Selasa, 18 Ogos 2009

PROJEK PEMBANGUNAN KADUN PULAU BETONG

Tarikh Lawatan/Lapuran : Selasa : 18hb. Ogos, 2009
.
Saya telah melawat beberapa tapak projek dalam kawasan saya. Alhamdulillah, suka saya berkongsi maklumat dengan para pembaca dan khususnya anggota masyarakat dalam KADUN Pulau Betong, bahawa, fasa ke-2 perlaksanaan projek Infrastruktur Asas dan Infrastruktur Awam untuk tahun 2009 ini telah hampir selesai dilaksanakan ( ada beberapa projek yang kelewatan).

.
Dalam Fasa Pertama, jumlah sejumlah RM 2,410,000.00 telah dibelanjakan untuk kemudahan rakyat dikawasan ini. Dalam Fasa Ke-2 ini pula sejumlah RM 816,251.00 telah pun diluluskan dan berstatus sedang dilaksanakan dan ada yang sudah selesai. Jumlah keseluruhan RM 3,226,251.00.
.
Projek-projek ini adalah dibawah peruntukkan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Jumlah ini juga tidak termasuk peruntukkan kerajaan persekutan yang disalurkan melalui TEKUN, Jabatan Kebajikan Masyarakt, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian, KEMAS, RISDA dan lain-lain agensi. Sesungguhnya, saya amat bersyukur kehadrat Illahi dengan nikmat yang diberikan untuk anggota masyarakat saya. Saya harap anggota masyarakat saya turut mensyukurinya, begitu juga dengan para kontraktor kelas 'F' samaada yang menyokong saya atau yang tidak. Kita buat yang terbaik kepada masyarakat kita, kerana kita adalah sebahagian daripada mereka.
.
Saya telah meminta kerjasama kesemua Pengerusi JKKKP KADUN Pulau Betong, untuk mula menyenaraikan projek-projek keperluan rakyat disetiap kampung untuk kita rancang bersama bagi dilaksanakan ditahun hadapan. Malahan, anggota masyarakat juga boleh memberi candangan kepada saya dengan memaklumkan kepada Pengerusi JKKKP atau hadir sendiri di Pusat Khidmat saya di Ladang Herba, Jalan Bharu.

Isnin, 17 Ogos 2009

KELAB SUKAN KOMUNITI (KSK) PULAU BETONG

Program : Majis Makan Malam KSK Kadun Pulau Betong
Tarikh : 17hb. Ogos, 2009
Bertempat : BALORA, Kongsi
.
Setelah hampir dua bulan mengadakan pertandingan sukan untuk Kelab Sukan Komuniti, pada malam ini, satu majlis penghargaan telah diadakan untuk meraikan yang menang dan menghargai yang telah menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam menjalankan aktibiti kesukanan.
.
Saya rasa bangga kerana KSK Kadun Pulau Betong telah sekali lagi mendahului KSK lain dalam menjalankan akitibiti yang di sarankan oleh pihak Kemeterian Belia dan Sukan. Pertandingan yang telah diadakan adalah untuk Bolah Sepak, Sepak Takraw, Bola Jaring dan Bola Tampar. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada Timbalan KSK Kadun Pulau Betong, Chegu Said Hussein dan Bendahari Kok Norma Hassan dan semua warga kerja kelab sukan ini.

