahun 2009 ini. Melalui kursus ini agensi-agensi dan pengusaha-pengusaha produk-produk pelancongan seperti Tour Operator, Pemandu Pelancong Alam Semulajadi bumiputera dan lain-lain yang berkaitan telah mencurahkan ilmu dan pengalaman dan mengeratkan lagi kerjasama dalam menghasilkan pakej-pakej pelancongan yang bersepadu dalam diri peserta tersebut. Seramai 21 orang peserta telah menerima sijil lulus kursus. Saya memohon supaya peserta-peserta ini menggunakan peluang yang ada untuk bersama-sama dalam membantu membangunkan agenda pelancongan bumiputera dengan mengamalkan sikap yang positif, berani dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan pekerjaan sebagai Duta Kecil Malaysia.

Berdasarkan kemasukan pelancong pada tahun 2007 dan 2008 adalah masing- masing sebanyak 3.49 juta dan 3.94 juta yang meningkat sebanyak 1.5% dimana nilai anggaran perbelanjaan pada tahun 2007 adalah RM6.8 bilion manakala tahun 2008 meningkat menjadi RM7 bilion. Justeru itu pendapatan yang diperolehi melalui sektor pelancongan yang dianggarkan sebanyak RM7 bilion dapat menawarkan banyak peluang-peluang merangkumi pelbagai kegiatan ekonomi seperti Pemandu Pelancong, penyediaan penginapan, bisnes makanan, pengangkutan dan lain-lain. Peluang-peluang inilah perlu direbut oleh pengusaha serta usahawan-usahawan pelancongan bumiputera yang ada pada hari ini.

Mengikut kajian saya, penglibatan golongan Bumiputera dalam sektor pelancungan amatlah kecil jumlahnya, berbanding dengan peluang yang luas dan pendapatan yang lumayan untuk dinikmati dari sektor ini. Perangkaan terperinci boleh dirujuk kepada pihak BPPB, ICU JPM atau dari pejabat saya.
.
Saya juga telah mencadangkan kepada kesemua ahli PTNGA untuk menubuhkan Koperasi yang dianggotai oleh kesemua ahli. Sebagai pendokong dan penyokong kuat gerakan koperasi, saya amat berkeyakinan bahawa Koperasi Pemandu Pelancung Semulajadi yang bakal ditubuhkan dapat berkembang dengan memetik peluang-peluang yang sedia untuk dinikmati oleh sesebuah koperasi.

Tiada ulasan: