Sabtu, 15 Jun 2013

TEXT UCAPAN HARI GURU PERINGKAT BARATDAYA, 2013

Bertempat Di SMK Pondok Upeh : 11 June, 2013

 Saya bersyukur kehadarat Allah SWT yang telah memberikan kita semua masa dan kesihatan serta kekuatan untuk hadir di dewan SMK Pondok Upeh untuk bersama meraikan Sambutan Hari Guru pada tahun ini. Alhamdulillah.
Pada16 Mei 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) yang dikenali sebagai Laporan Razak sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan.  Bersempena Tarikh itulah iaitu 16hb. Mei, selama ini dan saban tahun disambut sebagai Hari Guru.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan PPD Barat Daya khasnya yang telah sudi menjemput saya untuk merasmikan sambutan ulangtahun Hari Guru peringkat Daerah Barat Daya pada hari ini. Sesungguhnya, berucap didepan para guru yang saya hormati adalah satu penghormatan kepada saya.

Melihat kepada OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA, ada terdapat 6 objektif yang telah digariskan  oleh pihak Kementerian. Dalam konteks keperluan semasa, saya ingin mengajak para guru sekelian untuk memberikan tumpuan khusus kepada usaha-usaha bagi Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Saya juga ingin mengajak guru-guru yang saya hormati semua untuk bersama kita menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia, yang perlu mengambilkira faktor kepelbagaian kaum, budaya, bahasa dan agama dan seterusnya mengambil langkah-langkah supaya peranan itu diadunkan dan menjadi lebih berkesan.

Sesungguhnya, sebagai pemimpin kecil masyarakat Balik Pulau ini, seringkali saya memperingatkan diri saya dan masyarakat bahawa masa depan anak-anak kita adalah jauh lebih penting dari kita hari ini. Kesinambungan keharmonian dan perpaduan diantara rakyat Malaysia dan sesama mereka amatlah penting dan merupakan resepi  terpenting dalam penentuan kejayaan dan masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. Titik tolak pencorakan keharmonian kaum adalah bermula di sekolah. Rasa hormat menghormati, sikap toleransi, perasaan muhibbah, keakraban dan saling mengenali dan mengasihi akan wujud dalam jangkamasa yang panjang jika sekiranya ianya diterapkan dari awal umur lagi. Dengan lain perkataan, sekolah adalah merupakan institusi pertama dalam pembentukan wajah baru masa depan rakyat Malaysia.

Tentulah dalam konteks ini, para guru mempunyai tanggungjawap yang besar untuk melakar kertas putih wajah masa depan Negara. Jika bulat dikatakan bujur, empat segi dikatakan tiga segi, murid akan menurut, kerana yang berkata itu adalah guru yang mengajar mereka. Bagi mereka, guru itu serba mengetahui; guru itu senantiasa bercakap benar dan perlu diikuti. Sesungghnya, bagi pelajar guru adalah segalanya.

Begitu juga dengan ibubapa dirumah. Mereka menaruh penuh harapan kepada para guru disekolah. Bagi sesetengah mereka, mereka meletakkan sepenuh harapan kepada para guru untuk mendidik dan mengajar anak-anak mereka. Baik kata guru, baiklah kata mereka sehingga terkadang mereka langsung tidak mengambil peduli tentang pelajaran anak-anak mereka dan membiarkan sepenuhnya kepada kudrat guru. Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam. Berserah dan pasrah. Jarang sekali jalan sebegini membuahkan kejayaan anak-anak. Saya juga melihat dengan mata pengalaman sebagai wakil rakyat, para pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mereka adalah para pelajar yang mendapat perhatian dan kasih sayang dirumah ketika bersama ibu dan bapa serta keluarga dan disekolahnya pula mendapat didikan dan ajaran yang ditumpahkan dengan penuh keikhlasan dan kasihsayang seorang guru.

Dalam memimpin masyarakat Balik Pulau, saya mengimpikan sebuah masyarakat yang harmoni, hidup aman dan saling menghormati. Saya mahukan sebuah masyarakat yang dinamik dengan paksi daya juang yang tinggi untuk berjaya dimasa depan. Saya meletakkan harapan yang tinggi dalam penguasaan ilmu dan pemerkasaan pendidikan dalam juzuk-juzuk kehidupan anak-anak kita dan kita sendiri. Tentulah semua ini akan hanya dapat dicapai dengan kerjasama dan komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bagi diantara guru, ibubapa dan pemimpin. Mudah-mudahan niat yang baik ini akan dipermudahkan Illahi. Marilah kita buka episode baru dalam buku kehidupan kita. Hayatilah slogan guru "HIDUP BERBAKTI". Amatilah ikrar guru yang mendukung terus dan berkeyakinan dengan cita-cita murni profesyen perguruan. Guru-guru akan berbakti kepada masyarakat dan negara tercinta. Guru-guru akan sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara dan akan mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara pada setiap masa.

Dengan lafaz Alhamdulillah dan kalimah suci Bismillahirahma Nirrahim, saya merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Barat Daya Tahun 2012.

Pagar teguh dibina baru,
Padu berdiri di tepi istana;
Besar sungguh jasa guru,
Ilmu diberi bagai permata.

Padu berdiri di tepi istana,
Bunga hiasan naik menjadi;
Ilmu diberi bagai permata,
Membina insan baik pekerti.

Bunga hiasan naik menjadi,
Bunga biru dua jambangan;
Membina insan baik pekerti,
Jasa guru dilupa jangan.

Bunga biru dua jambangan,
Cempaka baru digubah dara;
Jasa guru dilupa jangan,
Tanpa guru siapalah kita.

Terima kasih Cikgu. WE love you.
Wassalam ……

Sr. Muhamad Farid Saad
ADUN Pulau Betong




 

Ahad, 21 April 2013

Biaodata Calun N39 Pulau Betong untuk PRU13


MUHAMAD FARID HJ. SAAD, PJK
Dip. QS (ITM), B.Sc. QS (RGIT, UK), MBA (UUM), Regd. QS (M), FISM


Nama ADUN : Sr. HJ. MUHAMAD FARID BIN HJ. SAAD

Tarikh Lahir : 7 JULAI 1963
Pengalaman Sebagai Wakil Rakyat : N39 PULAU BETONG   
i.     ADUN Pulau Betong, Pulau Pinang : Sejak Tahun - 2004 hingga  April 2013 ( 2 Penggal)

ii.   Setiausaha Politik Kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob Menteri di JPM : Sejak Mac 2010        
       
Pendidikan    :        Sek. Men. St. George, Balik Pulau, Pulau Pinang
                             Sek. Men. Seri Balik Pulau, Pulau Pinang
                             Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia
                             Robert Gordon Institute Of Technology, Scotland, U.K
                             Universiti Utara Malaysia

Kelayakan  Profesional   :        

1. Diploma Ukur Bahan (ITM)
2.  B SC. Quantity Surveying (CNAA – RGIT, UK)
3. Jurkur Bahan Berdaftar dengan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia
4.  Fellow Institute Of Surveyors, Malaysia - FISM (No. Pend. : 1847)
5.  Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan  (MBA) (UUM)                                                      

Pingat          :        Pingat Jasa Kebaktian (Pulau Pinang)

Pengalaman Kerja :        

1983           Trainee, Pembinaan Rahim Sdn. Bhd. 
1984 – 86   Asst. Quantity Surveyor, Nik Farid & Loh 
1988 – 89   Quantity Surveyor, Nik Farid dan Loh  Sdn 
1991–2000         Prinsipal, JUB Ikatan Sepakat
1994–2010         Pengarah Urusan, JUB Ikatan Sepakat Sdn. Bhd                                                                                                    
                                                                        
Keaktifan                :        Ketua Cawangan UMNO
Politik                              Caw. Sungai Korok, Bahagian Balik Pulau

                             :        Naib Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau  

Mula Menyertai Politik       :        3/4/1997

 Nama Isteri / Suami : HJH MARINA BINTI ISMAIL
Tarikh Lahir : 1 November 1963        
Tarikh Perkahwinan : 10 Disember 1988