PROGRAM “OUTREACH” MITI

Program : Program 'Outreach' MITI
Tajuk Seminar : PELUANG DAN KEMUDAHAN PERNIAGAAN DALAM SEKTOR PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA
Tarikh : 17hb. Ogos, 2007
Bertempat : MPC, Kepala Batas
Jam : 9.00 pagi
.
Sesungguhnya, saya amat rasa bertuah dan beruntung keranan seringkali dijemput oleh rakan-rakan di agensi-agensi kerajaan, yang meminta saya merasmikan majlis atau program, memberi ucapan dan motivasi. Dan pada pagi ini, saya telah dijemput untuk program perasmian anjuran MITI.
.
Program pagi ini, turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah II MDC, Pengarah Bahagian Program Bumiputera MITI, Pengarah MIDA Pulau Pinang, Pengarah MDC Pulau Pinang, Pengarah SMIDEC Pulau Pinang dan ramai lagi rakan-rakan dari MARA, PERDA, TEKUN dan lain-lain. Seramai 120 peserta telah dijemput hadir ke program ini.
.
Izinkan saya untuk turut berkongsi text ucapan saya dengan para pembaca yang saya hormati sekelian.
.
Saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera MITI dan MITI Pulau Pinang kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Program ini dan mengadakan Program “Outreach” Usahawan Bumiputera di Pulau Pinang.
.
Kita berharap pada masa hadapan pihak MITI akan mengadakan lebih banyak Program Pembangunan Usahawan khususnya kepada usahawan Bumiputera di sini.
.
Bukan itu sahaja, malah saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Keusahawanan Bumiputera Pulau Pinang meminta pihak Kementerian (MITI) mempertimbangkan menambah lebih banyak lagi Dana dalam bentuk geran, insentif, peluang-peluang pasaran dan bantuan dalam pelbagai jenis bentuk yang boleh dimanfaatkan kepada usahawan-usahawan kita di Pulau Pinang.
.
Selain dari berharap atau bergantung kepada pihak Kerajaan semata-mata, para usahawan kita perlulah juga gigih berusaha dan meraih peluang yang ada. Perkara utama ialah mendapatkan segala maklumat berkenaan peluang-peluang yang ada.
.
Melalui MITI, pelbagai peluang untuk usahawan Bumiputera jelas kelihatan. Bukan sahaja di peringkat dalam Negara malah peluang pasaran di luar Negara.
.
MITI, MIDA dan MATRADE mempunyai 52 Pejabat di luar Negara yang boleh membantu mencari pasaran. Para usahawan kita sepatutnya menggunakan kemudahan ini untuk mencari peluang ke pasaran antarabangsa.
.
Saya dimaklumkan oleh pihak MITI, di dalam Perjanjian Perdagangan Bebas atau (FTA – Free Trade Agreements), sudah ada enam (6) Skim FTA dan 1 Skim Keutamaan Am (GSP – Generalised System Preferentials) untuk pasaran Negara-Negara Eropah (EU) yang sedang dilaksanakan.
.
Terdapat ribuan syarikat Malaysia yang telah mendapat manfaat daripada Skim-Skim FTA ini. Namun begitu, bilangan usahawan atau syarikat milik Bumiputera masih jauh ketinggalan ataupun tiada langsung melibatkan diri untuk pasaran FTA ini.
.
Skim Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ini membuka peluang yang luas kepada barangan buatan Malaysia dieksport ke Negara-Negara ASEAN (sepuluh semuanya termasuk Malaysia), China, Korea, Jepun dan Pakistan. Skim Keutamaan Am (GSP) pula membuka ruang luas untuk eksport ke 27 Negara Kesatuan Eropah. Melalui FTA ini barangan Malaysia mampu bersaing dengan barangan daripada Negara lain kerana tariff (cukai import) yang rendah ataupun kosong (0) cukai.
.
Menurut MITI Pulau Pinang, bagi kawasan Pulau Pinang, Kedah/Perlis dan sebahagian Perak Utara untuk tempoh Januari hingga Jun 2009 (6 bulan pertama) mencatatkan nilai RM3.95billion barangan Malaysia dieksport menggunakan Skim-Skim FTA ini. Cuba bayangkan kalau usahawan Bumiputera kita sekurang-kurangnya memperolehi 1 peratus (%) daripada pasaran FTA ini. Jumlahnya hampir RM40 juta.
.
Saya juga difahamkan, bahawa banyak lagi Skim FTA akan dikuatkuasakan dalam jangkamasa terdekat contohnya dengan Australia, New Zealand dan India. Skim FTA ini membolehkan barangan Malaysia mudah memasuki pasaran Negara-Negara berkenaan dan membuka peluang pasaran yang luas bagi usahawan Bumiputera mengorak langkah.
.
Dengan kata lain peluang-peluang perniagaan makin terbuka luas dan hanya menunggu usahawan Bumiputera kita sahaja untuk berusaha mendapatkannya. Selain itu, Skim FTA, membolehkan usahawan Bumiputera membeli bahan mentah atau komponen pembuatan dari Negara-Negara berkenaan dengan tariff (cukai) import yang rendah ataupun pada tariff yang kosong(0). Dengan kata lain memberi penjimatan dan mengurangkan kos dalam memperolehi bahan mentah untuk proses pembuatan barangan seterusnya.
.
Suka saya menyarankan agar dalam Program “Outreach” ini, tuan/puan sebagai usahawan Bumiputera, bertanyalah dan rebutlah peluang yang ada dengan MITI, SMIDEC atau SME Corp, MIDA, SME Bank, MATRADE dan MIDF untuk memajukan diri kita ke arah menjadi usahawan Bumiputera yang terbilang.
.
Menjadi usahawan berjaya memang sukar dan payah. Hanya daya dan usaha dari tuan/puan yang dapat memajukan diri sendiri ke arah yang lebih gemilang dan cemerlang. Saya mohon agar usahawan Bumiputera membuat perubahan paradigma, berusaha lebih gigih untuk meningkatkan perniagaan masing-masing.
.
Pada pandangan saya tidak ada cara lain untuk memajukan perniagaan kecuali dengan mengamalkan budaya kerja murni seperti displin, rajin, bertanggungjawab, jujur. Saya percaya dalam perjuangan untuk mencapai hasrat membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, Institusi Kerajaan seperti MITI dan agensi-agensinya serta Jabatan lain di negeri Pulau Pinang akan memberi sokongan sepenuhnya kepada saya dan golongan usahawan Bumiputera.
.
Saya percaya bahawa kerjasama dan koordinasi MITI dan agensi untuk menganjurkan program khusus untuk usahawan Bumiputera perlu dicontohi oleh agensi kerajaan yang lain. Program sebegini perlu diperbanyakkan lagi supaya maklumat mengenai fasiliti yang disediakan kerajaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada usahawan Bumiputera.
.
Sekali lagi saya ingin sangat menasihati usahawan untuk mengambil peluang sebaiknya untuk mendapat maklumat dan bimbingan pegawai-pegawai MITI dan agensi semasa program hari ini. Saya berharap Tuan–tuan dan Puan-puan akan menerima saranan saya dengan positif dan menghubungi saya pada masa hadapan bagi sama-sama kita menggerakkan dan membangunkan usahawan Bumiputera.

