Isnin, 19 Januari 2009

Sebentar tadi, ketika menonton berita di TV3, saya sempat melihat TKM2 Pulau Pinang, dengan senyum sinisnya mengatakan bahawa, kerajaan negeri tidak ada peranan dalam menangani masaalah yang dihadapi oleh para pekerja yang hilang pekerjaan atau dipotong gaji dan sebagainya. Berita itu merujuk kepada piket yang dibuat oleh pekerja Melayu disebuah kilang di Seberang Perai yang berpiket kerana tidak berpuashati atas tindakan pemilik kilang berkenaan. Pekerja tempatan kini dibebani dengan masaalah pekerjaan, tetapi pekerja asing dikekalkan bekerja. Dalam soal penutupan kilang dan permasaalahan pekerja, beliau ada menyebut bahawa kerajaan pusat yang punya kuasa, sementara kerajaan Pulau Pinang adalah sebagai perantara sahaja (itu diantara isu yang saya faham dari petikan berita itu). Sungguh mudah baginya untuk melepaskan tanggungjawap ! Satu kenyataan yang menganaktirikan warga negeri Pulau Pinang, dan menjaga warga asing. Saya menjangkakan, sepatutnya kenyataan beliau dalam menjawap soalan oleh pemberita sepatutnya dijawap dengan rasa penuh tanggungjawap, berwajah serius dan bukannya tersenyum penuh kesukaan. Sesungguhnya, terguris hati saya melihat telatahnya!

Izinkan saya berkongsi satu fakta untuk kita renung bersama. Pada tahun 2006, dalam satu pertanyaan rasmi saya tentang jumlah tenaga kerja dikilang-kilang perindustrian di Pulau Pinang, saya mendapat jawapan bahawa jumlah tenaga pekerja kilang bertaraf pengurusan adalah sebanyak 16% Melayu dan jumlah tenaga kerja kilang Melayu yang bekerja sebagai operator adalah sebanyak 65-70% (selebihnya adalah bukan Melayu dan warga asing).

Saya cuba bayangkan, saudara pembaca juga boleh bayangkan, jika kemelut ekonomi dunia terus merudum apa akan jadi kepada para pekerja kilang dinegeri ini. Kalau dihari ini dikatakan seramai 45,000 orang akan hilang pekerjaan dan jika keadaan ekonomi negara terus merosot, maka pada bulan September nanti seramai 120,000 akan turut hilang pekerjaan. Satu jumlah yang cukup besar. Dan dari jumlah yang besar itu semestinya pekerja-perkerja kilang Melayulah yang akan kehilangan pekerjaan. Sebagai sebuah negeri perindustrian, tentunya mata pencarian golongan ini akan berkurangan atau hilang sama sekali.

Golongan ini adalah golongan mudah miskin. Jika golongan ini tidak mempunyai simpanan, tentunya mereka akan jatuh miskin. Jika kepakaran mereka selama berpuluh tahun disandarkan kepada satu jenis pekerjaan sahaja disesebuah kilang, adakah mereka mampu atau boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan baru. Mampukan mereka mempertahankan cara hidup dan gaya hidup mereka, kereta mereka, dan sebagainya. Apakah dengan mudah mereka mendapatkan pekerjaan baru. Jika mereka merupakan penyumbang utama kewangan kepada keluarga mereka, apa akan jadi kepada keluarga mereka selepas ini. Sayu juga memikirkan hal ini, tetapi amat geram melihat jawapan pemimpin negeri tadi !

Berani saya katakan bahawa, berdasarkan kepada pemerhatian saya, kebanyakan mereka ini tidak bersedia menghadapi hari diberhentikan kerja dan hari-hari yang dilalui tanpa pekerjaan. What next ??!!.