Kelayakan Akademik/Profesional Isteri/Suami :
 Dip. Microbiology, UiTM,
 B.A (Pedagogy) Univ. Of Pacific,
 M.A (TESL) Univ. Of Pacific, Stockton California, USA

Kerjaya Isteri/Suami :        PENSYARAH KANAN - UiTM

Pengalaman dan Jawatan / Tanggungjawap Yang di Pegang :
Tahun 2008 - Sehingga Tahun 2013 (Sekarang) :
1.   Pengerusi Jawatankuasa Fokus Grup Pembangunan Usahawan Bumiputera
2.   AJK Fokus Grup Pelancungan Pulau Pinang
3.   AJK Fokus Grup Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang
4.   Ahli Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang
5.   Ahli Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
6.   Ahli Majlis Pembangunan Koperasi Pulau Pinang
7.   Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Pertanian Pulau Pinang
8.   Ahli Majlis Pembangunan IADA Pulau Pinang

Mulai 2004 Sehingga April 2008 :

1.                   Ahli Lembaga Pengarah PERDA
2.                   Ahli Jawatankuasa MMK Pelancungan
3.                   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancungan Bumiputer
4.                   Ahli Jawatankuasa MMK Usahawan dan Koperasi
5.                   Ahli Jawatankuasa MMK Agama
6.                   Ahli Jawatankuasa MMK Perumahan
9.                   Pengerusi Homestay Pulau Pinang

Isnin, 1 April 2013

Perancangan Masa Depan


Artikel berikut dibincangkan dalam Akhbar Utusan bertarikh 27 Mac, 2013

Topik : Perancangan YB sekiranya berjaya mempertahankan kerusi DUN Pulau Betong dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

1   1) Apakah perkara pertama yang akan YB lakukan sekiranya YB tercalon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dan seterusnya berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan?

Ada satu perkara yang wajib yang akan saya lakukan. Perkara ini saya lakukan sewaktu menerima tawaran menjadi calon untuk Barisan Nasional pada tahun 2004, tahun 2008 dan juga sewaktu mendapat tawaran menjadi Setiausaha Politik kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, iaitulah meminta restu dari emak (dulu dari arwah ayah juga) dan juga izin dari isteri. Kedua-dua mereka ini amat penting dalam hidup saya (dan semua orang juga).

Tercalon dan menang dua perkara yang sama sekali diluar kawalan saya. Saya hanya berbekalkan keyakinan bahawa saya telah menjalankan tugas saya sebagai wakil rakyat dengan sebaik mungkin dan masyarakat menghargai kerja saya. Kerja-kerja saya adalah menjadi kayu ukur saya samaada saya layak dicalonkan lagi atau berakhir di penggal ini. Pemimpin tertinggi di UMNO Bahagian Balik Pulau, kemudiannya di Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi Barisan Nasional dan seterusnya YAB Presiden UMNO yang akan membuat keputusan akan kelayakan saya untuk bertanding. Itu hak mereka dan saya akur akan semua keputusan yang akan dibuat.

Selepas dicalonkan, saya pula menyerahkan kepada semua penduduk  Balik Pulau yang mempunyai pendafataran sah sebagai pengundi untuk membuat pilihan untuk memilih. Didalam kedua-dua hal ini, iaitu sebagai calon dan untuk menang, saya tidak mempunyai kuasa. Hanya ada dua perkara yang memungkinkan saya berada di penggal akan datang. Pertama adalah penerimaan dan pengiktirafan masyarakat keatas kerja-kerja yang telah saya lakukan dan laksanakan sewaktu saya menjadi wakil rakyat  dipenggal ini. Semuanya  akan dinilaikan oleh masyarakat dan merekalah penentu dan yang keduanya adalah  dengan izin Yang Maha Kuasa.

Jika saya menang ? Kemenangan akan saya takrifkan  sebagai pengiktirafan masyarakat keatas kerja saya selama ini dan kemahuan masyarakat untuk saya menyambung lagi kerja saya. Sering saya katakan bahawa hidup adalah pengorbanan dan perjuangan tetapi seperkara yang mengisafkan saya dalam menjalankan tugas saya sebagai wakil rakyat adalah pesanan arwah ayah saya yang berpesan, “ masa hang senang hang kena ingat kat orang susah dan masa hang susah hang kena ingat ada orang lebih susah dari hang”. Maka itulah yang telah dan akan saya lakukan.

2) Sebagai anak jati Balik Pulau, apakah rancang YB untuk 5 tahun akan datang bagi memastikan Balik Pulau dibangunkan selari dengan kehendak dan keperluan masyarakat?

Bagi saya susah itu datang dalam berbagai bentuk dalam kehidupan kita. Susah dalam pendidikan,  susah dalam kehidupan, susah dalam perekonomian, dan susah dalam perumahan. Makan, tempat tinggal dan pakaian adalah tiga perkara penting dalam kehidupan kita. Maka adalah menjadi agenda utama saya untuk membawa masyarakat keluar dari kesemua kesusahan itu. Saya akan teruskan dengan agenda pemerkasaan pendidikan sebagai tonggak utama yang akan mengubah destini generasi masa depan masyarakat Balik Pulau. Prasarana pendidikan akan dimantapkan lagi sehingga wujud sebuah university disini. Setelah Balik Pulau ini dilengkapkan dengan prasarana sepenuhnya  dari peringkat tadika sehingga ke Politeknik dan Universiti, saya amat berharap tidak akan ada lagi diantara golongan belia yang mempunyai atau mencari sebab untuk tidak belajar selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melainkan mereka sendiri memilih untuk tidak mahu lagi belajar.

Pembangunan modal insan ini, tidak akan sempurna tanpa pengukuhan agama dalam jiwa masing-masing. Sekolah-sekolah agama rendah sediada akan dimantapkan lagi dengan bangunan dan kemudahan yang mencukupi. Dan kelas-kelas agama untuk remaja sebagai kesinambungan kepada sekolah agama sewaktu mereka di sekolah rendah akan diperkenalkan secara berperingkat.

Misi untuk memastikan satu usahawan satu keluarga akan saya teruskan. Saya akan menanam minat keusahawanan dikalangan warga belia dan akan menjadikan keusahawan sebagai kerjaya pilihan para belia.

Isu perumahan juga adalah isu utama yang akan diberikan perhatian. Ada beberapa perancangan dalam tahun 2008 yang tak dapat saya laksanakan disebabkan kekalahan Barisan Nasional di negeri ini akan saya teruskan. InsyaAllah, kerja saya akan lebih mudah jika negeri ini kembali diperintah oleh Barisan Nasional. Saya telah membina banyak rumah-rumah baru dengan mengunakan peruntukan melalui Kerajaan Pusat dan begitu juga rumah-rumah uzur yang telah banyak kita baiki. Masyarakat  tahu akan perkara ini. Saya berharap masyarakat dan melihat semua ini dan nampak apa yang mereka lihat dan dapat menilai sumbangan kerajaan Pusat yang banyak berbanding dengan kerajaan negeri.  Selain daripada bantuan rumah kepada golongan miskin, saya akan mencari kaedah baru untuk memboleh anggota masyarakat dapat memiliki rumah sendiri dengan kaedah pembiayaan  yang mudah, termasuklah membantu mereka menyelesai  masaalah pokok  yang sering dihadapi oleh pewaris tanah-tanah warisan iaitu geran ‘berangkai’. 

Saya mahu mengekalkan kehijauan dan kawasan pertanian. Alam sekitar dan udara tanpa pencemaran perlu dikekalkan. Kelastarian Balik Pulau untuk generasi akan datang akan terus dipertahankan. Konsep ‘from waste to wealth’ akan terus di tekankan agar setiap inci tanah diusahakan, dan setiap hasil di tuai untuk dijadikan produk yang dapat meningkatkan ekonomi sekeluarga.

Pengalaman saya sebagai Perunding Jurukur Bahan, sebagai ahli politik selama 2 penggal dan selama tiga tahun bersama YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob di Unit Perancang Ekonomi telah dan akan saya gunakan untuk membangunkan Balik Pulau kefasa seterusnya. Balik Pulau akan terus dibangunkan sebagai sebuah daerah lestari berprasana moden dan lengkap.