MESYUARAT AGUNG UMNO BAHAGIAN BALIK PULAU


Tarikh : Ahad, 16hb. Ogos, 2009
Bertempat : Kompleks Tahung Haji, Bayan Lepas
Jam : 8.30 pagi hingga 6.30 petang
.
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Balik Pulau untuk tahun ini telah selesai dan selamat dijalankan pada hari Ahad. Sebanyak 3 usul telah dibahaskan dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada para perwakilan.
.
Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang iaitu DAto Seri Zahid Hamidi pada jam 2.30 petang. Saya mendapati semua perwakilan memberi penumpuan yang penuh kepada ucapan beliau, sehinggakan bunyi plastik yang dikoyak juga amat jelas kedengaran kerana keaadan dewan yang sungguh senyap mendengar ucapan Dato Seri Zahid.
.
Tahniah kepada perwakilan yang hadir dan turut berbahas. UMNO Balik Pulau mengambil keputusan menyokong pindaan perlembagaan UMNO yang telah dicadangkan oleh MT dengan beberapa cadangan pindaaan. Diakhir perhimpunan, saya telah menyerahkan borang kajian sikap sebagai bermula gerakan kajian untuk memperkasakan UMNO Bahagian ini dan membuat persediaan menghadapi PRU akan datang.

SANA-SINI BERSAMA MASYARAKAT 7

Tarikh : 15h. Ogos, 2007

Program : Gotong Royong
Bertempat : Surau Flat Hijau, Simpang Empat
Jam : 8.30 pagi.
.
Hari Sabtu minggu ini bermula cukup awal. Jam 8.00 pagi saya sudah berada di Surau Flat Hijau Simpang Empat untuk majlis gotong-royong membersihkan surau. Saya tiba awal, sepatutnya program bermula jam 8.30 pagi, kerana perlu pulang awal. Sewaktu meninggalkan majlis kira-kira jam 9.15 pagi, ada lebih kurang 10 orang menjalankan kerja gotong-royong itu.


Program ini dibuat untuk melengkapkan usaha menceriakan surat tersebut yang telah siap ditambah, dibaiki dan disapukan dengan cat baru dengan kos sebanyak RM 20,000.00 yang saya dapatkan dari pihak Pejabat Pembangunan Negeri. Muga Ramadhan yang bakal disambut nanti, lebih ramai lagi penduduk mengimarahkan surau kita ini. Saya sempat menanam sebuah pokok limau purut sebagai kenangan.
.
Jam 9.20 saya menziarahi mayat anak Qariyah Sg. Burung.
.
Selepas itu, saya bergegas ke satu lagi Program Gotong-Royong di Kampung Jalan Bharu.
.
Program : Gotong-royong
Bertempat : Kampng Jalan Bharu
Anjuran : Qariah MAsjid Bagan Air Itam dan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah / Risda.
Jam : 9.30 pagi.
.
Program ini merupakan satu program Bina Insan yang di laksanakan oleh KKLW untuk masyarakat setempat. Program ini telah bermula dari awal pagi degnan gotong royong, jamuan kenduri kampung makan tengahari, dan disebelah malamnya ceramah agama. Sambutan orang kampung adalah amat mengalakkan dari pagi sampailah kesebelah malam. Tahniah dan syabas kepada orang-orang kampung saya ini. Saya bangga dengan anda semua.
.
Saya tidak lama bersama mereka kerana terpaksa bergegas untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuana yang di Pengerusikan oleh YB Menteri pada jam 11.00 pagi.