3) Bagi memastikan masyarakat Balik Pulau tidak ketinggalan dalam menuju tahun 2020 yang hanya berbaki 7 tahun lagi, apakah yang akan dilakukan sekiranya YB masih diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi seorang ADUN?

Malaysia hari ini bergerak dan  semakin menghampiri dengan tahun 2020 yang dinantikan oleh semua orang. Masyarakat dunia juga memerhati apakah sebuah Wawasan jangka panjang yang dicetuskan pada tahun 1990 oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri ketika itu berjaya dicapai.  Dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib kita melihat pendekatan yang lebih hebat dan berkesungguhan tinggi dan padu dibuat seperti GTP dan ETP. Rakyat kini dapat melihat dan merasai kesan langsung dan tidak langsung hasil daripada pendekatan yang telah diambil. Gagasan 1Malaysia – Rakyat di Dahulukan dan Pencapaian di Utamakan telah mendapat empat dan sebati dengan warga Malaysia. Meletakkan slogan Janji Di Tetapi juga menunjukkan bahawa YAB Dato Seri Najib ikhlas dalam niatnya dan diserlahkan dengan pendekatan yang bersungguh-sungguh. Saya yakin bahawa kejayaan yang bakal dicapai oleh Malaysia nanti akan dapat dirasai dan dinikmati oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Maka sebab itulah saya berusaha supaya masyarakat Balik Pulau tidak ketinggalan. Sejak dari tahun 2004, apabila menjadi wakil rakyat buat pertama kalinyanya, masyarakat dapat melihat bahawa saya amat menitikberatkan pendidikan dan pencapaian akedemik anak-anak. Setelah 13 tahun, Balik Pulau telah dapat melihat anak-anak kelahiran yang menjadi Doktor, Jurutera, Mekanik, Scientist, Biologist, Akauntan dan banyak bidang lagi. Setiap tahun kita melihat pencapaian yang baik dalam UPSR yang membolehkan anak-anak Balik Pulau memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh dan seterusnya ke universiti. Begitu juga dalam pencapaian PMR, SPM dan STPM. Ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke bidang kemahiran seperti di Perdatech, ILP, IKM, dan sebagainya. Ramai diantara mereka yang bekerja diluar.  Sebenarnya mereka inilah yang menjadi contoh terbaik untuk diikuti oleh pelajar sekolah dan juga remaja.

Saya juga yakin bahawa setiap pelajar atau belia perlu diberi peluang kedua dalam mengejar pelajaran dan kemahiran, malahan dalam urusan kehidupan pun kita perlu diberi peluang kedua. Peluang kedua yang lahir daripada kesedaran dan keinsafan mampu memberi nafas dan semangat baru kepada remaja lepasan sekolah.

Remaja perlu dibimbing. Kesedaran harus diberikan kepada mereka dan mereka tidak boleh dibiarkan bersendirian dan mencari halatuju kehidupan mereka dan mereka tidak boleh dibiarkan berserah kepada nasib semata-semata.  Dengan adanya  Politeknik Balik Pulau dan UiTM Balik Pulau, peluang untuk membimbing mereka lebih terarah. Sering saya katakan bahawa Institusi Pendidikan harus menjadi sebahagian daripada masyarakat barulah mudah untuk kita menerapkan pendidikan sepanjang hayat. Saya telah melihat kejayaan hasil  dari 9 tahun bekerja dan saya akan meneruskan lagi 7 tahun untuk memastikan yang masyarakat Balik Pulau adalah juga masyarakat yang menyumbang kepada Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. InsyaAllah.


4) Bagi YB apakah cabaran paling getir yang perlu YB tempuhi dalam memastikan agenda yang bakal di bawa untuk penggal seterusnya sebagai ADUN dapat direalisasikan?

Banyak cabaran yang perlu saya hadapi. Cabaran terdekat dan paling getir adalah untuk menghadapi PRU13 yang bakal berlangsung dan berjaya dengan cemerlang bersama dengan rakan-rakan lain di Balik Pulau dan seluruh Pulau Pinang dan juga Malaysia.

Kalau berdasarkan kepada pengalaman saya ada banyak cabaran yang menjadi penghalang kepada apa yang saya usahakan dan akan usahakan. Tetapi yang paling sukar diubah dan juga merupakan penghalang kepada kejayaan  dan yang boleh mengagalkan segala perancangan adalah sikap seseorang itu. Saya boleh membuat kertas kerja untuk memohon peruntukkan, meminta agensi untuk membantu dan sebagainya tetapi itu adalah faktor-faktor luaran yang mempunyai kesan yang sedikit atau tiada langsung dengan sikap seseorang. Selalu saya tekankan kepada masyarakat bahawa mereka perlu sedar akan segala kekurangan atau kepayahan mereka, kemudian insaf atas kesemua itu dan berubahlah menuju kebaikan untuk diri mereka dan keluarga mereka.

Saya juga memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan agenda-agenda  tersebut. Masing-masing dan setiap satu daripada masyarakat Balik Pulau mempunyai peranan masing-masing. Kejayaan sesebuah masyaraka akan hanya tercapai jika semua dapat bekerjasama. Sukar tetapi tidak mustahil. Saya telah berusaha dan saya mengajak anggota masyarakat yang memahami dan menyokong usaha saya untuk bersama saya untuk merealisasikan impian kita bersama.

5) Apakah harapan YB terhadap masyarakat Balik Pulau keseluruhannya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti?

Saya telah bersama dengan masyarakat sewaktu mereka ditimpa bencana, sewaktu mereka susah, sewaktu anak-anak mereka hendak masuk kesekolah, sewaktu mereka hendak memohon bantuan agensi untuk berniaga, sewaktu rumah mereka bocor atau tidak dapat dihuni lagi, sewaktu mereka memohon  biasiswa dan pinjaman, sewaktu mereka hendak mendapat pengesahan lesen dan elaun sara hidup, sewaktu mereka tidak dapat turun kelaut, sewaktu mereka tiada bekalan air, sewaktu mereka tiada bekalan letrik, sewaktu mereka dihalau keluar rumah, sewaktu mereka tidak mempunyai duit untuk makan dan banyak lagi kejadian-kejadian dan keperluan-keperluan serta pertolongan yang mereka perlukan. Alhamdulillah, sedaya termampu telah saya laksanakan. Jika ada sebarang kekurangan saya memohon kemaafan. Saya bersyukur kerana telah berjaya mencukupkan tempoh khidmat saya sebagai wakil rakyat, menjalankan amanah yang dipertanggungjawapkan oleh masyarakat kepada saya. Saya yakin bahawa yang membolehkan saya mengharungi kehidupan seorang wakil rakyat yang mencabar dengan hati yang sabar ini dan semangat tidak goyah ini adalah dengan Izin Allah jua. Jika ditakdirkan saya untuk meneruskan khidmat saya, saya akan menerimanya dan melaksanakan keranaNYA jua.

(( Nota : Mudah-mudahan sesaiapa sahaja yang di pilih untuk menjadi Calon BN pada penggal akan datang dan seterusnya memenangi PRU13 itu nanti akan meneruskan kerja-kerja mulai untuk memajukan masyarakat Balik Pulau ))

Rabu, 20 Mac 2013

Keusahawanan di Balik Pulau

Artikel Yang di Keluarkan di Akhbar Utusan pada Rabu, 20hb. Mac.


1 1).  Dari sudut pandangan YB apakah Balik Pulau mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai hub dalam memperkasakan bidang keusahawanan terutamanya dari sudut industri kecil dan sederhana ?

Balik Pulau adalah sebuah daerah yang subur dan kehijauan. Satu lembah yang dibarisi oleh bukit bukau dan disempadani oleh lautan. Sudah pasti bidang keusahawanan pertama yang sesuai berkisar dalam bidang penternakan, hasil lautan dan juga industry asas tani. Ketiga-tiga bidang ini ada sinonim dengan persekitaran maka sewajanyalah perlu dikekalkan. Akan tetapi, ketiga-tiga bidang ini memerlukan kepada pendekatan yang lebih moden, efisyen dan berimpak serta berhasilan tinggi. Penumpuan juga berterusan diberikan kepada industry mikro, terutama makanan yang berkisar proses pembuatan di bengkel didalam atau disebelah rumah.
  
Kedua, mengambil kita Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pelancungan, maka pastinya Balik Pulau berpotensi untuk di juruskan kepada pengwujudan industri sokongan kepada sector pelancungan ini.

Ketiga, Balik Pulau perlu dikekalkan sebagai kawasan hijau, perumahan berdensiti rendah, dan dibangunkan seimbang dengan persekitaran. Oleh yang demikian, salah satu industri yang bersesuaian adalah  bidang animasi dan pembangunan system kerana pelaburan dan infrastruktur untuk industry sebegini tidak memerlukan bangunan yang besar dan tinggi, sebaliknya memerlukan prasarana lebuhraya komunikasi dan bina insan yang hebat dan berpengetahuan terkini.

2) Bagi pandangan YB apakah peluang yang ada di Balik Pulau dalam memangkin keusahawanan di kalangan masyarakat setempat.

Sebagaimana yang saya sebutkan dalam temubual yang lalu yang berkisar tentang pembangunan di Balik Pulau, peluang sebenarnya terbuka luas untuk warga Balik Pulau untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawan. Adalah menjadi agenda saya juga bahawa setiap keluarga perlu ada sekurang-kurangnya seorang usahawan.

Bagi saya, semua usaha yang telah dilaksanakan oleh pimpinan setempat sejak dari dulu lagi untuk memperkasakan modal insan adalah merupakan factor terpenting yang menjadi resepi kejayaan keusahawanan di sini. Kita telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang yang berjaya dalam bidang elektronik, electrical, otomotif, kedoktoran, ICT dan sebagainya. Semua ini sebenar untuk membuka peluang kepada mereka untuk beralih angin untuk menjadi ahli perniagaan dan yang paling saya harapkan adalah agar mereka kembali kekampung halaman untuk tinggal dan mencari rezeki disini mengikut bidang kepakaran masing. Saya berharap mereka-mereka yang berjaya itu nanti akan menjadi ikon atau idola pencetus semangat keusahawan dikalangan generasi baru. Sebab itu, sering saya katakana bahawa apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk persediaan untuk generasi Balik Pulau akan datang.

3) Bagaimana YB melihat penglibatan masyarakat terutamanya golongan belia untuk menjadikan keusahawanan sebagai sumber pendapatan?

Putaran roda kehidupan tidak akan terhenti, tetapi semangat mungkin terhenti jika tidak dibaja secara berterusan dan berinovatif untuk memberi kesedaran baru kepada masyarakat terutamanya golongan belia.

Saya menyokong penuh wawasan kerajaan Persekutuan yang kini memberi tumpuan kepada bidang teknikal dan vokasional yang berkemahiran tinggi dalam usaha untuk memperlengkapkan rakyatnya menghadapi Negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan seterusnya. Kita di Balik Pulau telah lama menyedari keperluan ini. Kita bina Kolej Kemahiran Tinggi Mara, kita tukar status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional, kita bina Giat Mara, kita sedang dalam pembinaan Politeknik Balik Pulau dan insyaAllah kita akan membina Universiti Teknologi MARA. Kesemua ini sebenarnya adalah untuk menyediakan tempat pembelajaran yang luas untuk dipilih oleh belia dan beliawanis di sini.

Saya juga berpendapat bahawa setiap belia kita perlu diberi peluang kedua dalam kehidupan mereka, lebih lagi bagi mencari bidang kerjaya yang bersesuaian dengan jiwa dan kelayakan mereka. Jika mereka gagal dalam bidang akedemik dalam peperiksaan PMR ataupun dalam SPM, itu tidak bermakna masa depan mereka akan gelap. Kerajaan patut bantu mereka untuk bangun dari kegagalan akedemik dizaman persekolahan dan seterusnya penyesuaian diri mereka dalam persekitaran dunia sebenar yang mencabar yang memerlukan mereka sedar bahawa hanya dengan keinsafan bahawa kejayaan tidak mencari mereka, sabar mengejar cita-cita dan tekun mengadapi cabaran sahaja yang mampu membawa mereka menuju kejayaan.

Bila mereka telah berjaya mengumpulkan kemahiran serta pengalaman, mereka boleh berjinak dan seterusnya menceburi bidang keusahawan.

Masyarakat Balik Pulau sebenarnya mengetahui dan menyedari bahawasanya salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan, dan kekayaan generasi baru Balik Pulau adalah dengan menceburi diri dalam bidang perniagaan. Para belia juga semakin sedar keadaan ini setelah mereka melihat sendiri masaalah kehidupan yang semakin terhimpit dan perumahan yang semakin diluar kemampuan mereka. Saya amat berharap agar masyarakat tidak berterusan menunding jadi menyalahkan orang lain diatas segala permasaalahan mereka sebaliknya beriltizam untuk turut serta menyokong dasar kerajaan persekutuan untuk membuat transformasi yang diperlukan untuk Balik Pulau yang cemerlang.

4) Dalam memastikan program keusahawanan di Balik Pulau berjaya, bagi YB apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pemimpin dan agensi-agensi terlibat dalam membantu masyarakat terutamanya mereka yang baru hendak menceburi bidang keusahawanan?

Saya berpendapat bahawa usahawan harus didampingi secara berterusan. Hanya darjah dan jenis bantuan sahaja berbeza mengikut status pencapaian mereka. Mereka mahu rasa dihargai. Mereka mahu suara mereka didengari. Sebenarnya mereka mahu pemimpin dan kerajaan memikirkan yang terbaik untuk mereka. Pun begitu, saya juga berharap agar para usahawan tidak berterusan mengharap bantuan kerajaan, jauh sekali dari mereka dikenali sebagai usahawan yang terlalu manja dan hanya akan bergerak setelah dibantu.

Sebagai Pengerusi Fokus Grup Ushawan saya telah berpeluang mendengar dan melihat sendiri rakan-rakan usahawan di negeri Pulau Pinang ini, di pelbagai peringkat perniagaan mereka dan didalam pelbagai jenis perniagaan. Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang bermula dengan modal dan usaha sendiri, kemudiannya mendapatkan bantuan agensi dan selepas itu berdikari. Kesemua yang berjaya juga adalah usahawan yang komited dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kepada perniagaan mereka. Setiap masaalah mereka hadapi dengan tabah dan agensi merupakan rakan mereka apabila menemui jalan buntu.

Saya mengetahui bahawa telah banyak bantuan kewangan yang disalurkan oleh agensi-agensi kerajaan pusat kepada usahawan di Balik Pulau ini, antaranya PERDA, TEKUN, MARA, Jabatan Pertanian, FAMA, IADA, PUNB, PNS, Amanah Ikhtiar dan banyak agensi lagi. Agensi telah menunaikan amanah yang dipertanggungjawapkan kepada mereka untuk membantu usahawan, maka usahawan perlu membalas dengan menjadi usahawan yang benar-benar berjaya dan mampu berdiri diatas kaki sendiri.
               
5) Bagaimana YB melihat pencapaian masyarakat Balik Pulau dalam bidang keusahawanan ini dan apakah cabaran utama yang perlu ditempuhi bagi memastikan mereka dapat bertahan dalam perniagaan?

Semakin hari semakin banyak masyarakat Balik Pulau yang menceburi bidang keusahawan. Saya gembira dengan perkembangan ini. Walaupun kuantiti usahawan bertambah tetapi dari segi kualiti kita masih ketinggalan. Pada saya cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan banyak. Yang paling utama adalah bagaimana hendak mengawal nafsu mereka. Kebanyakan mereka tidak sabar dan seringkali gagal untuk mengurus kejayaan. Berjaya sikit mereka dah mula lupa diri. Ramai juga yang akhirnya terkandas kerana tidak mampu membayar balik hutang dan yang paling mendukacitakan adalah mereka tidak mahu membayar balik hutang mereka. Bila akhirnya ditimpa masaalah, mulalah mengelabah dan menyalahkan orang lain.

Ada juga sebahagian daripada mereka yang memilih jenis perniagaan kerana melihat orang lain berjaya dalam jenis perniagaan itu padahal mereka sendiri tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam jenis perniagaan itu.