Rabu, 12 Ogos 2009

PERSIDANGAN DEWAN PENGGAL KE-2

Dewan Undangan Negeri - Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN Kedua Belas telah dijalankan pada 10bh dan 12hb. Ogos, 2009. Sepanjang 6 tahun menjadi Ahli Dewan, inilah persidangan DUN yang terpendek sekali.
.
Hanya terdapat Satu Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Bukit Bendera dan Usul mengesa Kerajaan Persekutuan meminda Seksyen 10 dan 15 Akta Kerajaan Tempatan, supaya Pilihanraya Kerajaan Tempatan dapat diadakan.
.
Saya turut berbahas berkaitan dengan Rang Undang-Undang berkenaan, disamping 9 orang Wakil Rakyat UMNO yang menentang rang undang-undang ini. Ada banyak perkara yang disentuh oleh pihak pembangkang dalam DUN. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca akan text ucapan saya itu. Barang pasti, pembaca semua boleh mengikuti perjalanan persidangan dalam sesawang kerajaan negeri.
.
UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBADANAN BUKIT BENDERA 2009
.
Oleh : YB Sr. Muhamad Farid Saad : ADUN Pulau Betong
.
Pada tahun 1990, Mantan Ketua Menteri, Tun Dr. Lim Chong Yew telah memeterai perjanjian persefahaman dengan Berjaya Group untuk membangunkan Bukit Bendera.
.
Rakyat protes, Rakyat marah dan pihak NGO mempersoalkan kerajaan negeri. Sementara itu, Parti politik (DAP) dalam kempen pilihanraya dengan slogan Tanjung 2 berkempen habisan-habisan, menjadikan isu ini sebahagian daripada kempen mereka. Akhir Mantan ketua MEnteri kalah dalam pilihnraya, dan Koh Tsu Koon dilantik menjadi ketua menteri yang baru. Beliau telah membatalkan perjanjian persefahaman itu. Maka terselamatlah Bukit Bendera dan kekal sehingga hari ini.
.
Untuk memastikan yang Bukit Bendera yang bersejarah ini dijaga dan tidak diganggu-gugat oleh aktiviti yang tidak baik, maka kerjaaan telah mengadakan Local Plan untuk Bukit Bendera. Disamping itu, dikekalkan juga status Hutan Simpanan, Kawasan Tadahan dan Reserve Bukit. Semua ini telah berjaya menjaya Bukit Bendera daripada diterokai oleh pemaju-pemaju yang gelojoh.
.
Kini, sebuah parti yang dulunya menentag keras pembangunan di Bukit Bendera, pula, yang mahu membangunkan kawasan Bukit Bendera. Dewan yang Mulia hari ini, mahu diminta untuk meluluskan undang-undang yang membenarkan Bukit Bendera dimajukan mengikut nafsu kerajaan Lim Guan Eng.
.
Dewan yang Mulia ini harus menentang Rang Undang-undang ini atas sebab-sebab berikut :
.
1. Kerajaan Lim Guan Eng boleh dengan sesuka hati, pada bila-bila masa menentukan kawasan-kawasan yang hendak dimasukkan dalam kawasan pentadbiran Perbadanan Bukit Bendera ; dengan cara pemberitahuan dalam Warta sahaja. (Fasal 6 para 1, mukasurat 36)
.
Ini satu fasal yang TIDAK ADIL, TIDAK WARAS, TIDAK BERPERIKEMANUSIAN, TIDAK BERWAWSAN, TIDAK BERHEMAH, TIDAK BERPERANCGAN, kecualilah ada udang disebalik batu. Mana boleh Dewan yang Mulia ini, yang mewakili rakyat seluruh Pulau Pinang ini, membenarkan rang undang-undang bagi kawasan yang tidak bersempadan ini.
.
2. Dewan yang Mulai ini, tidak boleh meluluskan Rang Undang-undang ini, sebelum menentukan kesan kewangan kepada Kerajaan Negeri ini. Kita tidak mahu, wang simpanan kerajaan negeri yang bernilai lebih kurang 450 Juta ringgit yang dikumpulkan sejak tahun 1990 lagi oleh kerajaan Barisan Nasional, digunakan mengikut kehendak hati sahaja.
.
Saya mengesa kepada Dewan yang Mulia ini, untuk mengarahkan Ketua Menteri untuk membentangkan terlebih dahulu kaedah perancangan perbelanjaan kewangan pada sessi Dewan yang akan datang terlebih dahulu sebelum membantangkan semula rang undang-undang ini.
Perancangan kewangan harus berhati-hati dengan mengambil kira jumlah pendapatan sekarang. Contohnya adakah dengan pendapatan sebanyak RM 2.00 Juta daripada hasil Keretapi Bukit Bendera itu mencukupi untuk membiayai Perbandanan ini. Sekarang ini pun, jumlah pendapatan yang ada hanya memadai sahaja. Apakah tambang keretapi Bukit Bendera akan dinaikkan bagi membiayai Perbadanan ini?
.
3. Kerajaan Negeri harus mendapatkan dulu pandangan dan pendapat serta cadangan daripada rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal diatas dan di lereng serta dipersekitaran kaki bukit Bukit Bendera.
.
4. Kerajaan Negeri harus mendapatkan terlebih dahulu pandangan daripada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO). Semua badan-badan NGO yang mempunyai kepentingan dalam memperhatikan dan mempertahankan ekologi, konservasi, warisan, persekitaran dan sebagainya harus dijemput untuk member pandangan.
.
5. Kita hanya ada 1 bukit bendera sahaja. Bukit yang cukup bersejarah dan terkenal diseluruh dunia. Terdapat rumah-rumah yang sangat banyak dilereng dan kaki-kaki bukit Bukit Bendera, apa akan jadi jika sekiranya terjadi tanah runtuh yang menimpa rumah mereka dan kehilangan nyawa mereka. Apa jadi jika berlaku banjir lumpur jika sekiranya hujan lebat berlaku. Bersediakah Kerjaan Negeri untuk membayar ganti rugi dan pampasan jika berlaku kecelakaan disebabkan oleh Pembangunan oleh perbadanan ini. Tak sedarkah, tak nampakkah oleh Kerajaan Negeri bahawa tanah-tanah bukit bendera ini adalah kebanyakannya mempunyai kecerunan yang tinggi. Apa akan jadi kepada kawasan tadahan air yang membekal pengairan kepada tanaman dan tumbuh-tumbuhan di Bukit itu. Apakah bekalan oksigen yang dihasilkan oleh saki-baki pokok yang tidak ditebang dapat menyeimbang jumlah karbon monoksida yang terhasil dari pencemaran asap dan sebagainya. Akan dapatkah penduduk di Tanjung ini menghirup udara bersih dan nyaman dikawasan riadah di pinggir dan kaki bukit yang mereka nikmati selama ini.
.
6. Saya menyeru kepada Dewan yang Mulai ini, bahawa, Bukit Bendera adalah amanah yang kita semua pegang untuk generasi akan datang. Kalau kita tersalah membuat keputusan, yang akan menganggung sengsara adalah anak-anak kita yang masih kecil. Mahukah kita dicaci dan dipersalahkan kerana kebodohan kita membuat keputusan.
.
Saya dengan ini tidak bersetuju dengan rang undang-undang perbadanan Bukit Bendera dan menentang sekeras-kerasnya Bukit Bendera dibangunkan dengan cara menyerah hak bulat-bulat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Perbadanan tanpa mengambilkira pendadat anak negeri terlebih dahulu.