Barang diingat bahawa cabaran dalam bidang keusahawan ini banyak, tetapi pulangannya juga adalah banyak dan lumayan. Tidak ada jalan mudah dalam mencapai kejayaan. Kehidupan seorang usahawan memerlukan pengorbanan dan perjuagan berterusan serta keihlasa.

6) Apakah harapan dan impian YB terhadap keusahawanan di Balik Pulau dalam tempoh 5 tahun kehadapan dan tahun-tahun berikutnya?

Pendidikan adalah agenda utama saya. Dan keusahawan adalah kerjaya pilihan yang mahu saya terapkan kepada generasi muda. Saya sendiri hanya bekerja makan gaji selama dua tahun, selepas daripada itu saya bekerja sendiri dengan membuka firma Perunding Ukur Bahan. Saya tahu perit maung menjadi seorang usahawan yang hanya berbekalkan keyakinan serta ilmu didada tanpa bantuan kewangan kerana berasal dari keluarga yang serba sederhana.

Tetapi saya yakin bahawa keusahawan dalam apa juga bentuk yang diceburi, boleh mengubah wajah generasi baru Balik Pulau dalam masa 5 tahun dan selepas daripada itu. Ini adalah kerana usahawan yang berilmu berupaya menghadapi apa jua rintangan. Saya impikan masyakarakat Balik Pulau yang progresif dan berjaya. Saya yakin mampu mencapainya jika masyarakat Balik Pulau keseluruhannya bersatu dan tidak membuang masa dengan melakukan dan melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah yang boleh memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.

Saya amat berharap agar masyarakat Balik Pulau keseluruhannya dapat bekerja bersama saya untuk meneruskan cita-cita dan harapan membangunkan masyarakat yang lebih cemerlang.

Rabu, 13 Mac 2013

Artikel Yang Di Keluarkan Dalam Akhbar Utusan - Rabu 13 Mac. 2013


Artikel ini adalah jawapan lengkap bagi menjawap soalan yang dikemukakan oleh  akhbar. Artikel ini akan membincangan mengenai pembanggunan dan transformasi di kawasan Balik Pulau. Hanya sebahagian sahaja daripada artikel ini yang telah disiarkan. Saya paparkan keseluruhannya di sini untuk membolehkan masyarakat membaca dan memahami apa yang saya mahu masyarakat tahu tentang pengalaman dan yang lebih penting harapan saya untuk Balik Pulau secara umumnya.


1) Dari pandanganYB, bagaimana YB melihat pembangunan di Balik Pulau sekarang ini berbanding dahulu?

Balik Pulau adalah sebuah kawasan yang masih kehijauan. Pun begitu sebagai satu-satunya kawasan di bahagian pulau yang belum terbangun sepenuhnya,  terdapat asakan demi asakan pembangunan yang menerjah masuk terutamanya perumahan mewah yang merupakan satu fenomena negatif bagi masyarakat Balik Pulau.

Pembinaan perumahan mewah bukanlah bentuk pembangunan yang diharapkan oleh masyarakat disini. Perumahan mewah sebenarnya mengundang  keresahan yang tidak berkesudahan kepada masyarakat yang rata-ratanya hidup dalam keadaan serba sederhana.

Secara keseluruhannya, Balik Pulau hari ini telah berubah wajah. Sejak pertengahan tahun 1990 kita telah mebawa beberapa bangunan baru yang menjadi perisian kepada pembanguna di kawasan ini antaranya Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kompleks Sukan balik Pulau, Kompleks Pasar Awam serta Terminal Bas, Masjid Daerah, Kompleks Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Syariah, Sekolah Pondoh Upeh, Maahad Al-Mashoor dan juga Kompleks Pejabat Daerah. Ini semua dibawa oleh pemimpin dan kerajaan yang di pimpin oleh Barisan Nasional.


2) Dalam usaha menjadikan Balik Pulau sebagai kawasan penempatan dan bandar terancangan, bagaimana YB melihat corak pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan Balik Pulau?

Pembangunan yang kita bawa kekawasan Balik Pulau adalah pembangunan yang  seimbang diantara pembangunan fizikal dan pembangunan modal insan. Kita yang saya maksudkan adalah kepimpinan Barisan Nasional yang telah bersama membangunkan kawasan ini. Sebab itu, dari dulu lagi kita agak selektif dalam membenarkan pembangunan perumahan baru dikawasan ini. Kita hadkan kawasan yang dibuka untuk perumahan, kita hadkan harga jualan rumah, kita tetapkan komposisi perumahan yang dibina. Kita perihatin tentang keperluan masyarakat kerana kita senantisa bersama mereka dan memahami keperluan serta kemampuan anggota masyarakat. Pendekatan kita adalah, perkukuhkan modal insan iaitu dengan sektor pendidikan sebagai tumpuan, perkemaskan jaringan perhubungan antara kawasan iaitulah pembinaan jalan-jalan kampung, perlengkapkan kemudahan asas iaitu bekalan letrik, air, talipon serta internet, pertahankan kehijauan dan ekosistem kehidupan nelayan, penternak dan nelayan, penambahbaikan kepada rumah-rumah yang dhaif serta membina persekitaran kampung yang lebih selesa, cantik, bersih dan kondusif untuk perkembangan masyarakat secara keseluruhannya.

Kita juga mahunkan supaya kampung-kampung tradisi yang berada diInsyaAllah kita akan meneruskan agenda pembangunan lestari di kawasan Balik Pulau ini. Semasa kita menyediakan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang, kita telah meletakkan fasal-fasal khusus dalam butiran pelan perancangan untuk mengekalkan kampung-kampung tradisi di kawasan Balik Pulau ini.


3) Bagaimana dengan fasiliti dan infrastruktur di Balik Pulau, adakah ia sudah mencukupi atau perlu di tambah baik?

Balik Pulau sepertimana kawasan-kawasan lain di negeri ini perlu dibangunkan tetapi dalam bentuk pembangunan lestari. Kemudahan-kemudahan asas telah lengkap dan dipertingkatkan dari masa kemasa seiring dengan keperluan pertambahan penduduk dan pembukaan kawasan-kawasan penempatan baru.

Hampir setiap tahun Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan untuk memperbaiki dan mempertingkan kemudahan asas. Jalan-jalan kampung yang mengalami kerosakan akan diperbaiki, dan yang baru untuk akan dibina. Begitu juga kerja-kerja peningkatan bekalan air mentah samaada memasang paip dilaluan baru atau menukar paip kepada yang bersaiz besar dan yang mengantikan paip yang rosak dan berkarat bagi menampung keperluan semasa berterusan dilaksanakan. Begritu juga dengan bekalan letrik yang ditambah mengikut keperluan dan juga pertambahan serta penukaran lampu jalan kampung yang cukup banyak telah diuruskan untuk kesejahteraan rakyat. Hampir setiap jalan kampung dipasang dengan lampu dan ditambahkan mengikut keperluan sepertimana yang diminta oleh masyarakat. Kesemua ini dilaksanakan kerana kita mendengar suara rakyat dan keperluan mereka. Saya ingin mengajak anggota masyarakat Balik Pulau supaya melihat kesemua ini dan mensyukuri akan segala kemudahan yang dinikmati hari ini.

3) Sejauh manakah keyakinan YB terhadap keupayaan Balik Pulau untuk dibangunkan sebagai sebuah bandar moden dengan mengekalkan ciri-ciri warisan dan kehijauan yang ada?

Saya adalah orang yang mencintai kedamaian dan kehijauan. Saya akan berterusan meningkatkan dan mempermodenkan kemudahan asas tetapi kita jangan berkompromi dalam hal yang berkaitan dengan pengekalan tradisi dan kebudayaan kita. Saya mahu kita bukan sahaja menjaga hubungan kita dengan manusia, tetapi kita juga perlu menjaga hubungan kita dengan alam sekitar dan Balik Pulau harus dikekalkan sebagai kawasan hijau. Pembangunan yang lestari dan mampan akan berterusan menjadi agenda saya dalam membangunkan Balik Pulau.

4) Dalam menjadikan Balik Pulau sebagai sebuah bandar moden, bagaimana YB melihat cabaran yang perlu ditempuhi oleh masyarakat Balik Pulau agar selari dengan pembangunan yang dirancangkan?

Saya selalu menasihatkan anggota masyarakat saya supaya senantisa meletakkan kepentingan generasi masa depan dalam apa jua perancangan dan perlaksanaan masa ini. Kita hari ini berdepan dengan kapitalis yang melihat kepada pembangan yang boleh membawa keuntungan kepada mereka. Mereka akan mensasarkan dan mengutamakan golongan kaya dan berpendapatan tinggi untuk mencapai matlamat mereka. Saya pula berhadapan dan berada dengan golongan sederhana dan berpendapatan rendah yang merupakan golongan majority dikawasan ini yang sedang berusaha mempertahankan apa yang mereka ada dan mereka warisi. Mereka berusaha untuk  mempertahankan untuk anak cucu mereka. Saya selalu berpesan bahawa apa yang mereka miliki hari ini adalah amanah yang mereka pegang untuk generasi akan datang, samaada dari segi harta mereka malahan dari segi warisan tradisi dan kehijauan serta kesegaran dikawasan ini. Memanglah sukar untuk menolak tawaran wang ringgit berbanding dengan mengekalkan warisan mereka kerana kehidupan meeka yang serba sederhana hanya boleh dicapai dengan menukarkannya dengan wang ringgit dan kemudiannya membeli apa-apa yang mereka hajatkan. Saya sedar akan dilemma yang mereka hadapi, saya harapkan mereka bersabar dan berkorban kemewahan hari ini untuk masa depan anak-anak zuriat mereka dimasa hadapan.


5) Sebagai pemimpin Melayu, bagaimana  YB melihat nasib orang Melayu di Balik Pulau sekarang ini dan apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan orang Melayu Balik Pulau tidak ketinggalan dalam pembangunan?

Saya tidak mahu orang Melayu malahan orang Cina dan India sekalipun ketinggalan dalam arus pembangunan di Balik Pulau ini. Saya amat berkeyakinan bahawa orang-orang Balik Pulau ini memerlukan sedikit masa lagi untuk mempersiapkan diri mereka dan keluarga mereka untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar. Saya selalu menekankan malahan memperjuangkan pengukuhan dan pemantapan pendidikan untuk masyarakat Balik Pulau. Hanya dengan pendidikan sahajalah generasi mendatang akan lebih bersedia untuk menghadapi apa jua bentuk pembangunan yang akan menjejaki kawasan ini. Sementara menunggu generasi pelapis ini bersedia dan mengambil alih tugas ibu dan bapa mereka, maka ibu dan bapa perlu bersabar dan bersederhana dalam kehidupan mereka hari ini.

6) Apakah harapan YB terhadap Balik Pulau dalam menuju ke tahun 2020 dan apakah perancangan YB dalam membangunkan lagi Balik Pulau untuk masa hadapan?

Saya telah bersama dengan masyarakat saya selama 9 tahun sepenuh masa. Saya menyayangi masyarakat saya. Saya mahu generasi baru Balik Pulau tahun 2020 dan selepas daripada itu lebih cemerlang setelah semua usaha yang saya lakukan bersama dengan pemimpin lain untuk mereka berjaya mencapai matlamat. Saya tak mampu membuat semuanya, tetapi anggota masyarakat yang memahami apa yang saya telah dan sedang saya buat akan tetap bersama saya. Keyakinan saya adalah keyakinan mereka dan kejayaan saya adalah kejayaan mereka juga. Saya memimpin sebuah masyarakat yang pelbagai baik dari segi agama mahupun kaum malahan status kehidupan juga berbeza dan ketara. Tetapi saya yakin dalam setiap ketegasan saya terhadap mereka adalah kerana saya sayangkan mereka. Saya ikhlas dalam pendekatan saya. Lembut tapi tak putus, keras tapi tak patah. Saya melentur rebong yang dengan izin yang Maha Kuasa akan berhasil mencapai matlamat dan sasaran.

Ahad, 24 Februari 2013

Sembilan Tahun Perjalananku


SembilanTahun Perjalananku

Masihku ingat
Dikala umur 40 tahun
Insan hina membuat pejalanan
Mencari pedoman
Mencari panduan
Mencari jawapan seribu pertanyaan
Mencari keredhaan Illahi
Yang pasti

Aku bertamu di Baitullah
Aku bersolat di Raudhah
Terasa terlalu kerdil
Setiap kali tangan ditadah
Titisan airmata mengalir tanpa sedar
Terasa benar terlalu kecil berdepan Terlalu Besar

Dua minggu selepas kepulangan
Nama diumum sebagai calon
Dengan rambut yang masih terpacak
Bergerak berarak kampung di terjah
Mohon sokongan mohon dokongan
Mohon mandat mohon keredhoan
Menyedari baru diseru politik
Entah berjaya entahkan tidak
Berbekal tawakkal anugerah Illahi
Terus melangkah menginfak perjuangan

4 tahun berlalu, kembali bertarung
Berbekal pengalaman
Lagi berarak kampung di terjah
Memeriksa dan diperiksa
Dikeji dipuji rakyat memerhati
Adat pertandingan kalah dan menang
Kemenangan dicapai setebal kulit bawang
Bersyukur meneruskan kerja bakti
Menyusuri lingkaran kehidupan
Mengarap perjuangan menabur bakti
Tanpa kenal erti penat
Tanpa ketahui erti lelah

Kini Masih kuhadapi
Hidupku adalah pengorbanan dan perjuangan
Banyak di korbankan
Banyak di perjuangkan
Tapi tak ramai yang mengetahui
Kerana tak semua perkara perlu diketahui
Tapi tak ramai yang sedar
Kerana tak semua perkara perlu tersebar
Keikhlasan tidak boleh dijualbeli
Tapi keikhlasan kerap dicabuli
Oleh Manusia yang tidak punya harga diri
Oleh Manusia kemaruk duniawi semata
Rela bersahaja menabur fitnah
Seolah diri tak pernah salah
Padahal bercerita hal sendiri
Mengambar orang tak terperi
Menjalangi fikiran masyarakat sendiri
Mengadai maruah diri mengubah persepsi

Masih ku teruskan perjalanan ini
Warga miskin ku insafi
Masyarakat kaya ku sedari
Yang memerlukan dekat dihati
Yang menyokong terus dipayungi

Dini hari pintu diketuk
Mohon bantuan
Ambang sore pintu diketuk
Minta sumbangan
Guruh berbunyi hatiku resah
Hujan mulai turun hatiku gundah
Banjir, Pokok tumbang perlu diredah
Sekolah dibuka peruntukkan wajib ada
Memasuki universiti sumbang biaya perlu sedia
Jauhkan Along perlu ditolong
Gelap perlu dicerahkan
Kehausan wajib di segarkan
Tubuh harus dibaluti
Rumah daif bergalang berganti

Tidurku beralaskan lengan
Memikirkan sesuatu harus dilakukan
Yang termampu
Yang terdaya
Insan biasa serba kekurangan

Lebih parah pabila pintu hati diketuk
Trajis memikir perihal penghuni bumi
Ya Allah ... mengapa masyarakatku terus begini
Apakah tidak cukup bantuan diberi
Apakah tidak lengkap kemudahan diberi
Apakah salah kami
Apakah dosa mereka
Berlambak rezeki tidak mencukupi
Bertimbun habuan tidak memadai
Yang mudah dijadikan susah
Yang ringan dinisbahkan berat
Masih mahu yang pipih dilayangkan
Masih mahu yang bulat digolekkan
Masih mengharap terjunan nikmat
Dicelah bala yang tidak nampak
Diatas rahmat yang tidak disyukuri

Masih ku ingini
Masih ku hajati
Bulatkan tekad menabur bakti
Untuk petiwi yang ku sayangi
Kerana hati ini berterusan meleteri
Perjuanganmu belum selesai
Pengorbananmu tak sebarapa
Kejayaanmu masih kecil
Masih banyak yang menaruh harapan
Masih ramai yang mendamba bantuan
Masih awal untuk berundur
Kerana perjalanan masih jauh
Berliku beronak berduri
Dalam membangun jatidiri masyarakat sejati
Bukan hanya rumah sendiri
Tapi premis tidak terbatas membatasi