Sana Sini Bersama Masyarakat-6

Lawatan Oleh : Professor-Profesor dan Pensyarah Kanan Yokohama Universiti
Tarikh : 9hb. Ogos, 2009
Jam : 11.00 pagi
.
Lawatan ini adalah merupakan antara program lawatan yang diaturkan oleh Universiti Sains Malaysia untuk para pensyarah daripada Universiti Yokohama, Jepun. Saya difahamkan bahawa bahawa mereka ini adalah 'social scientist' yang banyak membuat kajian dan sumbangan di peringkat antarabangsa. Saya rasa bertuah menerima mereka, diantaranya adalah Profesor Kada. Saya sempat berkongsi pengalaman dan pengetahuan sambil-sambil mencuri idea beliau untuk pembangunan Balik Pulau. Mereka telah saya perkenalkan Balik Pulau dengan melihat pandangan panoram dari atas Anjung Indah, dan kemudiannya membawa mereka ke Bengkel Going Banana KUKAM/USM.
.
Permasaalahan di Kawasan : Kuala Malindo, Sg. Burung
Sasaran : Para Nelayan
Tarikh : 12hb. Ogos, 2009
.
Sekali lagi, masaalah lambakan lumpur/selut di muara Kuala Sg. Burung telah sekali lagi melanda dan menyebabkan para nelayan tidak dapat turun kelaut. Untuk membantu mereka, pada hari Isnin, 10hb. 0g0s, YB. Dato' Seri Hilmi telah turun membuat sumbangan kepada 45 nelayan dan awak-awak. Sumbangan itu berbentuk barangan makanan.
.
Saya telah melawat untuk kali kedua dalam 5 hari kekawasan ini. Sememangnya, saya agak rapat dengan nelayan dikawasan ini. Saya mengetahui masaalah yang mereka hadapi dan kerana ini bukanlah kali pertama mereka hadapi. Saya telah mendapatkan peruntukkan lebih kurang RM 200,000.00 sekitar tahun 2006 untuk membuat tebing/tambak batu untuk memecah ombak dan menghalang lambakan lumpur di pintu muara. Usaha itu agak berjaya, malangnya ianya berlaku lagi. Saya beranggapan bahawa fenomena ini adalah disebabkan oleh lumpur yang terhasil daripada korekan dalam pembinaan jambatan ke-2 Pulau Pinang.
.
Saya telah melawat kekawasan ini pada jm 9.45 pagi, 12hb., berjumpa dengan mereka, berbincang dan membuat perancangan. Ketua Nelayan, Hj. Rashid, hadir dan turut hadir adalah juga Pengerusi JKKKN, En. Malik. Pada jam 5.oo petang, sekali turun bersama mereka. Dinding papan lapis untuk mengempang air yang diaturkan disebelah pagi telahpun siap. Saya difahamkan lebih 30 orang (menonton, dan membuat kerja). Kerja dibuat secara gotong-royong, sementara kayu dan papan dibekalkan. Tepat jam 5.00 ptg, jentera pengorek telah sampai untuk mengorek muara sungai. Harapan saya, usaha ini berbaloi dan berupaya 'membuka minda mereka'.