Masih ku ingat
Dirumah Allah sikerdil menadah tangan
Penuh harapan mengharap bantuan
Kini dirumah sendiri mengisafi diri
Segala dimiliki hanya sementara
Ianya milikNYA jua
Dibumi Allah sebagai saksi
Walau tidak di Baitullah atau di Raudhah
Sikerdil masih tetap mengangkat tangan
Menadah kelangit memohon penuh keinsafan
Memohon keberkatan, kerahmatan dan keredhaan
Bahawa perjuangan mahu diteruskan
Bersandarkan bantuan serta pertolongan
Berterusan mengiringi pekerjaan
Yang dilakukan KeranaMU Ya ALLAH
Atas kasih sayangMu aku berkorban
Untuk masyarakatku aku berjuang
Perjuangan yang belum selesai

Rahmatilah Aku dan Masyarakatku

Nukilan : Sr. Farid
24 Feb. 2014

Selasa, 20 November 2012

" ...... perjalananku"

Saya rasa bersyukur, kerana baru-baru ini saya telah terjumpa sebuah penulisan yang telah saya karang kira-kira 14 tahun yang lalu. Saya telah menyalin semula untuk dikongsikan kepada rakan-rakan usahawan, para belia dan graduan yang baru menceburkan diri dalam bidangan keusahawan, atau yang sedang berkira-kira untuk menjadi usahawan, malahan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengenali diri dan pengalaman saya dimasa lalu. Walaupun telah lama ditulis (14 tahun yang lalu), saya boleh tersenyum melihat dan membaca beberapa perenggan yang ditulis mengenai impian dan harapan saya sewaktu itu. Semuga ada diantara penulisan ini yang akan dapat dijadikan panduan, dan juga peransang kepada pembaca.

APABILA saya mula berfikir untuk mencari satu topik yang sesuai untuk ditulis bagi memenuhi kehendak kursus keusahawanan, saya rasa agak susah. Ini adalah kerana keusahawanan adalah satu topik yang luas, begitu menarik dan begitu bermakna dalam kehidupan saya.

Saya berpendapat bahawa adalah lebih baik dan bermenafaat untuk menulis sesuatu yang boleh, sekiranya dibaca atau diketengahkan, membuka pintu hati, memberi kesedaran dan meniupkan semangat seseorang itu untuk menjadi seorang usahawan. Setidak-tidaknya menyedarkan bahawa apa yang disabdakan oleh Rasullah S.A.W bahawa “99%” daripada rezeki adalah daripada perniagaan adalah benar dan adalah sebagai pengalak atau pemangkin kearah melahirkan seorang usahawan.

Tulisan ini sekaligus bertujuan untuk menyedarkan saya sendiri bahawa, perjalanan saya masih jauh, halangan masih banyak yang perlu ditempuhi dan apakah saya akan berjaya memburu cita-cita yang tersurat di hati sanubari.

Saya namakan tulisan ini sebagai “…………………………..Perjalananku”

Sejak dari kecil lagi saya gemar berniaga. Apabila saya berumur 11 tahun (Darjah 5), saya telah mula menjual rojak buah di sekolah petang (Sek. Ugama) dengan buah-buahan yang saya dan ayah saya tanam sendiri di sawah. Saya juga menjual ‘Sagon’ dan ‘Aiskrim Malaysia’ yang emak saya buat. Pada hujung minggu saya akan membantu bapa saudara menjual kain baju di Pasar Minggu. Saya mendapat sedikit upah akan tetapi keseronokan boleh menjual melebihi segalanya. Dalam hati kecil saya sudah mula timbul bibit-bibit sukakan perniagaan.

Apabila tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya pergi merantau ke Kuala Lumpur. Saya tinggal di Selayang Baru dan membantu orang kampung saya yang telah merantau berniaga. Di pagi hari, saya menjual daging di Pasar Selayang, petang hari menjual di kedai runcit dan malam hari menjual di warung. Sememangnya amat letih dengan kerja-kerja itu tetapi keseronokan mengatasi segalanya. Walaupun upah tak seberapa tapi ilmu dari pengalaman yang saya perolehi tidak dapat dijual beli.

Apabila saya berada di Scotland untuk melanjutkan pelajaran saya juga tetap dengan minat saya untuk mencari duit tambahan dan pengalaman berniaga. Di petang hari apabila saya lapang, saya akan mengabis masa selama lebih kurang dua jam untuk keluar berjalan dari rumah ke rumah menjual produk-produk di bawah “Betterware”.

Kerana minat yang mendalam, saya tidak kisah bekerja walaupun pada masa yang sama rakan-rakan senegara berihat ; walaupun terpaksa berjalan mengharungi salji. Upahnya berbentuk komisyen. Jadi pendapatannya bolehlah tahan. Kalau saya kerja kuat dan jualan banyak saya akan dapat pendapatan yang lebih. Yang pentingnya saya dapat mempelajari teknik perniagaan yang dijalankan dan bagaimana komisyen diagihkan.

Saya bukanlah berasal dari keluarga yang senang, perniagaan yang saya ceburi dan hasil yang saya terima dari pengorbanan masa, tenaga dan keringat saya adalah sesuatu yang amat dihargai.

Keluarga saya bukanlah keluarga ahli perniagaan yang boleh saya ikuti atau jadikan contoh. Pemerhatian keatas kejayaan orang lain, cemburu atas kejayaan mereka, irihati di atas kemewahan yang mereka perolehi adalah diantara faktor-faktor yang membakar semangat saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Dalam kehidupan kita, kita harus mempunyai cita-cita. Cita-cita kecil atau cita-cita besar tidak penting. Yang penting adalah usaha dan ikhtiar kita dalam memastikan bahawa cita-cita kita itu tercapai. Jangan diharapkan yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek. Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Cuba kita perhatikan diri kita. Apabila kita dilahirkan ke dunia, kita mula belajar menyebut bunyi-bunyian, kita belajar merangkak, belajar duduk, balajar berjalan dan seterusnya berlari. Siapakah yang mengajar kita bunyi, merangkak, duduk dan seterusnya? Tuhan yang Maha Kuasa mengerakkan kita untuk melakukannya. Dijadikan otot-otot dan badan kita sedemikian rupa untuk membolehkan kita bergerak. Apabila kita besar, kita sedar bahawa kita boleh berjalan dan berlari dan memanjat dan sebagai. Selepas itu kita sedar bahawa kita boleh mempercepatkan pergerakan kita itu dengan cara kita berusaha dan berlatih untuk pergerakan yang lebih sempurna. Akal fikiran yang dianugerahkan Ilahi, kita gunakan dalam membuat perkiraan, pertimbangan, penyelesaian terhadap kehendak kita itu dan begitulah seterusnya.

Bagitu jugalah dengan evolusi kesedaran kita terhadap dunia keusahawanan dan perniagaan. Ada di antara kita digerakkan hati untuk berniaga dari kecil lagi dan ada pula apabila dewasa. Ada yang cepat ada yang lambat. Kita harus percaya bahawa setiap makhluk yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai rezeki masing-masing. Kita perlu berusaha. Banyak atau sedikit, cepat atau lambat adalah terletak di bahu kita.

Saya yakin bahawa kesedaran untuk memperolehi kehidupan yang senang ada dalam diri masing-masing, sejak dari kecil lagi. Apabila kesedaran dah ada, maka di atas diri kitalah terletaknya inisiatif untuk menjayakannya. Sepertimana kita berusaha memperbaiki ketahanan kita dalam berlari, melompat dan sebagainya, maka begitulah juga dengan kejayaan kita dalam keusahawanan. Kita perlu berlatih, berusaha dengan berterusan untuk memastikan apa yang kita hajati dapat dicapai. Apabila kita berhenti berlatih, kita akan lemah dan kalah; apabila kita berhenti berusaha kita akan tenggelam dan menghampiri kegagalan.

Apabila saya mendapat keputusan diterima memasuki Institut Teknologi MARA, saya amat bergebira dan bersyukur. Tetapi apabila saya mula berkenalan dengan kursus yang saya ambil dan apabila saya bandingkan kelulusan saya dengan kelulusan kawan-kawan saya, hati saya menjadi risau. Risau yang pertama adalah kerana kursus yang saya ambil (Quantity Surveying atau Ukur Bahan) adalah kursus yang amat asing bagi saya. Sepupu saya menasihatkan supaya diambil kursus itu disebabkan kekurangan pengetahuan, saya ikut saja.

Risau yang keduanya pula ialah apabila saya membandingkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia saya dan rakan dan juga latar belakang mereka amatlah berbeza berbanding dengan saya.

Walaubagaimanapun kerisauan itu tidak saya biarkan lama bertapak di hati saya sebaliknya saya lawankan ia dengan semangat yang berkobar-kobar bahawa tiada yang mustahil di dunia ini. Saya juga seperti mereka, punya akal untuk berfikir, punya hati untuk membuat pertimbangan dan sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa sedia untuk menerima dan memakbulkan doa hambanya yang kuat dan rajin berusaha.

Lantas saya tetapkan satu wawasan dalam hidup dan cita-cita secara berperingkat untuk dicapai, iaitu :

1. Harus mendapat Diploma dengan C.G.P.A tidak kurang dari 3.00 mata
2. Harus meletakkan diri dala kategori pelajar cemerlang supaya mendapat tawaran MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
3. Harus berdaftar sebagai Jurukur Bahan Professional pada umur 28 tahun
4. Membuka firma sendiri apabila berumur 30 tahun.

Alhamdulillah saya sekarang berumur 35 tahun. Apakah saya berjaya mencapai cita-cita saya ? Ya dan masih lagi sedang berusaha. Saya berjaya mendapat CGPA melebihi 3.00 mata, terpilih dan ditawarkan biasiswa oleh MARA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Saya berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Jurukur Bahan Professional pada umur 28 tahun. Saya mendaftarkan firma saya pada umur 28 tahun iaitu dua tahun lebih awal dari jangkaan saya. Saya telah menjadi majikan selama lapan tahun dan kini mempunyai dua pejabat di Alor Setar dan Petaling Jaya dengan jumlah kakitangan seramai 22 orang (dibantu oleh dua (2) pengarah di pejabat Petaling Jaya).

Kita tidak pernah dijanjikan bahawa semua yang kita usahakan, kita idamkan atau kita hajatkan akan tercapai atau dapat dicapai pada masa yang kita harapkan. Saya perlu terus berusaha dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Tuhan Yang Maha Permurah.

Saya amat bersyukur kerana saya di beri kesihatan, kekuatan dan ketabahan oleh Yang Maha Kuasa. Pintu rezeku dibukaNya untuk diketuk oleh semua hambaNya yang rajin berusaha.

Sementara menunggu untuk masuk fasa ke 2 dalam perancangan hidup saya iaitu apabila memasuki umur 36 tahun ke atas, saya sudah mula memikirkan perancangan saya seterusnya. Fasa kedua adalah selama 4 tahun iaitu sehingga umur saya 40 tahun.

Saya berpendapat bahawa umur di antara 30 hingga 40 tahun adalah umur untuk kita bekerja keras kerana tenaga kita pada tempoh umur ini Insyaallah diberikan Allah adalah kuat. Ini membolehkan kita bekerja tidak kira siang atau malam, tidak kira penat lelah.

Apabila mencecah umur 40 tahun, kita seharusnya lebih dewasa, lebih matang, lebih arif, lebih kukuh dari segi kewangan, ketokohan dan lebih berkeyakinan.

Dengan yang demikian, kita berada di satu kedudukan yang selesa untuk melepaskan sedikit tanggungjawab kepada kakitangan yang senior yang telah dilatih, memerhati dan menyelia pekerjaan mereka, menceburi bidang yang baru dan mula mendamping pihak-pihak berkuasa seperti Menteri-menteri, Pengarah-pengarah Kanan Pejabat Kerajaan dan duduk semeja bersama-sama dengan ahli serta tokoh perniagaan dan korporat. Insyaallah, jika dipanjangkan umur saya akan sampai ke peringkat ini.

Ingin saya berbalik kepada sejarah penubuhan firma saya dan bagaimana saya bermula, apakah halangan-halangan yang saya hadapi, apakah kekurangan-kekurangan yang saya tempuhi dan sebagainya sehinggalah kehari ini.

Firma ini saya tubuhkan pada tahun 1990. Pada masa itu, saya masih bekerja di Kuala Lumpur. Saya telah menerima dan melantik seorang kawan yang menetap di Alor Setar untuk mengendalikan pejabat di sini. Sementara itu saya memerhatinya dan berulang-alik sebulan sekali dari Kuala Lumpur. Disebabkan firma ini adalah firma professional dan ditubuhkan dengan kelulusan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia dan tertakluk kepada Akta Parliamen, maka sudah tentulah ada perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Firma ini didaftarkan oleh saya sebagai firma pemilik Perseorangan (Sole-Proprietor). Ini bermakna, atas bahu sayalah tanggung segala ‘tanggungjawab’ (responsibilities) dan ‘liabilities’.

Apabila setahun berlalu, saya merasakan dan berpendapat bahawa terdapat beberapa tindakan telah dilakukan di luar pengetahuan saya. Selepas saya selidiki dan berpuas hati dengan penemuan saya, saya mengambil keputusan untuk kembali ke Alor Setar dan menumpukan sepenuh masa saya kepada firma ini.

Saya kembali dengan hati yang terbuka untuk menempuh segala cabaran dan dugaan saya terpaksa berkorban. Saya terpaksa melepaskan kerja saya di Firma Swasta yang pada ketika ini adalah jawatan ‘Senior’ dan menolak tawaran Pengarah. Saya terpaksa tinggal berjauhan dengan isteri dan anak saya dan saya terpaksa menjual kereta kerana tidak punya cukup modal.

Setahun yang pertama amat getir dalam kehidupan saya. Elaun saya tidak tetap, kos sara hidup isteri dan anak-anak tidak tetap. Tiada pakaian baru selama setahun. Hidup saya menumpang. Saya bukan sahaja berhadapan dengan masalah kerja tetapi juga tekanan daripada masalah keluarga.

Masa setahun berlalu begitu pantas. Saya mendapat ;pertolongan dari kawan saya daripada segi memberi semangat, bantuan kewangan dan bantuan dalam kerja-kerja saya. Beliau telah banyak membantu saya.

Di hari ini saya sungguh gembira. Gembira kerana usaha yang tidak mengenal penat-lelah, tidak mengira masa kini telah mula Nampak hasilnya. Firma saya mula dikenali dan saya tidak perlu bersusah payah berkempen di kalangan ahli professional.

Dengan penubuhan satu lagi pejabat di Petaling Jaya, saya berupaya untuk menawarkan khidmat perundingan Ukur Bahan di seluruh Malaysia, samada untuk Kerajaan mahupun pihak swasta.

Kini sudah lebih sepuluh tahun saya berkecimpung dalam bidang Ukur Bahan dan berada di penghujung Fasa Pertama perjalanan saya, saya telah mula berjinak-jinak dengan beberapa bentuk perniagaan lain yang berhubung rapat dengan profesyen saya. Ianya lebih menarik dan lebih menguntungkan. Walaubagaimana tidak dapat saya tuliskan disini kerana saya masih berjalan menghampirinya.

Saya sentiasa berharap agar segala usaha saya diberkati oleh Allah S.W.T dan mudah-mudahan agar segala usaha saya ini dan yang akan saya usahakan dipermudahkan olehNya.

Nota :

Penulisan ini dibuat pada tahun 1997, ketika membuat MBA di Universiti Utara Malaysia. Ketika itu, Malaysia (dan Asia) sedang menghadapi krisis kewangan yang teruk. Sektor pembinaan ketika itu hampir lumpuh, banyak syarikat yang gulung tikar. Firma saya bertahan. Saya mengambil keputusan untuk mengisi ruang masa (kerana tiada projek/kerja) dengan menyambung pelajaran.